Jumaat, 17 Oktober 2008

Memilih Nama Anak

Perhatikan perkara-perkara berikut:
  1. Memberi nama yang baik adalah satu hadiah buat anak
  2. Jangan mengaibkan anak melalui namanya
  3. Nama itu kemungkinan besar akan diguna sepanjang hayatnya
  4. Nama melambangkan peribadi anak
  5. Nama untuk panggilan, mudahkanlah
  6. Pastikan anda tahu maksud nama anak anda
  7. Dianjurkan menamakan pada hari ke tujuh kelahiran

Tulisan Berkaitan:

Khamis, 16 Oktober 2008

Fitnah lebih teruk dari Bunuh

Kita sering mendengar ustaz-ustaz berdalil dengan sepotong ayat al-quran [al-baqarah:191]:

... وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ ...

apabila bercakap tentang "fitnah". Namun, tahukah anda bahawa istilah fitnah dalam bahasa melayu tidak sama ertinya dengan istilah fitnah dalam bahasa arab.

Mari kita periksa...

Kesinambungan antara ayat-ayat al-quran

Ayat-ayat al-quran bersifat berkesinambungan antara ayat sebelum dan selepasnya. Maksudnya, jika anda membaca beberapa potong ayat, anda pasti akan mendapati setiap potong ayat ada kaitannya. Contohnya, kita boleh lihat pada ayat 190-193 dari surah al-baqarah seperti berikut. 

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ -190
 وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ -191
 إِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ -192
 قَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ -193 

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (190) 

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. (191)

Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (192) 

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. (193)

Ayat tersebut tidak langsung menggambarkan maksud fitnah dari konteks bahasa melayu ... Fitnah yang dimaksudkan, sudah tentu lebih dahsyat dari peperangan kerana ayat tersebut menyebut tentang "memerangi orang kafir".

Nukilan dari orang-orang lama

Seperti yang dinyatakan dalam tafsir durr almansur oleh imam sayuti dalam menafsirkan ayat tersebut:
وأخرج ابن أبي حاتم عن أبي العالية في قوله { والفتنة أشد من القتل } قال : الشرك أشد .
dan dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dari Abi al-'Aliyah pada firmanNya الفبنة أشد من القتل , katanya: Syirik itu lebih teruk ...
وأخرج ابن أبي حاتم عن أبي العالية في قوله { والفتنة أشد من القتل } قال : الفتنة التي أنتم مقيمون عليها أكبر من القتل .
dan dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dari Abi al-'Aliyah pada firmanNya الفبنة أشد من القتل, katanya: Fitnah [kesengsaraan] yang kamu semua menetap di dalamnya lebih besar dari pembunuhan
وأخرج عبد بن حميد وابن جرير عن مجاهد في قوله { والفتنة أشد من القتل } قال : ارتداد المؤمن إلى الوثن أشد عليه من أن يقتل محقاً .
dan dikeluarkan Abd bin Hamid dan Ibn Jarir dari Mujahid dapafirmanNya  الفبنة أشد من القتل, katanya: [Murtadnya Mukmin kepada penyembahan berhala lebih teruk dari benar-benar diperangi]
Nyatalah ... maksud fitnah itu bukan fitnah.

Artikel berkaitan: