Sabtu, 30 Ogos 2008

Firefox extension: ScribeFire untuk bloggers


Assalamualaikum wa rahmatullah. Jika anda menulis blog & mengunakan firefox, cubalah ScribeFire.

Ia adalah tambahan kepada -internet browser firefox- yang memudahkan kerja "mengepost" tulisan ke blog.

Dengan SribeFire anda boleh "drag&drop" teks berformat dari web ke blog anda melalui firefox.


Jumaat, 29 Ogos 2008

Madinah International University (MEDIU): Pengajian secara maya






(Gambar: Akh. Arafat dan Abd Latef. 2 Bintang MEDIU)

Universiti Al-Madinah jadikan Malaysia pusat penyebaran ilmu berteraskan Islam

UNIVERSITI
Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) mempelopori pengajian Islam secara maya
sepenuhnya dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat penyebaran ilmu
pengetahuan ke seluruh dunia.

Rektornya, Prof Dr Muhammad
Khalifa Al-Tamimi, berkata bagi merealisasikan konsep pendidikan tanpa
sempadan itu, sistem pembelajaran dalam talian yang berkesan dan
lengkap dibangunkan sendiri bagi menyokong empat kaedah penyampaian
kursus iaitu kegiatan pengajaran, pengajian kendiri, sokongan
pembelajaran serta peperiksaan.

Muhammad Khalifa berkata,
sambutan terhadap program pengajian universiti itu memberangsangkan
dengan kira-kira 500 pelajar sedang mengikuti pengajian peringkat
ijazah Sains Islam serta Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan Arab,
selain kursus bahasa Arab dan Inggeris sejak pengambilan dibuka pada
Februari lalu.

Katanya, jumlah pelajar dijangka terus meningkat
apabila bidang pengajian yang disampaikan dalam bahasa Inggeris dan
menerapkan konsep Islam seperti Teknologi Maklumat, Pentadbiran
Perniagaan dan Kewangan ditawarkan mulai tahun depan.

“Walaupun
berbeza entiti daripada Universiti Islam Madinah, Mediu mengambil nama
Madinah yang sinonim sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan ia
diasaskan sekumpulan cendekiawan Islam tersohor termasuk Pengerusi
Majlis Universiti merangkap Penasihat kepada penjaga Dua Masjid Suci
iaitu Masjidil Haram dan Nabawi, Putera Dr Bandar Salman Muhammad
al-Saud.

“Mediu
ditubuhkan di negara ini bukan untuk bersaing dengan universiti
tempatan atau mengembangkan perniagaan seperti universiti antarabangsa
yang membuka cawangan di sini.
(Gambar; Pelajar dari Bangkok sedang online)

“Kami
berazam menjadi pengeksport pendidikan dengan mempunyai 90 peratus
pelajar antarabangsa, sekali gus menyokong usaha Malaysia menjadi pusat
pendidikan antarabangsa kerana ia adalah negara termaju di kalangan
negara Islam serta memiliki sumber modal insan berkualiti.

“Kaedah
pembelajaran dalam talian yang dibangunkan universiti ini menggalakkan
pelajar berdikari dalam mendapatkan ilmu pengetahuan kerana perlu bijak
mengatur masa mengulang kaji serta melakukan rujukan tambahan
menggunakan pelbagai sumber terutama bahan pembelajaran dalam talian
dalam usaha menjadikan mereka graduan Islam berkemahiran tinggi,”
katanya ketika ditemui di ibu pejabat Mediu, di Plaza Masalam, Shah
Alam, Selangor.

Sementara itu, Timbalan Rektor Mediu, Prof Madya
Dr Ashraf Md Hashim, berkata kegiatan pengajaran yang membabitkan
kuliah dan tutorial dijalankan serentak kepada pelajar di beberapa
negara yang mengikuti program sama dengan menggunakan peralatan
interaktif di enam pusat pembelajaran termasuk di Singapura, Indonesia
dan Thailand.

“Walaupun menjalankan pengajian secara dalam
talian sepenuhnya, kami tetap mematuhi peraturan Agensi Kelayakan
Malaysia yang menetapkan bagi setiap subjek, pelajar perlu bersemuka
dengan pensyarah sebanyak dua kali dalam kuliah serta empat sesi dengan
tutor, pada setiap semester.

“Kuliah dan tutor menerusi
persidangan video dijalankan dengan menggunakan peralatan terkini dan
interaktif yang membolehkan komunikasi pelajar dengan tenaga pengajar
pada kedua-dua sesi itu berjalan lancar seumpama pelajar benar-benar
bersemuka dengan pensyarah secara fizikal.

“Sebagai contoh,
baru-baru ini sesi kuliah dijalankan secara serentak oleh pensyarah
dari Madinah kepada pelajar di pusat pembelajaran Kota Bharu, Kelantan;
Geylang, Singapura serta Bangkok, Thailand, malah pelajar berkesempatan
bertanya soalan dan mendapat penjelasan secara terus menerusi sesi
itu,” katanya.

Bagi pembelajaran kendiri, katanya, perisian
khusus e-Buku sebagai teks utama dibekalkan kepada pelajar dalam bentuk
cakera padat bagi memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran di mana
saja tanpa mengira masa.

Katanya, e-Buku mengandungi nota kuliah
bersuara serta kuiz ringkas bagi memastikan pelajar benar-benar faham
setiap topik terkandung dalam buku itu.

“e-Buku dibangunkan
sendiri pakar multimedia universiti menggunakan perisian khas serta
nota ahli akademik dari negara Timur Tengah termasuk pensyarah
Universiti Al-Azhar.

“Pelajar juga boleh merujuk bahan
penyelidikan dalam talian termasuk di e-Perpustakaan yang menyediakan
lebih 4,000 judul rujukan sebagai pusat rujukan bersepadu,” katanya.

Kegiatan
sokongan pembelajaran, katanya, termasuk e-Rundingan, e-Forum dan
Tugasan bagi menggalakkan perbincangan di kalangan pelajar, sementara
peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun diadakan sebagai
mekanisme utama penilaian prestasi pelajar.

INFO: Pusat Pembelajaran Mediu

Tingkat 11, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

Yogyakarta, Indonesia

Makassar, Indonesia

Assiqraw School, Bangkok, Thailand

Jamiyah Business School, Singapura.

Khamis, 28 Ogos 2008

Camstudio: Rakam Screen Anda

Camstudio ialah satu software yang berguna untuk merakam skrin computer anda. Software ini boleh didapati secara percuma dari laman ini [http://camstudio.org/].

Bagaimana ia berguna untuk anda?

Jika anda adalah "pelajar online", ia amat berguna untuk beberapa kegunaan:
1- ia merekod/rakam skrin komputer anda, termasuk pengajian yang diadakan melalui "sidang web". Anda boleh lihat semula rakaman selepas kelas. jadi anda tidak akan ketinggalan jika sekiranya anda terpaksa menghabiskan masa yang lama "di tandas" sewaktu kelas sedang berjalan misalnya.

2-anda boleh membantu rakan sekelas anda yang bermasalah untuk menyertai kelas dengan berkongsi rakaman tersebut.

3-anda boleh simpan atau arkibkan rakaman sebagai rujukan. mungkin pengajar anda berikan tips-tips penting dan anda lupa menyalinnya. jadi dengan merakam kelas tersebut, inshaAllah anda boleh merujuk semula rakaman tersebut.

Bagaimana cara menggunakannya?
-untuk melihat cara download & install dari internet sila ke sini:
http://camstudio.org/video/install/
-untuk tahu cara guna, e-mail saya: ibnsaadiah@gmail.com/YM: abdullatef@ymail.com

Software lain sepertinya?
Terdapat satu software lain yang lagi hebat dari camstudio, tapi software tu "tak free". Tapi anda diberi masa selama 30 hari untuk mencubanya tanpa limit.

Sila lihat ini:
http://www.techsmith.com/camtasia.asp

saya menggunakan software ini untuk merekod video-video ini:


Sabtu, 16 Ogos 2008

Menceraikan Isteri Kerana Perintah Ibubapa

bismillah...

assalamualaikum...



Apabila seorang ayah atau seorang ibu memerintahkan anak lelakinya
untuk menceraikan isterinya keranakan satu sebab, adakah si anak wajib
mentaati ibubapanya dengan menceraikan isterinya?



Jawab:

Asy-Syaikh Al-Muhaddis Abu Abdirrahman Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i
rahimahullahu menjawab dengan membawakan hadis yang diriwayatkan oleh
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullahu dalam Sunan-nya (juz 4 hal. 368)
lengkap dengan sanadnya dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma. Ia berkata:

كَانَتْ تَحْتِي امْرَأَةٌ أُحِبُّهَا وَكَانَ أَبِي يَكْرَهُهَا،
فَأَمَرَنِي أَنْ أُطَلِّقَهَا فَأَبَيْتُ، فَذَكَرْتُ ذلِكَ لِلنَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا عَبْدَ الله، طَلِّقِ امْرَأَتَكَ

“Aku memiliki seorang isteri yang kucintai akan tetapi ayahku tidak
menyukainya maka ia memerintahkan aku untuk menceraikannya, namun aku
menolak. Lalu kuceritakan hal tersebut kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam. Beliau pun memerintahkan, ‘Wahai Abdullah, ceraikanlah
istrimu’.”

Kemudian Asy-Syaikh Muqbil mengatakan bahawa hadis ini hasan, diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dengan sanadnya.

Asy-Syaikh, “Al-Mubarakfuri rahimahullahu dalam Tuhfatul Ahwadzi (juz 4
hal. 368) menyatakan, ‘Dalam hadis ini ada dalil yang jelas tentang
kewajipan seorang lelaki untuk menceraikan isterinya apabila memang
diperintahkan oleh ayahnya, walaupun dia mencintai isteri tersebut. Ini
bukanlah alasan baginya untuk tetap menahan si isteri. Termasuk juga
pabila ibu yang memerintahkan, karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam telah menerangkan bahawa ibu berhak terhadap anaknya lebih
daripada hak ayah sebagaimana disebutkan dalam hadis Bahz bin Hakim
dari ayahnya dari datuknya. Datuknya ini berkata, Aku pernah bertanya
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah,
kepada siapa aku harus berbuat baik?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Aku
bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ibumu,” jawab beliau. “Kemudian siapa
setelah itu?” tanyaku. “Ibumu,” jawab baginda. “Kemudian siapa?”
tanyaku lagi. Baru beliau menjawab, “Ayahmu.”

Hadis ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa hadis ini hasan.

Dalam Ash-Shahihain dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Datang seseorang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia
bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling sesuai untuk
aku berbuat dengan baik kepadanya?” Baginda menjawab, “Ibumu.”
“Kemudian siapa?” “Ibumu.” Kemudian setelahnya siapa?” “Ibumu.” Untuk
kali berikutnya orang itu kembali bertanya, “Lalu siapa?” “Ayahmu,”
jawab baginda.

Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu berkata, “Apa yang dinyatakan oleh
Al-Mubarakfuri rahimahullahu tentang wajibnya seseorang menceraikan
isterinya apabila kedua ibubapanya atau salah satu darinya
memerintahkannya, menyalahi pendapat jumhur. Kerana jumhur memandang
perintah yang disebutkan dalam hadis yang datang dalam masalah ini
adalah menunjukkan disenangi (mandub) sebagaimana dalam Dalilul Falihin
(juz 2 hal. 176). Namun yang benar dalam hal ini adalah mengamalkan
zahir hadis[1]
karena Allah Subhanahu wa Ta’ala mengaitkan perintah untuk bersyukur
kepada kedua orangtua dengan bersyukur kepada-Nya. Allah Subhanahu wa
Ta’ala berfirman:

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ

“Bersyukurlah engkau kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu.” (Luqman: 14)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengaitkan perintah berbuat baik kepada
kedua ibubapa dengan perintah beribadah kepada-Nya. Dia Yang Maha Suci
berfirman:

وَاعْبُدُوا اللهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan
sesuatu, dan kepada kedua ibubapa berbuat baiklah.” (An-Nisa`: 36)

Namun dalam hal ini, wajib bagi seseorang untuk melihat pada sebab. Apa
yang menyebabkan ibubapa memerintahkannya untuk menceraikan isterinya?
Apabila memang si isteri menyalahi perintah-perintah Allah Subhanahu wa
Ta’ala, atau tidak berbuat baik kepada kedua ibubapa suaminya, atau
kedua ibubapa membenci isteri anaknya dengan kebencian yang sifatnya
tabiat, semua itu (boleh) menjadi alasan untuk menceraikan si isteri
dengan perintah salah satu atau kedua orangtua. Bila si isteri tersebut
adalah wanita yang solehah, manakala bapa mertuanya yang meminta anak
lelakinya untuk menceraikan isterinya tersebut seorang yang tidak baik;
misalnya si isteri tidak suka alat-alat muzik sedangkan bapa mertuanya
gemar dengan alat-alat muzik; atau si wanita tidak suka ikhtilath
(pergaulan bebas antara bukan mahram) dengan laki-laki yang bukan
mahramnya sedangkan bapa mertuanya mengharuskan menantunya ini untuk
ikhtilath dan ia tidak suka bila menantunya ini tidak keluar rumah
untuk bekerja dan bergaul dengan kaum lelaki; dia adalah wanita yang
solehah namun ia tidak punya ijazah, sedangkan bapa mertuanya
menginginkan anaknya menikah dengan wanita yang berijazah agar dapat
digunakan untuk mencari pekerjaan; Bila seperti ini keadaannya, si anak
tidak boleh mentaati ayahnya untuk menceraikan isterinya. Yang pasti,
hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma di atas dikaitkan dengan hadis
yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari ‘Ali radhiyallahu
‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوْفِ

“Tidak ada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah. Hanyalah ketaatan itu dalam perkara yang ma’ruf (kebaikan).”[2]

Wallahu ta’ala a’lam.” (Ijabatus Sa`il ‘Ala Ahammil Masa`il, hal. 232-233)

-----------------------

Nota kaki:

[1] Manakala zahir hadis Ibnu ‘Umar di atas menunjukkan wajib, karena
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan Ibnu ‘Umar untuk
melakukan apa yang diinginkan ayahnya yaitu menceraikan isterinya.
–pent.

[2] Faedah: Pernah seseorang bertanya kepada Al-Imam Ahmad bin Hanbal
rahimahullahu, “Ayahku berkata, “Ceraikan isterimu!”, padahal aku
mencintai isteriku tersebut, apakah aku harus mentaati ayahku?” Al-Imam
Ahmad rahimahullahu menjawab, “Jangan engkau ceraikan isterimu!” Lelaki
itu berkata lagi, “Bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah
memerintahkan Ibnu ‘Umar untuk menceraikan isterinya tatkala si ayah,
‘Umar ibnul Khaththab, telah memerintahkannya untuk menceraikan
isterinya?” Al-Imam Ahmad bertanya kembali, “Adakah ayahmu itu ‘Umar?”


Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahu menjelaskan,
“Karena kita yakini dengan ilmu yang yakin bahwa ‘Umar tidak mungkin
memerintahkan anaknya Abdullah untuk menceraikan isterinya melainkan
kerana sebab yang syar’i, sedangkan Abdullah mungkin tidak
mengetahuinya. Dan mustahil ‘Umar menyuruh anaknya menceraikan
isterinya untuk memisahkan antara keduanya tanpa ada sebab syar’i.”
(Syarhu Riyadhis Shalihin, 2/144) –pent.



*dipetik dan dimelayukan dari Majalah AsSyari'ah

Khamis, 14 Ogos 2008

Doing things right

Before you start doing things that you don't know how-to, do some research.Otherwise, you might need to re-do and that will certainly waste your time.Wasted time cannot be recycled.

Source for bloggers:
  1. Weblog Usability: The Top Ten Design Mistakes


Doing things right

Before you start doing things that you don't know how-to, do some research.Otherwise, you might need to re-do and that will certainly waste your time.Wasted time cannot be recycled.

Doing things right

Before you start doing things that you don't know how-to, do some research.
Otherwise, you might need to re-do and that will certainly waste your time.
Wasted time cannot be recycled.

Ahad, 10 Ogos 2008

Agama semua sama?

Harini, masa ke kedai "hardware" untuk membeli simen putih, aku sempat menyapa tokey kedai.
"Amacam tokey?"
Dah dua tiga kali aku ke kedai dia dan memang aku tengok dia ni jenis peramah.
Tau apa jawapan dia? sempat dia mengulas isu masuk/keluar agama.
Katanya, " semua agama sama..."

Aku senyum je... *aku misti sembang dengan dia lepas ni... inshaAllah.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Faa'id bin Abdurrahman Di-dhaif-kan oleh Ramai Ulama

Nama: Faaid bin Abdurrahman al-Kuufi, Abul Warqaa' al-Attar
Peringkat: ke-lima, Tabi'in kecil.
Siapa yang meriwayatkan daripadanya: AtTurmuzi dan Ibn Majah.

Siapakah gurunya?, menurut Al-Mizzi dalam "Tahzib Al-Kamal":
  • Bilal bin Abi Dardak [بلال بن أبى الدرداء]
  • Abdullah bin Abi Aufa [عبد الله بن أبى أوفى]
  • Muhammad bin Al-Munkadir [محمد بن المنكدر]
Siapakah muridnya? kata al-Mizzi dalam kitab yang sama:
  • Abu Ishak Ismail bin Abdul Malik bin Abi Shabib [أبو إسحاق إسماعيل بن عبد الملك بن أبى شبيب]
  • Ja'far bin Sulaiman al-Dhob'a[جعفر بن سليمان الضبعى]
  • Hammad bin Salamah [حماد بن سلمة]
  • Abdullah bin Bakr al-Sahmi [عبد الله بن بكر السهمى]
  • Abd al-Rahim bin Harun al-Ghasani [عبد الرحيم بن هارون الغسانى]
  • Abdul Wahhab bin 'Ata' al-Khaffaf [عبد الوهاب بن عطاء الخفاف]
  • Isa bin Yunus [عيسى بن يونس]
  • Al-Fadhl bin Al-Mukhtar Al-Basri [الفضل بن المختار البصرى]
  • Abu Jabir Muhammad bin Abd al-Malik Al-Azidi [أبو جابر محمد بن عبد الملك الأزدى]
  • Muhammad bin Yusuf al-Faryabi [محمد بن يوسف الفريابى]
  • Mukhallad bin Yazid Al-Harrani [مخلد بن يزيد الحرانى]
  • Marwan bin Mu'awiyah Al-Fazari [مروان بن معاوية الفزارى]
  • Muslim bin Ibrahim al-Azidi [مسلم بن إبراهيم الأزدى]
  • Makki bin Ibrahim al-Balkhi [مكى بن إبراهيم البلخى]
  • Yazid bin Harun [يزيد بن هارون]
  • Yunus bin Bakir al-Shaibani [يونس بن بكير الشيبانى]
  • Abu 'Asim al-'Abadani [أبو عاصم العبادانى]
  • Abu Qatadah al-Harrani [أبو قتادة الحرانى]
Statusnya pada Ibn Hajar: متروك، اتهموه
Statusnya pada AzZahaby: تركوه


Read more!


Jarah dan taadil

Seperti yang telah dinukilkan oleh Al-Mizzi di dalam kitabnya "Tahzib al-Kamal" ramai ulama-ulama hadis mentajrihkan beliau dengan lafaz-lafaz seperti berikut:
  • Abdullah bin Ahmad bin Hanbal [عبد الله بن أحمد بن حنبل] berkata: dari ayahnya: متروك الحديث
  • 'Abbas al-Dauri [عباس الدورى], dari Yahya bin Ma'in [يحيى بن معين] berkata: ضعيف ، ليس بثقة ، و ليس بشىء
  • Abdurrahman bin Abi Hatim [عبد الرحمن بن أبى حاتم]: dia mendengar dari ayahnya dan abu zur'ah [ أبا زرعة] berkata: لا يشتغل به , dan katanya lagi: aku dengar bapaku berkata:
فائد ذاهب الحديث ، لا يكتب حديثه و كان عند مسلم ابن إبراهيم عنه ، و كان لا يحدث عنه كان عند مسلم ابن إبراهيم عنه و كان لا يحدث عنه و كنا لا نسأله عنه ، و أحاديثه عن ابن أبى أوفى بواطيل لا تكاد ترى لها
أصلا كأنه لا يشبه حديث ابن أبى أوفى ، و لو أن رجلا حلف أن عامة حديثه
كذب لم يحنث
  • Al-Bukhari [البخارى]:o منكر الحديث
  • Abu Daud [أبو داود]:o ليس بشىء
  • AtTurmuzi [ الترمذى]: o يضعف فى الحديث
  • AnNasa'i [ النسائى]: o ليس بثقة , متروك الحديث
  • Ibn Hibban[ابن حبان]:o لا يجوز الاحتجاج به
seterusnya, kata al-Mizzi, [hadisnya] diriwayatkan oleh AtTurmuzi[ابن ماجة] dan Ibn Majah[ الترمذى].

Begitu juga jika ditinjau pendapat ulama-ulama tentang beliau dari kitab "Tahzib al-Tahzib" karya Al-Hafiz Ibn Hajar (8/256). Rata-rata mentajrihkan walaupun ada sebahagian yang meriwayatkan [hadis] dari beliau. Berikut adalah lafaz tajrih dari kitab tersebut:
  • Al-Maimuni[الميمونى ] dari Ahmad [أحمد ]: o ترك الناس حديثه
  • Al-Bukhari[البخارى ] dalam kitab "al-awsat" [الأوسط ] : o لا يتابع فى حديثه
  • Al-Hakim Abu Ahmad [ الحاكم أبو أحمد] : o حديثه ليس بالقائم
Menurut Al-Hafiz [الحافظ ] lagi, Al-Saaji [الساجى ], Al-'Uqaili[العقيلى ] dan Al-Daruqutni[الدارقطنى ] telah mendhaifkannya; Al-Hakim[الحاكم ] pula mengatakan bahawa dia telah meriwayatkan hadis-hadis yang palsu dari Ibn Abi Aufa[ ابن أبى أوفى]; dan menurut Ibn 'Adi[ابن عدى], walaupun dia dhaif, hadisnya ditulis.

Syeikh Nasiruddin Al-Albani juga dalam kajiannya , mendhaifkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau melalui Ibn Abi Aufa mengambil pendapat Al-Hafiz Ibn Hajar (sila lihat silsilah al-dhoifah, dhoif ibn majah dan dhoif at-Turmuzi). Namun, ada satu hadis yang telah dinilai sahih olehnya dalam sahih sunan ibn majah.

Berikut adalah hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Faa'id bin Abdurrahman yang melalui kajian Syeikh Al-Albani berserta nilaiannya:

  • Dari kitab silsilah dhoifah [السلسلة الضعيفة و الموضوعة], dinilai dhaif oleh Al-Albani :
كان إذا أصبح قال : أصبحنا و أصبح الملك لله عز وجل ، و الحمد لله ،
و الكبرياء و العظمة لله ، و الخلق و الأمر ، و الليل و النهار ، و ما سكن
فيهما لله عز وجل ، اللهم اجعل أول هذا النهار صلاحا ، و أوسطه نجاحا ، و آخره
فلاحا ، يا أرحم الراحمين

  • Sunan Turmuzi [سنن الترمذي]dinilai dhaif oleh Al-Albani:
حدثنا علي بن عيسى بن يزيد البغدادي حدثنا عبد الله بن بكر السهمي و حدثنا عبد الله بن منير عن عبد الله بن بكر عن فائد بن عبد الرحمن عن عبد الله بن أبي أوفى قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كانت له إلى الله حاجة أو إلى أحد من بني آدم فليتوضأ فليحسن الوضوء ثم ليصل ركعتين ثم ليثن على الله وليصل على النبي صلى الله عليه وسلم ثم ليقل لا إله إلا الله الحليم الكريم سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل إثم لا تدع لي ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها يا أرحم الراحمين

  • Sunan Ibn Majah [سنن ابن ماجة], dinilai sahih oleh Al-Albani.
حدثنا سفيان بن وكيع حدثنا عيسى بن يونس عن فائد بن عبد الرحمن عن عبد الله بن أبي أوفى قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ ثلاثا ثلاثا ومسح رأسه مرة
  • Sunan Ibn Majah [سنن ابن ماجة], dinilai dhaif oleh Al-Albani:
حدثنا سويد بن سعيد حدثنا أبو عاصم العباداني عن فائد بن عبد الرحمن عن عبد الله بن أبي أوفى الأسلمي قال خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال من كانت له حاجة إلى الله أو إلى أحد من خلقه فليتوضأ وليصل ركعتين ثم ليقل لا إله إلا الله الحليم الكريم سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل إثم أسألك ألا تدع لي ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها لي ثم يسأل الله من أمر الدنيا والآخرة ما شاء فإنه يقدر


Agak menghairankan juga, mengapa Syeikh Al-Albani mentashihkan hadis tersebut?
Selain hadis-hadis di atas, terdapat banyak lagi hadis-hadis yang turut diriwayatkan oleh Faa'id bin Abdurrahman.

Bersambung ....



Insufficient information leads to wrong decision


so, make sure to gather all information for better decision:








Isnin, 4 Ogos 2008

Nak puasa ke tak nak

Sekarang dah pukul 12:37 tengah hari.
Nak puasa ke taknak ni? Petang ni nak kena repair paip kat rumah & basuh carpet. Semalam, sampai je rumah... kami dikejutkan dengan air yang memenuhi ruang rumah. Habis carpet basah. Qadarallahu wa ma syaa-a fa'ala.
Camana nak buat keputusan ni?
Istikhoroh?