Ahad, 24 Oktober 2010

Bolehkah lembu dijadikan sembelihan Aqiqah?



Bismillahirrahmanirrahim ...
Untuk persoalan ini, saya menjumpai soaljawab yang hampir sama di laman Islam: Tanya & Jawab versi bahasa Arab yang bertajuk "هل يصح أن يعق عن ابنه بالإبل أو البقر". Di sini saya cuba terangkan kembali dalam bahasa Malaysia InshaAllah.
  •  Kata laman Islam: Tanya & Jawab, "yang menepati Sunnah untuk Aqiqah adalah dengan menyembelih 2 ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor kambing untuk bayi perempuan seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti berikut:
عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال :   سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن العقيقة فقال لا يحب الله عز وجل العقوق وكأنه كره الاسم قال لرسول الله صلى الله عليه وسلم إنما نسألك أحدنا يولد له قال من أحب أن ينسك عن ولده فلينسك عنه عن الغلام شاتان مكافأتان وعن الجارية شاة

Dari ’Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang aqiqah, maka beliau menjawab : “Allah ‘azza wa jalla tidak suka dengan istilah Al-‘Uquuq (‘aqiiqah)”. Seakan-akan beliau membenci istilah tersebut (yaitu aqiqah). Penanya kembali berkata kepada Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wasallam : “Kami hanya bermaksud menanyakan jika salah seorang di antara kami mempunyai anak (yang baru dilahirkan)”. Maka beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Barangsiapa yang ingin menyembelih karena kelahiran anaknya, maka hendaklah ia menyembelih. Untuk laki-laki dua kambing yang sama/setara dan untuk perempuan satu kambing” [Untuk hadis ini, saya memilih terjemahan dari blog Abul Jauzaa lalu saya sunting ke bahasa Malaysia]"
  • Laman web tersebut mengatakan bahawa, "ulama berselisih pendapat tentang persoalan adakah diterima aqiqah dengan sembelihan unta atau lembu ? Majoriti ulama mengatakan harus beraqiqah dengan keduanya dan sebahagian yang lain melarang perbuatan tersebut kerana sunnah tidak menyebut selain kambing. "
  • Ia juga memetik kenyataan dari kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyah (30/279) yang menyatakan, "sembelihan yang dibolehkan untuk ibadah korban seperti unta, lembu dan kambing juga dibolehkan untuk aqiqah. Sembelihan selain unta, lembu dan kambing tidak dibenarkan. Inilah yang disepakati oleh ulama-ulama dari mazhab hanafi, syafi'e dan hanafi, ... , "
  • Selanjutnya ia menerangkan bahawa, "yang terbaik adalah beraqiqah dengan menyembelih kambing kerana ia lebih menepati sunnah". Ia kemudian menukilkan pandangan Syaikh Uthaimin dari kitab  al-Syarh al-Mumti' (7/424). Maksudnya lebih kurang: "Untuk ibadah aqiqah, kambing lebih baik dari unta dan lembu, manakala untuk ibadah korban, yang terbaik adalah unta, selepas itu lembu, dan selepas itu kambing".
  • Akhirnya, kesimpulan yang dibuat ialah: tiada masalah untuk beraqiqah dengan menyembelih lembu untuk anak lelaki, tetapi dua ekor kambing adalah lebih baik. Dan perlu diketahui bahawa syarat-syarat ibadah aqiqah adalah sama dengan syarat-syarat ibadah korban. Antara syaratnya ialah umur haiwan sembelihan tersebut mestilah tidak kurang dari dua tahun. Wallahu a'lam. Sekian dari laman web tersebut.

Berikut adalah beberapa artikel pilihan berkaitan ibadah aqiqah:

    Khamis, 14 Oktober 2010

    Lebih Baik Diam Dari Banyak Berbicara

    Bismillah...

    Alhamdulillah, baru-baru ini saya sempat membaca sebuah buku kecil tulisan Shaikh 'Abdul-Muhsin Al-'Abbaad bertajuk رفقا أهل السنة بأهل السنة [Bersikap Lembutlah Terhadap Sesama Ahlus Sunnah] . Buku ringkas tersebut mengandungi kata-kata nasihat kepada umat Islam supaya sedaya upaya mengelakkan perpecahan dan mengekalkan kesatuan ummah. Beliau ada menyatakan beberapa perkara yang menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam yang berlaku di negara beliau. Di sini saya ingin kongsikan satu dari cara mengelakkan perpecahan yang disebutkan dalam buku tersebut iaitu “berdiam diri”. Selebihnya, silalah baca buku kecil tersebut yang juga terdapat versi digitalnya di internet.

    [Bahagian ini saya salin dan sunting dari naskah versi Bahasa Indonesia dari Islamhouse.com di bawah tajuk MENJAGA LISAN AGAR SELALU BERBICARA BAIK. Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan orang yang mendengar kebaikan lalu mengikutinya]
    ...
    Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya no.6475, dan Muslim dalam kitab Sahihnya no.74 meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
    وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
    Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam”

    Imam Nawawi berkomentar tentang hadis ini ketika memaparkan hadis-hadis Arba’in. Kata beliau, “Imam Syafi’i menjelaskan bahawa maksud hadis ini, apabila seseorang hendak berucap maka hendaklah dia berfikirlah terlebih dahulu. Jika dirasakan perkataannya tidak akan membawa mudharat (keburukan), maka berbicaralah. Akan tetapi, jika dirasakan perkataannya itu akan membawa mudharat atau diragui akan membawa mudharat atau tidak, maka hendaknya dia menahan ucapannya”. Sebagian ulama berkata, “Seandainya kalianlah yang membelikan kertas untuk para malaikat yang mencatat amalan kalian, nescaya kalian akan lebih banyak diam daripada berbicara”.

    Imam Abu Hatim Ibnu Hibban Al-Busti berkata dalam kitabnya Raudhah Al-‘Uqala` wa Nuzhah Al-Fudhala` hal.45, “Orang yang berakal sepatutnya lebih banyak diam daripada berbicara. Berapa banyak orang yang menyesal, ketika dia berbicara. Dan berapa sedikitnya orang yang menyesal kerana diam. Orang yang paling lama deritanya, dan paling besar musibahnya adalah orang yang lidahnya sentiasa berbicara, sedangkan fikirannya tidak mau jalan.”

    Pada hal.47, beliau berkata lagi, “Orang yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan kedua telinganya daripada mulutnya. Dia perlu sedar bahawa dia diberi dua telinga, sedangkan mulut hanya satu, adalah supaya dia lebih banyak mendengar daripada berbicara. Seringkali orang menyesal di kemudian hari kerana perkataan yang diucapkannya, sementara diamnya tidak pernah membawa penyesalan. Dan menarik diri dari perkataan yang belum diucapkan adalah lebih mudah, daripada menarik perkataan yang telah terlanjur diucapkan. Hal itu kerana biasanya apabila seseorang sedang berbicara, maka perkataan-perkataannya akan menguasai dirinya. Sebaliknya, bila dia tidak berbicara maka dia mampu mengawal perkataan-perkataannya.

    Pada hal. 49, beliau menambah, “Lidah seorang yang berakal berada di bawah kawalan hatinya. Ketika dia hendak berbicara, maka dia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya. Apabila perkataan tersebut bermanfaat bagi dirinya, maka dia akan berbicara, tetapi apabila tidak bermanfaat, maka dia akan diam. Adapun orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kawalan lidahnya. Dia akan berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lidahnya. Seseorang yang tidak mampu menjaga lidahnya, bererti dia tidak faham tentang agamanya”.