Jumaat, 26 Jun 2009

Tips: Periksa Penggunaan Perkataan dengan Google Search


Bismillah ...

Hari ini, saya terjumpa satu kaedah untuk belajar bahasa. Selama ini, saya menggunakan google search sebagai alat "proofread" atau untuk mencari cara penggunaan yang betul bagi sesuatu perkataan. Caranya, saya "search" ayat yang saya inginkan beserta Quotes " " [search exact phrase]. Contohnya, saya ingin pastikan adakah ayat "how did you spelling" betul dari segi tatabahasanya, taip "how did you spelling" dan search.





Keputusan carian Google seperti di atas menunjukkan bahawa ayat tersebut tidak digunakan dan ia menunjukkan bahawa ayat saya tadi "how did you spelling" [kemungkinan besar salah kerana tidak digunakan diinternet] dan saya perlu membetulkannya. Dengan itu, saya pun cuba membetulkan ayat tersebut lalu sekali lagi buat carian di google dengan ayat yang sudah diubahsuai tersebut. Hasilnya,



Dari hasil carian google di atas, saya pasti penggunaan ayat "How did you spell" banyak digunakan diinternet. Ini menunjukkan bahawa ayat saya tersebut inshaAllah betul dari segi cara penggunaannya.  Demikianlah cara saya menggunakan google search untuk memperbaiki bahasa saya. Saya gunakannya untuk bahasa inggeris dan arab.

Hari ini, saya menjumpai satu kaedah baru dengan menggunakan "Wildcard" *. Saya jumpa kaedah ni dari sini. Begini caranya, contohnya, kita ingin pastikan ayat soalan ini "what does OMG stand for?" betul atau tidak. Taipkan "what does * stand for" pada kotak carian google dan search. Ini lah hasilnya:


Jadi, di sini, kita dah pasti, bahawa ayat tersebut memang digunapakai dan inshaAllah betul dari segi tatabahasanya. 
Sekian, selamat mencuba.

Ahad, 7 Jun 2009

Merancang perjalanan dengan Google Maps


Kebelakangan ini, terdapat banyak undangan majlis ke tempat-tempat yang belum pernah saya pergi. Semalam, saya menghadiri majlis jamuan aqiqah seorang sahabat di Bukit Subang. Itulah pertama kali saya ke sana. Petang itu, saya menggunakan Google Maps [Malaysia] untuk mencari lokasi rumah tersebut dan jalan untuk ke sana. Alhamdulillah, kebetulan saya sudah biasa melalui Lebuhraya Guthrie, perjalanan ke Bukit Subang dari Puchong menjadi lebih mudah. Saya tiba di lokasi majlis seolah-olah saya sudah berkali-kali ke sana.

Sebelum ini, yang saya tahu, Google Maps memudahkan carian lokasi melalui peta. Sebenarnya, ia berguna lebih dari itu. Antaranya ialah, mendapatkan tunjukarah [Get Directions] dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Antum [anda semua] boleh mendapatkan cadangan laluan dari satu tempat ke satu tempat yang lain melaluinya. Ia termasuk teks tunjukarah dan peta berserta laluan yang ditelah ditanda seperti di bawah. Ia memang bermanfaat, cubalah sekarang! Klik sini untuk maklumat ringkas tentang google maps di youtube [Bahasa Inggeris].




Google Maps Malaysia Overview