- أساف
- بعل (معبود الشام)
- سهيل
- سواع
- الشعرى
- شعرى العبور
- شعرى الغميصاء
- العزّى
- عزيزو
- الغرانيق العلى
- اللات
- اللاتو
- مناة
- مناة الثالثة
- منوتو
- نائلة
- نسر
- هبل
- ود
- يعوق
- يغوث
Ahad, 1 November 2015
Nama-nama Berhala dalam Kitab Tafsir
Sabtu, 31 Oktober 2015
Beberapa Pelajaran dari Surah Al-Buruj
- Allah memulakan surah ini dengan ayat sumpahan. Hanya Allah boleh bersumpah dengan makhluk ciptaan-Nya.
- Kisah seorang budak cerdik yang mengorbankan dirinya dalam berda'wah. Kematiannya menjadi sebab kepada berimannya orang ramai kepada tuhan yang mencipta mereka dan kesemua mereka sanggup mati kerana mempertahankan keimanan mereka.
- Kisah pembunuhan kejam, pembunuhan beramai-ramai, oleh seorang raja. Allah menawarkan pengampunan kepada si raja atas jenayah yang telah dilakukannya.
- Allah menyaksikan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah.
- Allah menyediakan azab di neraka buat penjenayah yang tidak bertaubat.
- Allah menyediakan syurga yang ada sungai yang mengalir untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
- Kejayaan sebenar adalah orang yang mendapat syurga dan selamat dari siksaan Allah.
- Siksaan Allah betul-betul teramat teruk.
- Allah memaklumkan kepada kita beberapa sifat-Nya. Dialah yang memulakan dan yang mengulanginya. Dia yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Pemilik 'Arasy yang Agung. Dialah yang kalau Dia nak buat, Dia akan buat.
- Quran adalah terpelihara.
Sabtu, 6 Jun 2015
Lambang Ugama Allah
- Surah Al-Baqarah: 158
- Surah Al-Ma'idah: 2
- Surah Al-Hajj: 32
- Surah Al-Hajj: 36
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَائِرِ اللَّهِ ۖ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
Kesimpulan dari tafsiran Ibn 'Ashur, ayat ini turun sebagai menjawab isu muslimin Ansar yang menyangka bahawa amalan saie di Bukit Safa dan Marwah dalam ibadah haji adalah dari amalan jahiliyah, lalu turunlah ayat ini menerangkan bahawa ia sebenarnya adalah satu dari lambang atau upacara Agama Allah, bukan amalan jahiliyyah.
عَنْ عَاصِمِ بْنِ سُلَيْمَانَ، قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ الصَّفَا، وَالْمَرْوَةِ،. فَقَالَ كُنَّا نَرَى أَنَّهُمَا مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ، فَلَمَّا كَانَ الإِسْلاَمُ أَمْسَكْنَا عَنْهُمَا، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ } إِلَى قَوْلِهِ {أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا}.
Dari 'Asim bin Sulaiman, dia telah berkata, "Aku telah bertanya Anas bin Malik -radhiallahu 'anhu- tentang Safa dan Marwah, lalu dia (Anas) telah berkata, "Kami berpendapat bahawa keduanya dari amalan jahiliyyah, maka apabila telah Islam, kami menahan diri kami dari keduanya, lalu Allah Ta'ala menurunkan {إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ } hingga firman-Nya {أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا}.Pada zaman Nabi Ibrahim, amalan ini telah pun wujud dan ia telahpun diamalkan oleh Nabi Ibrahim 'Alaihi As-Salam dan Nabi Isma'il. Namun setelah berlalu tempoh yang terlalu lama, akhirnya ketika Makkah dalam zaman Jahiliyyah, ada berhala diletakkan di Bukit Safa dan Marwah. Sebab itulah ada sahabat dari golongan Ansar meninggalkan dari beramal dengan amalan ini sehinggalah turunnya ayat 158 dari surah Al-Baqarah seperti di atas.
Dari kisah ini, kita pelajari bahawa sahabat Nabi sangat berhati-hati dalam beramal ibadah. Mereka meninggalkan ibadah selagi ia belum dibuktikan bahawa ia adalah ibadah yang disyariatkan. Semoga Allah menjadikan kita juga seorang yang cermat dan berhati-hati dalam beramal supaya amalan kita diterima oleh-Nya.
Khamis, 28 Mei 2015
Beberapa Orang Soleh yang Dijadikan Berhala
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. (Nuh:23)
- Wadd
- Suwaa'
- Yaghuth
- Ya'uuq
- Nasr
Dari hal ini, kita pelajari bahawa, kita perlu berpada-pada dalam menghormati, mentaati, mencintai dan mengagungkan manusia. Jangan sampai berlebih-lebihan. Begitu juga, kita mesti berwaspada dengan tipudaya syaitan yang boleh memperdaya kita melalui kejahilan diri kita.
Kita mohon agar Allah memelihara kita dari terpedaya oleh tipudaya syaitan. Ameen.
Ahad, 26 April 2015
Pulut Kuning
PULUT BERWARNA KUNING DALAM AGAMA HINDU
(Teks berbahasa Inggeris disertakan terjemahannya)
Yellow colour is considered auspicious and sacred in Hindu religion. That is why women prefer to wear yellow coloured clothes at most of the auspicious ceremonies, during marriage, birth of a child and religious observances. The yellow colour holds the same significance among the flowers.
Terjemahan:
Warna kuning dianggap simbol bertuah dan suci dalam agama Hindu. Oleh sebab itu wanita lebih gemar memilih warna kuning semasa majlis meraikan kemenangan sesuatu, semasa perkahwinan, kelahiran anak, dan majlis keagamaan. Warna kuning memainkan peranan yang sama penting seperti bunga bunga.
In Hindu religion, it is a tradition to draw the picture of Lord Ganesha and to adhere yellow coloured rice grains with the invitation card of a marriage.
Terjemahan:
Dalam agama Hindu, adalah tradisi untuk melukis gambar Tuhan Ganesha dan melekatkan pulut kuning bersama kad jemputan perkahwinan.
http://mdaily.bhaskar.com/news/know-your-beliefs/4593/JM-yellow-rice-grains-make-wedding-cards-auspicious-1834122.html
Terjemahan oleh: @KamalIqlaas
Teks dan pautan oleh @CikguRahim
Jumaat, 5 Disember 2014
3 Permohonan Penting Setiap Pagi
- Dengan berdoa hanya kepada Allah, kita menunjukkan perakuan bahawa Allah bersifat Al-Samee’ السميع Maha Mendengar dan Al-Ghany الغني Maha Kaya.
- Kita juga memperakui bahawa diri kita adalah hamba kepada Allah. Kita tidak mampu mendapatkan apa-apa perkara berfaedah melainkan melalui pemberian Allah.
- Allah mengutuskan utusanNya untuk mengajar perkara yang sangat berfaedah kepada manusia. Dengan ini, kita juga memperakui tentang sifat Ar-Rahman الرحمن Allah iaitu sifatNya yang Maha Pemurah.
Rabu, 15 Oktober 2014
Sebatang pokok di Syurga
Selasa, 14 Oktober 2014
Nikmat Syurga, tiada manusia pernah melihatnya
Khamis, 9 Oktober 2014
Jannah Diselubungi Kepayahan
Alhamdulillah, As-Solatu Wa As-Salamu 'Ala Rasulillah. In sya Allah, bermula dengan post ini, penulis akan mula mengumpulkan riwayat-riwayat berkaitan Jannah. Mudah-mudahan ia memberi manfaat terutamanya kepada diri penulis sendiri serta ahli keluarganya.
Riwayat pertama yang terpilih adalah dari Kitab Sahih Muslim, dari Kitab Al-Jannah dan Sifatu Na'imiha Wa Ahliha.