Sabtu, 12 Mac 2011

Solatlah Dua Rakaat Jika Anda Masuk Masjid



إذا دخل أحدكم المساجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين
Maksud hadis:
Dari Abu Qatadah Al-Harith bin Rab'iy Al-Ansory Radiallahu 'anhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam: Jika seorang dari kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sehingga dia solat dua rakaat. (Hadis Sahih Bukhari no 533, 534, 536 dan Muslim no 615, 617).
Penjelasan hadis:
Suatu hari ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam sedang berkhutbah di Masjid Nabawi pada hari Jumaat, Sulaik Al-Ghathafani telah masuk lalu duduk. Lantas baginda menyuruh beliau bangun dan solat dua rakaat. Kemudian baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam memberitahu beliau bahawa masjid-masjid memiliki kesucian dan kehormatan, bagi masjid hak tahiyyat terhadap sesiapa yang memasukinya iaitu tidak duduk [di dalamnya] kecuali setelah solat dua rakaat. 
Dengan sebab itu baginda tidak memberi kesempatan, walaupun untuk duduk mendengar khutbah Jumaat dari mulut baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam. 
Antara faedah hadis:
Menurut Syeikh Abdullah Al-Bassam, kita digalakkan memasuki masjid dalam keadaan berwuduk supaya kita tidak terlepas peluang dari mengerjakan solat tahiyat al-masjid  dan kita boleh solat bila-bila masa pun ketika memasuki masjid walaupun ketika waktu-waktu yang dilarang solat kerana keumuman hadis tersebut
Rujukan:
  1. Taisirul-Allam Syarh Umdatul Ahkam oleh Syaikh Abdullah bin Abdullah bin Abdurrahman bin Soleh Ali Bassam, cetakan Darul 'Asimah, Riyadh 2005, jilid 1, ms227-229. 
  2. Shalat Tahiyatul Masjid oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman bin Shalih Ali Bassam, al-manhaj.or.id