Khamis, 30 Julai 2015

Q&A: Solat dalam keadaan minyak berasaskan binatang disapu pada anggota badan


Q: 
Assalamualaikum ustaz.. Nak tanya sikit.. Kalau kita pakai minyak gamat/lintah atau minyak2 yg berasaskan binatang.. Boleh tak sembahyang.. Atau kena cuci dahulu baru boleh sembahyang.
...
A:
Jika penanya bertanya tentang, jika seseorang menyapukan minyak gamat/lintah atau minyak jenis lain pada anggota wudhuk, adakah dia perlu hilangkan kesan minyak tersebut sebelum dia berwudhu untuk solat?, sila rujuk jawapannya pada Q&A (Wudhuk dan minyak gamat).
Jika soalannya tentang bolehkah solat dalam keadaan minyak berasaskan binatang disapu pada anggota badan, maka berikut adalah hasil kajian tentang jawapannya.

1.      Tidak sahsolat, jika ada najis pada tubuh badan kerana antara syarat sah solat ialah suci dari najis. Majoriti ulama berpendapat bahawa sesiapa yang solat sedangkan dia membawa sesuatu yang najis, maka solatnya tidak sah. Sila rujuk: al-Mughni (1/403) dan al-Majmoo' (3/157)  (Fatwa Islam Question and Answer, No. 101176).

2.      Adakah minyak berasaskan binatang tersebut adalah najis atau tidak?
Menurut Fatwa Islam Question and Answer (No. 97541), secara umumnya, setiap bahan yang kita gunakan pada badan kita seharian sebagai pencuci, pewangi atau ubat sapuan, seperti syampu, sabun, minyak wangi, krim, minyak urut dan sebagainya, diperbuat dari bahan yang kemungkinan terdiri dari bahan yang berasal dari:
  1. Haiwan
  2. Tumbuhan. (Jika ia adalah bahan dari tumbuhan seperti minyak zaitun, maka tiada masalah menggunakannya).
Jika ia adalah bahan yang berasal dari haiwan, maka ia terdiri dari dua jenis:
  1. Haiwan yang halal dimakan setelah disembelih atau haiwan laut yang tak perlu disembelih maka ianya tak diragukan lagi halal untuk digunakan. (Gamat termasuk jenis ini kerana ia adalah haiwan laut)
  2. Haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih atau haiwan yang haram dimakan seperti babi. Maka kedua-duanya adalah haram digunakan. Bangkai dan Daging Babi adalah najis (rujuk Ringkasan Hukum Najis ملخص أحكام النجاسات).
Para ulama dari Lajnah Da’imah berkata:
“Jika seorang Muslim yakin atau merasakan seperti bahawa daging, lemak atau tulang babi telah masuk ke dalam makanan, ubat, ubat gigi atau seumpamanya, maka ia tidak boleh memakannya, meminumnya atau menggunakannya. Jika dia tidak pasti, maka janganlah dia menggunakannya kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Tinggalkan apa yang kamu ragukan kepada apa yang tidak meragukanmu.”
Shaykh ‘Abd al-‘Azeez ibn Baaz, Shaykh ‘Abd al-Razzaaq ‘Afeefi, Shaykh ‘Abd-Allaah ibn Ghadyaan, Shaykh ‘Abd-Allaah ibn Qa’ood. 
Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah (22/281). 


Catat Ulasan