Pages

Ahad, 1 November 2015

Nama-nama Berhala dalam Kitab Tafsir

Ketika membelek-belek kitab versi PDF Al-Tafsir Al-Hadith: Tartib Suwar Hasb Al-Nuzul (التفسير الحديث ترتيب السور حسب النزول), saya terjumpa senarai nama berhala. Saya kongsikan di sini sebagai rujukan bagi sesiapa yang mengkaji tentangnya. Senarai ini diletakkan pada muka surat 276 dalam juzuk ke-10 di bawah tajuk فهرس الأصنام (Indeks Para Berhala).



  1. أساف
  2. بعل (معبود الشام)
  3. سهيل
  4. سواع
  5. الشعرى
  6. شعرى العبور
  7. شعرى الغميصاء
  8. العزّى
  9. عزيزو
  10. الغرانيق العلى
  11. اللات
  12. اللاتو
  13. مناة
  14. مناة الثالثة
  15. منوتو
  16. نائلة
  17. نسر
  18. هبل
  19. ود
  20. يعوق
  21. يغوث

Sabtu, 31 Oktober 2015

Beberapa Pelajaran dari Surah Al-Buruj

Alhamdulillah, baru-baru ini kami selesai pelajari Surah Al-Buruj dari kitab terjemahan ringkasan Tafsir Ibn Kathir Al-Misbah Al-Munir. Banyak kami pelajari dari surah ini antaranya adalah seperti yang berikut:


  1. Allah memulakan surah ini dengan ayat sumpahan. Hanya Allah boleh bersumpah dengan makhluk ciptaan-Nya. 
  2. Kisah seorang budak cerdik yang mengorbankan dirinya dalam berda'wah. Kematiannya menjadi sebab kepada berimannya orang ramai kepada tuhan yang mencipta mereka dan kesemua mereka sanggup mati kerana mempertahankan keimanan mereka.
  3. Kisah pembunuhan kejam, pembunuhan beramai-ramai, oleh seorang raja. Allah menawarkan pengampunan kepada si raja atas jenayah yang telah dilakukannya. 
  4. Allah menyaksikan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah. 
  5. Allah menyediakan azab di neraka buat penjenayah yang tidak bertaubat.
  6. Allah menyediakan syurga yang ada sungai yang mengalir untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
  7. Kejayaan sebenar adalah orang yang mendapat syurga dan selamat dari siksaan Allah.
  8. Siksaan Allah betul-betul teramat teruk.
  9. Allah memaklumkan kepada kita beberapa sifat-Nya. Dialah yang memulakan dan yang mengulanginya. Dia yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Pemilik 'Arasy yang Agung. Dialah yang kalau Dia nak buat, Dia akan buat.
  10. Quran adalah terpelihara.

Alhamdulillah, kami diberi peluang mempelajarinya. Mudah-mudahan Allah memudahkan kami untuk beriman dengan pengkhabaran-Nya dan beramal dengan suruhan-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Doakan Simati Sebaik Sahaja Dipejamkan Matanya



Cara Membantu Simati Secara Sunnah

No. 1 - Doakan Simati Sebaik Sahaja Dipejamkan Matanya

 [versi kemaskini]

Jika kita sedang berada bersama simati ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, antara usaha untuk membantu seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah dengan mendoakan beliau.

Baginda menyebut nama simati. Baginda memohon kepada Allah supaya simati diampunkan, ditinggikan darjatnya, diganti untuk keluarga yang ditinggalkan, diluaskan kuburnya dan diberi cahaya didalam kubur. Doa baginda,

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ،
Ya Allah, berilah ampunan untuk Abu Salamah,
وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ،
tinggikanlah darjatnya di tengah golongan yang mendapat petunjuk,
وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ،
jadikanlah (seorang pengganti) untuknya untuk mengurus keluarga yang ditinggalkannya
وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ،
ampunilah kami dan dia wahai Rabb semesta alam,
وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ.
serta luaskanlah untuknya dalam kuburnya dan berilah cahaya untuknya di dalamnya

Ianya ditunjukkan dalam hadis berikut. Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha seorang sahabat dari kalangan wanita (kemudian menjadi isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam) menceritakan saat kematian suaminya Abu Salamah,

دَخَلَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ، فَأَغْمَضَهُ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الرُّوْحَ إِذَا قُبِضَ، تَبِعَهُ الْبَصَرُ. فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ. فَقَالَ: لاَ تَدْعُوْا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلاَّ بِخَيْرٍ، فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ. ثُمَّ قَالَ: اَللّهُمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam masuk ke rumah Abu Salamah (ketika hari beliau meninggal dunia), ketikamana matanya masih terbuka, lalu baginda memejamkan matanya. Kemudian baginda mengatakan, “Sesungguhnya ruh apabila dicabut, maka mata mengikutinya.” Lalu beberapa orang dari ahli keluarganya menangisinya, maka baginda bersabda, “Janganlah berdoa untuk diri kalian kecuali dengan kebaikan. Ini adalah kerana, para malaikat akan mengaminkan apa yang kalian ucapkan.” Kemudian baginda mengucapkan, “Ya Allah, berilah ampunan untuk Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya di tengah golongan yang mendapat petunjuk, jadikanlah (seorang pengganti) untuknya untuk mengurus keluarga yang ditinggalkannya, ampunilah kami dan dia wahai Rabb semesta alam, serta luaskanlah untuknya dalam kuburnya dan berilah cahaya untuknya di dalamnya.”[1]

Moga kita diberi taufiq untuk beramal dengan amalan ini dan juga didoakan dengan doa ini ketika tiba ajal kita nanti. Amin.


[1] Sahih Muslim, no. 920; Sunan Abi Daud, no. 3118; Sahih Ibn Hibban, no. 7041

Selasa, 4 Ogos 2015

Segera Doakan Dia Jika Dia Minta Doakan Dan Boleh Menambah Doa Kebaikan Yang Lain Juga

Cara Membantu Si Mati Secara Sunnah
No.9 - Segera Doakan Dia Jika Dia Minta Doakan Dan Boleh Menambah Doa Kebaikan Yang Lain Juga

Jika Simati memesan agar kita mendoakan beliau, segeralah berdoa untuknya sebaik sahaja menerima pesanan tersebut. Ia pernah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda tidak menangguhkannya bahkan baginda menambah doa kebaikan yang lain juga selain apa yang diminta.

Seorang sahabat Nabi yang dikenali sebagai Abu ‘Aamir Al-Asy’ari telah meminta agar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam agar memohon ampun untuk beliau. Beliau telah mengutuskan pesanan ini melalui anak saudara beliau Abu Musa Al-Asy’ari sejurus sebelum beliau wafat dalam peperangan Hunain. Kata beliau,
يَا ابْنَ أَخِي انْطَلِقْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَقْرِئْهُ مِنِّي السَّلاَمَ وَقُلْ لَهُ يَقُولُ لَكَ أَبُو عَامِرٍ اسْتَغْفِرْ لِي
“Wahai anak saudaraku! Pergilah kepada Rasulullah, kemudian sampaikan  kepadanya salam dariku dan beritahu padanya, Abu ‘Aamir berkata kepadamu, “Mohonlah ampun buatku!”

Abu Musa telah menyampaikan pesanan tersebut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebaik sahaja mendengar pesanan tersebut, Rasulullah kemudiannya meminta diambilkan air, lalu baginda berwudhu dengannya, lantas baginda mengangkat tangan berdoa (hingga Abu Musa terlihat putihnya ketiak Baginda),
‏‏اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ،
Ya Allah, Ampunilah untuk ‘Ubayd Abu ‘Aamir.
‏اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِكَ أَوْ مِنَ النَّاسِ
Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat berada di atas kebanyakan dari makhlukmu atau dari manusia. (Rujuk Sahih Muslim, no. 2498)

Isnin, 3 Ogos 2015

Cara Membantu Simati Secara Sunnah: Isteri Memohon Keampunan Buat Suaminya

Cara Membantu Simati Secara Sunnah
No. 8 - Isteri memohon keampunan buat suaminya simati

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengajar seorang isteri, yang baru kematian suaminya yang tercinta, satu doa. Antara yang dipinta dalam doa tersebut ialah memohon agar Allah mengampunkan suaminya.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبَا سَلَمَةَ قَدْ مَاتَ قَالَ ‏"‏ قُولِي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ فَقُلْتُ فَأَعْقَبَنِي اللَّهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ لِي مِنْهُ مُحَمَّدًا صلى الله عليه وسلم ‏.

Dari Ummi Salamah, dia telah berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Apabila kalian menziarahi orang sakit atau orang mati, maka kalian ucapkanlah perkara kebaikan, kerana sesungguhnya malaikat-malaikat mengaminkan atas apa yang kalian ucapkan”. Ummi Salamah menyambung lagi, ketika meninggalnya Abu Salamah, aku telah bertemu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu aku berkata, “Ya Rasulullah! Sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia. Baginda berkata, “Ucapkanlah Allahumma aghfir li wa lahu wa a’qibni minhu ‘uqba hasanah (Ya Allah! Ampunilah aku dan dia dan gantikanlah aku darinya dengan gantian yang baik)”. Ummu Salamah menyambung lagi, “Lalu aku ucapkannya, lalu Allah gantikan aku dengan seorang yang lebih baik untukku darinya iaitu Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. (Sahih Muslim, 919)




Jumaat, 31 Julai 2015

Cara membantu simati secara sunnah: Berpuasa bagi pihaknya



Cara membantu simati secara sunnah: 
No. 7 - Berpuasa bagi pihaknya


Jika simati perlu berpuasa samada puasa yang perlu diqadha atau puasa nazar, lalu dia mati sebelum sempat melunaskan puasanya, maka warisnya boleh berpuasa bagi pihaknya. 

Dari 'Aisyah radliallahu 'anha bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
من مات وعليه صيام صام عنه وليه
"Barangsiapa meninggal dunia dan memiliki hutang puasa maka walinya (boleh) berpuasa untuknya". (Sahih Al-Bukhari, no. 1952)

Dalam riwayat yang lain, dari Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma, dia telah berkata;
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ، وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا قَالَ ‏ "‏ نَعَمْ ـ قَالَ ـ فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى ‏"
"Telah datang seorang lelaki kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan dia mempunyai kewajipan (hutang) puasa selama sebulan, adakah boleh aku menunaikan puasa tersebut bagi pihaknya?”. Baginda sallallahu'alaihi wa sallam berkata: "Ya", Baginda melanjutkan: "Hutang kepada Allah adalah lebih berhak untuk ditunaikan" (Sahih Al-Bukhari, no. 1953)


Siapakah yang boleh berpuasa bagi pihak simati?

Hadis riwayat ‘Aisyah di atas menyebut wali simati. Ulama berbeza pendapat dalam ini, ada yang mengatakan wali merujuk kepada waris simati dan ada yang merujuk kepada saudara dekat.  

Ulama juga berbeza pendapat dalam hal, bolehkah seseorang yang bukan waris dan saudara dekat berpuasa bagi pihak simati. Imam An-Nawawi berpendapat ianya sah jika dengan izin walinya dan tidak sah tanpa izin dari pihak walinya. 

Ramai ulama lain juga berpendapat ia adalah harus, antaranya Imam Al-Bukhari, Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi dan Imam Ibn Taimiyyah. Antara alasannya ialah kerana Rasulullah menyamakannya dengan hutang, maka ia boleh dilunaskan oleh sesiapa sahaja. Adapun disebut “wali” dalam hadis adalah kerana biasanya walilah yang perlu membayar hutang bagi pihak simati (Masaail muta’alliqah bi qadha’ al-siyam).