Selasa, 31 Mac 2009

Nasihat Seorang Guru Kepada Bekas Pelajarnya


Ketika sedang membaiki katalog di DLMS harini, saya menjumpai satu risalah yang bagus. Isinya adalah satu surat berisi nasihat dari seorang guru kepada bekas pelajarnya yang telah berjaya masuk universiti. Berikut adalah muqaddimah surat tersebut.
رسائل لم يحملها البريد
لفضيلة الشيخ عبد الرؤوف اللبدي
تلميذي العزيز:
كتبت إليّ تقول: لقد أنهيت دراستي الثانوية، وأصبحت طالبا جامعيا، وإني لأرى المقررات واسعة ذات شعب، وأن عليّ أن أدرس ساعات طويلة خارج قاعات المحاضرات، فأرجو أن تقدم إليّ شيئا من النصح، وأن تزوّدني ببعض التجارب.
تلميذي العزيز:
لو كنت أعلم أنك قد دخلت الجامعة طمعا في شهادة تكسب بها الرزق، وتنال بها الوظيفة، ثم لا يهمك بعد ذلك علم ولا يشوقك بحث، ما كتبت إليك نصحا، ولا تحدثت إليك عن تجربة.
ولكني عرفتك على مقاعد الدراسة ذا حياة ونشاط وفطنة، وعرفتك في البيت ذا نفس طُلَعة، تجد خير متعة لها أن تقرأ، وخير محدث تصغى إليه الكتاب.
وذلك _ لا شك _ ينبئ برغبة صادقة في العلم، ونزعة فطرية إلى البحث وأول ما يقوم عليه نجاحك في الدراسة هذه الرغبة التي لها بين جنبيك حسيس وغليان، ثم هذا الإحساس الفطريّ غير المتأثر بعوامل خارجية.

Saya merasakan ia amat sesuai sekali untuk dibaca oleh kita yang masih belajar di alam universiti. Sila klik sini untuk membaca seterusnya.




Promoting Delicious



I recently introduced Delicious to my department. InshaAllah we will start using it for tagging the broken or damaged e-books found in our digital library. Tonight I found an article written about the use of the "delicious" in library and here is the article:
 

Tags Help Make Libraries Del.icio.us: Social bookmarking and tagging boost participation

Enjoy reading!


Firefox add-ons : IE tab

Sudah beberapa lama saya mengguna aplikasi ini dan merasa selesa dengannya. Jadi, di sini ingin saya kongsikan bersama antum. Terutamanya bagi mereka yang baru dengan aplikasi "web-browser" Firefox. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang IT, jadi tulisan ini lebih kepada ulasan umum dari seorang "end-user".

Bagi mereka yang biasa melayari internet, pastinya antara aplikasi "web-browser" atau pelayar web yang biasa digunakan ialah:
Bagi saya, saya pernah mencuba ke empat-empat aplikasi tersebut dan sekarang saya merasa selesa dengan aplikasi Firefox dan Chrome.

Antara kelebihan Firefox ialah "add-ons" atau tambahan yang menarik dan pelbagai. Salah satunya ialah IE tab.

Gunanya adalah untuk mendapatkan paparan terbaik bagi laman-laman web yang "lebih sesuai menggunakan IE". Contohnya, e-buku ini: صحيح البخاري . Jika antum perasan, "side-bar" buku tersebut boleh diubah saiznya jika menggunakan IE. Sedangkan jika antum menggunakan Firefox atau Chrome antum hanya boleh menggunakan scroll bar untuk melihat isi kandungan buku pada "side-bar" tersebut.

Jadi jika antum hendakkan laman web tersebut memaparkan kandungan web dengan paparan IE dengan menggunakan Firefox, cubalah aplikasi ini. Anda tidak perlu membuka satu lagi "browser IE", cukup dengan membuka satu tab IE dalam web browser firefox untuk tujuan tersebut. Cubalah!



Add to Firefox from here:
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/1419



Sabtu, 28 Mac 2009

Bagaimana cara untuk kongsi bahan elektronik/digital di internet?


Jika antum perlu untuk berkongsi bahan dengan orang lain melalui internet, cubalah 4shared. Ia membenarkan antum "upload"kan bahan digital dari komputer antum ke internet dan sesiapa sahaja boleh "download" bahan tersebut melaluinya. Bahan yang diterima termasuklah fail berformat .mp3, .flv, .doc, .pdf dan sebagainya.

Selain 4shared, sebenarnya ada banyak lagi laman yang menawarkan perkhidmatan ini. Tetapi, saya selalu menggunakan 4shared. Antara sebabnya, belum ada masa untuk mencari dan menggunakan yang lain. Perkhidmatan ini dinamakan "file sharing". Jika antum ada masa luang untuk mencuba yang lain, taipkan saja "file sharing" pada enjin carian google.

Untuk fail-fail berformat .pdf .doc, .xls dan .ppt biasanya saya lebih selesa menggunakan "google docs". Bagi pelajar MEDIU, antum boleh menggunakan perkhidmatan ini melalui akaun emel pelajar antum. Klik pada perkataan -  المستندات - pada bahagian atas-kanan emel antum untuk menggunakannya. Kelemahannya, ia belum boleh menerima dokumen berformat .docx. Jadi, pastikan anda menukar format .docx ke .doc dahulu sebelum upload. Tukarkan dengan "save as..." dan pilih Word 97-2003 document [melalui microsoft word]. Perlu diingat, google docs hanya menerima dokumen bukan audio atau video [.rm, .mp3, .flv, .wmv dan lain-lain]




Rabu, 25 Mac 2009

Bagaimana mencari kitab di DLMS?


Saya menerima emel dari seorang pelajar yang sedang mencari maklumat tentang Mu'rob fil Quran [معرب في القرآن]. Beliau telah pun mencarinya di DLMS [OPAC perpustakaan MEDIU], namun gagal menemui sebarang kitab dengan tajuk sedemikian. Setelah mengenalpasti maklumat yang diperlukan melalui proses temuduga melalui emel, saya mula membuat carian. Saya menjumpai beberapa maklumat berkaitan, lalu saya emelkan kepadanya maklumat-maklumat yang saya jumpa.

Kemudian, saya terima emel lagi dari beliau berterima kasih atas khidmat tersebut serta  beliau mengingatkan saya bahawa saya terlupa menjawab satu soalan yang pernah beliau ajukan sebelum ini.
Bagaimana caranya saya ingin mencari maklumat2 tersebut daripada DLMS?

Pagi ini saya membalas emel tersebut, lalu saya rasa elok juga kalau ianya dikongsi bersama antum. Mudah-mudahan ia bermanfaat. Berikut adalah emel saya kepada beliau.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Wa iyyaki

Semoga Allah memudahkan urusan anda juga ...

Untuk mencari maklumat tersebut, anda telah memberi saya tajuk المعرب في القرآن.
Saya juga tidak pasti samada ada atau tidak buku bertajuk sedemikian. Jadi, saya telah membuat carian di DLMS dengan kalimah berikut:
  1. المعرب في القران
  2. المعرب/معرب
Kedua-duanya tidak terdapat di DLMS. Kemudian saya cuba mencarinya di google dengan menggunakan kalimah-kalimah no.1. Terdapat banyak juga maklumat yang relevan, namun tiada satu pun yang menunjukkan bahawa adanya kitab dengan tajuk sedemikian. Jadi, sekarang saya memang pasti bahawa, tiada kitab berjudul sedemikian dalam internet.

Kemungkinan, tajuk tersebut adalah satu tajuk dalam sesebuah kitab atau satu isu yang ada dibincangkan dalam sesebuah kitab. Antara jumpaan carian digoogle tadi, ada maklumat yang mengatakan bahawa tajuk tersebut ada disebut dan dibahaskan dalam beberapa buah kitab. Jadi, dari situ, saya mula mencari kitab-kitab tersebut antaranya الإتقان.

Sekarang saya sudah dapat judul kitab, dengan itu saya kembali mencari di DLMS. Namun yang saya jumpa cuma kitab الإتقان. Untuk kitab lain, setelah pasti ianya tiada di DLMS, saya mencari ditempat lain melalui bantuan google. Lalu, saya jumpa kitab berikut dalam 4shared.com.

  1. المهذب فيما وقع في القرآن من المعرب = http://www.4shared.com/file/71578104/dcbe4bba/______.html
  2. شفاء الغليل فيما في كلام العرب من الدخيل = http://www.4shared.com/file/74013132/444471f9/Hayth_-_______.html?dirPwdVerified=107cc5eb

Demikianlah cara saya mencari rujukan tersebut. Perlu diingat, bukan semua kitab ada di DLMS.

Saya harap, ini menjawab soalan anda tersebut.










Selasa, 24 Mac 2009

Doa Mohon Hidayah, Ketaatan, Jauh dari Haram dan Cukup dengan Apa yang Ada


Inginku kongsikan doa yang ku pelajari dari Syeikh Muhammad bin Khalifah At-Tamimi pada minggu lepas dengan kalian. Terimalah:


Ringkasannya:

Doa ini diajarkan oleh Nabi Sallallahu'alaihi wasallam kepada kita melalui hadis Ibn Mas'ud seperti yang diriwayatkan dalam kitab sahih muslim. Ia mengandungi permohonan untuk memperelok kehidupan dunia dan akhirat serta supaya beroleh kebahagian dunia akhirat sipendoa.

Memang hebat doa yang diajar oleh Nabi kita ini, pendek dan padat.

Ada empat perkara yang di pinta melalui doa tersebut:

Al-huda : petunjuk
Al-huda terdiri dari ilmu dan amal. Kita mohon dari Allah supaya beri ilmu yang sahih serta supaya kita dapat beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu & amal tersebut boleh menjadikan kita seorang yang bertaqwa

Al-tuqa : taat dan patuh pada arahan Allah
Taqwa boleh direalisasikan melalui hidayah/petunjuk yang Allah kurnia kepada kita

Al-'afaaf: elak dari melakukan apa yang Alah haramkan
Jauhi dari apa yang Allah haramkan

Al-ghina: kaya
Kaya yang dimaksudkan di sini adalah bukan kaya dengan harta tetapi kaya jiwa.



Bahagialah mereka yang Allah kabulkan doa ini kepadanya, inshaAllah.

Khamis, 12 Mac 2009

Mari kita cuba: wiki


Mungkin ada antara kita yang belum mengenali wiki. Saya sudah mencubanya dan merasakan bahawa antum juga patut mencubanya. Wiki membenarkan penulisan secara beramai-ramai. Contohnya, Wikipedia, sesiapa sahaja boleh mendaftar dan berkongsi maklumat dengan menulis atau menyunting apa-apa sahaja yang ingin ditulis.

Wiki juga telah digunakan oleh bisnes-bisnes entiti, individu-individu, projek-projek, institusi-institusi pendidikan dan lain-lain lagi.

Bagi bisnes entiti, wiki diwujudkan untuk staf berkongsi maklumat berkaitan kerja-kerja mereka. Ada juga yang menulis garis panduan atau manual sesuatu produk dengan menggunakan wiki. Selain itu, ada juga yang mewujudkan wiki agar pengguna menulis tentang produk mereka.

Individu-individu pula ada menggunakan wiki sebagai nota peribadi. Selalunya ia adalah maklumat yang tidak mahu dikongsi dengan orang lain.

Dikalangan pihak-pihak atau organisasi tertentu ada juga yang mengunakan wiki untuk dokumentasi projek.

Institusi-institusi pendidikan pula memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk bekerja sama menyumbang maklumat berguna dan menjadikannya satu sumber maklumat dalam proses pengajian.

Jadi, apa kata antum juga mencubanya. Jika antum sekarang ini, adalah pelajar "online", antum memang patut mencubanya bersama rakan sekelas antum. Antara laman wiki yang boleh kita gunakan secara percuma ialah Google Site. Di bawah ini adalah "slide" cara-cara menggunakan google site.




Sumber:http://sites.google.com/site/web20wednesdaychallenge/week-5

Jumaat, 6 Mac 2009

Maksud Istilah Doa


Maksud doa
Menurut Syeikh Abdurrazzaq, doa ialah perbuatan memohon. Boleh jadi perbuatan memohon itu, agar diberikan manfaat atau memohon agar dijauhkan dari mudarat/musibah atau memohon agar diangkat mudarat/musibah yang telah terkena.

Contoh dari penulis

Contoh bagi "memohon agar diberi manfaat" ialah seperti: memohon dari Allah agar diberikan petunjuk ke jalan yang benar, rezeki yang halal, ilmu yang bermanfaat atau memohon agar dimasukkan ke dalam syurga.

Untuk "memohon agar dijauhkan dari mudarat/musibah" pula ialah seperti: memohon dari Allah agar dijauhkan dari neraka, memohon agar dijauhkan dari tersesat, atau memohon dari Allah agar dijauhkan dari ditimpa fitnah dajjal.

Manakala memohon diangkat mudarat/musibah adalah seperti memohon agar disembuhkan dari penyakit, memohon agar diperbaikan urusan, memohon agar dibebaskan dari hutang atau memohon agar Allah hentikan ancaman musuh.




Khamis, 5 Mac 2009

Mastering the -Du'a-


Rakaman terkini yang telah saya dengar adalah syarahan bertajuk fiqh ad-du'a [فقه الدعاء] oleh Syeikh Abdurrazzaq bin Abdulmuhsin al-'Abbad al-Badr. Padat dengan fakta dan ilmu berguna, memang amat berfaedah untuk didengari. Setakat ini, rakaman syarahan beliau yang saya dengari, saya amat berpuas hati dengan kualiti suara dan isi.

Saya mula meminati syarahan-syarahan oleh syeikh Abdurrazzaq bilamana seorang kawan memberikan satu kaset bertajuk إن السعيد لمن جنب الفتنsyarahan beliau. Menurut sahabat-sahabat lepasan Universiti Islam Madinah, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar universiti dan anak kepada Syeikh Abdulmuhsin bin Al-Abbad Al-Badr.

ِSaya pernah ikuti kursus jangka pendek tentang doa yang disampaikan oleh Syeikh Abu Huzaifah semasa di UIA. Mendengar rakaman syarahan fiqh ad-du'a ini, menambahkan lagi keyakinan saya pada kehebatan amalan berdoa ini. Tambahan pula, semalam saya dikejutkan dengan sebuah sms dari seorang kawan, " ...Sukacita di maklumkn baki hutg anda tlh dilupuskn ... so xde hutg la lg ...". Saya amat bersyukur dan gembira dengan hal ini. Dengan serta merta saya teringat kisah-kisah lama. Kawan saya yang ini, bukan yang pertama menghalalkan hutang saya, sebelum ini pun sudah ada yang berbuat demikian. Nilainya bukanlah berpuluh RM tetapi beratus RM. Bagi saya, nilai ini agak besar. Agaknya inilah hasil doa saya selama ini... Begitu juga doa saya agar urusan nikah saya dimudahkan telah Allah kabulkan. Saya menikah ketika saya belum bekerja. Allah mentakdirkan supaya walimah [kenduri] diadakan dirumah tok dengan biayaan beliau, hafizahallah. Wang mahar pula tajaan ayah Allahu yahfazuhu. Alhamdulillah ...

Seperti mana amalan lain, amat penting untuk belajar dahulu sebelum diamalkan. Tidak cukup jika sekadar ikut-ikut sahaja, sebagaimana halnya ramai orang zaman ini. Kaedah "Doing the Right Things Right" juga perlu diterapkan dalam amalan ibadah seharian kita. Jika tidak, kita berkemungkinan besar membuang masa dengan melakukan sesuatu yang tidak efektif.

Selasa, 3 Mac 2009

Bagaimana berpindah dari Insurans ke Takaful

Minggu lepas, saya agak kelam kabut dengan masalah untuk "renew roadtax" kereta. Cukai jalan tersebut dijadualkan tamat pada 27 Februari 2009. Kali ini, alhamdulillah saya berjaya menukarkan insuran kenderaan dari MNI insurance ke Ikhlas Motor Takaful. Tentu ramai daripada pemunya kenderaan tidak mengetahui akan hal ini. Ramai percaya kononnya, apabila pada mulanya bermula dengan insurans, tak mungkin boleh bertukar kepada takaful. Ramai juga yang percaya bahawa, jika bertukar dari insuran ke takaful, nilai ringgit yang perlu dibayar terlalu mahal. Sesetengah ejen insuran pula bersikap, seolah-olah tidak menggalakkan kita untuk bertukar.

Alhamdulillah, saya bukan sahaja berjaya bertukar kepada takaful, saya juga berjaya memindahkan "NCD on renewal" ke "takaful baru" saya. Jadi, bayarannya juga lebih murah dari bayaran insuran tahun lepas. Apa yang diperlukan ialah "cover note" insuran terkini. Kemudian, berdasarkan maklumat yang terdapat pada "cover note" tersebut, borang online takaful boleh di isi melalui laman web syarikat takaful seperti takaful ikhlas dan etiqa takaful.

Saya memohon bantuan seorang kawan untuk proses perbaharuan takaful/insuran dan roadtax tersebut. Katanya, dia menggunakan servis online yang ditawarkan oleh MyEG. Prosesnya, Memang mudah. Walaupun Geran Kereta masih berada di bank, ianya boleh diperbaharui melalui cara "online" ini.

Borang diisi pada 26 Februari 2009, hari Khamis. Saya terlewat, sepatutnya saya uruskannya lebih awal kerana tak mungkin , walaupun dengan pos ekspress, "roadtax baru" akan sampai ke tangan saya pada hari Jumaat keesokan harinya. Saya menjangka bahawa saya hanya akan terima "roadtax" tersebut seawal-awalnya, hari Isnin. Alhamdulillah, jangkaan saya meleset, pada hari Sabtu satu panggilan dari MyEG diterima. Petangnya, "Roadtax" dihantar seperti yang dijanjikan. Memang bagus perkhidmatan ini, cubalah.