Pages

Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Januari 2009

TipCam - Rakam Skrin Anda



Jika anda seorang pelajar "online", anda perlu belajar menggunakan aplikasi screencast ini.

Apa gunanya?

Gunanya ialah untuk merakam skrin anda termasuk suara dan video yang kelihatan di skrin.

Pengalaman guna
Sebelum ini, saya menggunakan camtasia dan camstudio untuk tujuan tersebut. Baru-baru ini, kawan saya rekemen pada saya laman Utipu, di mana ia menghimpunkan koleksi screencast dalam format *.flv. Mungkin ia tidak sehebat camtasia, namun yang lebih penting, ia percuma.

Setakat ini, saya menggunakan perisian ini untuk merakam kelas "online" yang saya ikuti. Lebih kurang 2 jam lamanya. Ia menghasilkan satu fail *.flv sebesar lebih kurang 100 lebih megabait, Dengan kualiti yang memuaskan.

Jika antum seorang pelajar atau pengajar, saya anjurkan antum mencubanya. Sila nyatakan pada ruangan komen jika antum perlu bantuan dari saya.

Tulisan berkaitan:

Kenapa perlu rakam kelas?


Rabu, 21 Januari 2009

Library Tutorial




The above tip, was screencasted using camtasia. I have edited it and produced as *.flv file in which was my first experience. Normally, the file will be converted to *.swf. A mate asked me to upload the tip to the Utipu.com. The video quality is very good.
Actually I want to embed the tip to our wordpress library blog, but unfortunately after several failure, the operation was aborted for this time. Today, my post here is my "another experiment on embedding the tip on blogger blog".


Sabtu, 30 Ogos 2008

Firefox extension: ScribeFire untuk bloggers


Assalamualaikum wa rahmatullah. Jika anda menulis blog & mengunakan firefox, cubalah ScribeFire.

Ia adalah tambahan kepada -internet browser firefox- yang memudahkan kerja "mengepost" tulisan ke blog.

Dengan SribeFire anda boleh "drag&drop" teks berformat dari web ke blog anda melalui firefox.


Khamis, 28 Ogos 2008

Camstudio: Rakam Screen Anda

Camstudio ialah satu software yang berguna untuk merakam skrin computer anda. Software ini boleh didapati secara percuma dari laman ini [http://camstudio.org/].

Bagaimana ia berguna untuk anda?

Jika anda adalah "pelajar online", ia amat berguna untuk beberapa kegunaan:
1- ia merekod/rakam skrin komputer anda, termasuk pengajian yang diadakan melalui "sidang web". Anda boleh lihat semula rakaman selepas kelas. jadi anda tidak akan ketinggalan jika sekiranya anda terpaksa menghabiskan masa yang lama "di tandas" sewaktu kelas sedang berjalan misalnya.

2-anda boleh membantu rakan sekelas anda yang bermasalah untuk menyertai kelas dengan berkongsi rakaman tersebut.

3-anda boleh simpan atau arkibkan rakaman sebagai rujukan. mungkin pengajar anda berikan tips-tips penting dan anda lupa menyalinnya. jadi dengan merakam kelas tersebut, inshaAllah anda boleh merujuk semula rakaman tersebut.

Bagaimana cara menggunakannya?
-untuk melihat cara download & install dari internet sila ke sini:
http://camstudio.org/video/install/
-untuk tahu cara guna, e-mail saya: ibnsaadiah@gmail.com/YM: abdullatef@ymail.com

Software lain sepertinya?
Terdapat satu software lain yang lagi hebat dari camstudio, tapi software tu "tak free". Tapi anda diberi masa selama 30 hari untuk mencubanya tanpa limit.

Sila lihat ini:
http://www.techsmith.com/camtasia.asp

saya menggunakan software ini untuk merekod video-video ini: