Selasa, 12 Ogos 2014

Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #4: Melunaskan Hutangnya

Melunaskan hutangnya sekiranya ada. Ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam hadis berikut.

عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذْ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ، فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى، فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، صَلِّ عَلَيْهَا‏.‏ قَالَ ‏"‏ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ ‏"‏‏.‏ قِيلَ نَعَمْ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا ثَلاَثَةَ دَنَانِيرَ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهَا، ثُمَّ أُتِيَ بِالثَّالِثَةِ، فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا‏.‏ قَالَ ‏"‏ هَلْ تَرَكَ شَيْئًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ ‏"‏‏.‏ قَالُوا ثَلاَثَةُ دَنَانِيرَ‏.‏ قَالَ ‏"‏ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ ‏"‏‏.‏ قَالَ أَبُو قَتَادَةَ صَلِّ عَلَيْهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَعَلَىَّ دَيْنُهُ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهِ‏.‏


Dari Salamah bin Al Akwa' radhiallahu 'anhu berkata: "Kami pernah duduk bersama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ketika dibawakan kepada baginda satu jenazah. Kemudian mereka berkata: "Solatilah jenazah ini". Maka baginda bertanya: "Adakah orang ini ada hutang?" Mereka berkata: "Tidak". Kemudian baginda bertanya kembali: "Adakah dia meninggalkan sesuatu?" Mereka menjawab: "Tidak". Akhirnya baginda menyolatkan jenazah tersebut. Kemudian dibawakan lagi jenazah lain kepada baginda, lalu mereka berkata: "Wahai Rasulullah, solatilah jenazah ini". Maka baginda bertanya: "Adakah orang ini ada hutang?" Dijawab: "Ya". Kemudian baginda bertanya kembali: "Adakah dia meninggalkan sesuatu?" Mereka menjawab: "Ada, sebanyak tiga dinar". Maka baginda bersabda: "Solatilah saudaramu ini". Abu Qatadah telah berkata: "Solatilah dia wahai Rasulullah, nanti hutangnya aku yang menanggungnya". Maka baginda pun menyolatkan jenazah itu.
Hadis riwayat Bukhari (2289).

Sabtu, 9 Ogos 2014

Kempen Solat 2 Raka'at Sebelum Duduk Dalam Masjid

[Kempen Solat 2 Raka'at Sebelum Duduk Dalam Masjid]

Marilah kita solat dua raka'at sebelum duduk di dalam masjid.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu. Rasulullah sallallahu ‘alaihiwasallam bersabda,

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

“Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah dia solat dua rakaat sebelum dia duduk.” (HR. Al-Bukhari no. 537 & Muslim no. 714)

Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata,

جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ, فَجَلَسَ. فَقَالَ لَهُ: يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا! ثُمَّ قَالَ: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا

“Sulaik Al-Ghathafani telah datang pada hari Jumaat, sedangkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah, dia pun duduk. Maka baginda lantas berkata kepadanya, “Wahai Sulaik, bangunlah. Solatlah dua raka’at dan ringankanlah kedua-dua raka'at tersebut.” Kemudian baginda bersabda, “Jika salah seorang dari kalian datang pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah, maka hendaklah dia solat dua raka’at, dan hendaklah dia mengerjakannya dengan ringan.” (HR. Al-Bukhari no. 49 dan Muslim no. 875)

Sumber: Shalat Tahiyatul Masjid | http://muslim.or.id/?p=18829

Rabu, 6 Ogos 2014

Seorang Mukmin Bukan Pencela dan Pengkeji

[Seorang Mukmin Bukan Pencela dan Pengkeji]

Dari Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda:
ليس المؤمنُ بالطعَّان ، و لا اللعَّانِ ، و لا الفاحشِ ، و لا البذيءِ
Orang mukmin bukanlah seorang pencela, bukanlah pelaknat, bukanlah pengkeji dan bukan juga pelaku perkara yang sia-sia.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan dinilai sahih oleh Al-Albani (237/312))

الطَّعَّانِ
(Pencela), adalah orang yang banyak menyinggung kehormatan orang lain dengan celaan dan umpatan.
اللعَّانِ
(Pelaknat), adalah orang yang mengusir atau menjauhkan orang dari syurga.
الفاحشِ
(Pengkeji), adalah orang yang lidahnya cepat mengucapkan perkataan keji sedangkan dia tidak ingin mengucapkannya, demikian juga perbuatan keji. Al-Hafiz berkata, "Iaitu melampaui batas dalam perkataan buruk. Barangsiapa yang melampaui batas dengan tambahan keburukan di dalam ucapan dan perbuatan, maka dia adalah orang yang keji."
البذيءِ
(Pelaku perkara yang sia-sia). Al-Jauhari berkata, "Iaitu berbicara dengan perkataan yang tidak bermanfaat." Al-Qari berkata, "Iaitu orang yang tidak memiliki malu."

Sumber: Begini Seharusnya Menjadi Guru, Fu'ad bin Abdul Aziz Asy-Syalhub, cetakan ke-7, Darul Haq, Jakarta: 2014, m/s 48.

Selasa, 5 Ogos 2014

Bacaan Dalam Solat: Allahu Akbar

الله أكبر


Dimulai solat dengan mengucap Allahu Akbar

Kita memulakan solat dengan lafaz Allahu Akbar (الله أكبر) seperti yang ditunjukkan oleh Nabi, sallallahu 'alaihi wa sallam. Dalilnya, Aisyah Radhiallahu 'anhu menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِ { الْحَمْد لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }1

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam membuka solat baginda dengan bertakbir (mengucap Allahu Akbar) dan bacaan Alhamdulillahi robbil 'Alamin …

Dalam sebuah hadis lain, ketika baginda sallallahu 'alaihi wasallam mengajar seorang lelaki yang salah solatnya, baginda mengatakan:
... إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّر...2
...Apabila kamu bangun untuk solat, maka bertakbirlah...

Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam, juga menyebut:

مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ3
Pembuka solat adalah bersuci dan pengharamnya adalah takbir (ucapan Allahu Akbar) dan penghalalnya adalah taslim (ucapan As-Salamu 'Alaykum)


Terjemahan lafaz secara perkata
الله
Allah
أكبر
Terbesar, paling besar

Maksud lafaz Allahu Akbar

Kalimah Allahu Akbar bermaksud bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih besar dari dari semua perkara yang wujud serta Allah lebih agung, lebih mulia, lebih tinggi dari setiap yang terfikir difikiran atau apa yang terbayang dalam khayalan. Maka, seorang hamba apabila berdiri bermunajat di hadapan Allah ta'ala, menunaikan ibadahnya dan melafazkan kalimah ini hendaklah merealisasikan perasan ini. 4


1Sahih Muslim: 768
2Sunan Abi Daud: 730, Sahih Al-Bukhari: 715
3Sunan Abi Daud: 56
4Fatawa Al-Syabakah Al-Islamiyyah, fatwa no 49147(معنى الله أكبر)