Bismillahirrahmanirrahim ...
Untuk persoalan ini, saya menjumpai soaljawab yang hampir sama di laman Islam: Tanya & Jawab versi bahasa Arab yang bertajuk "هل يصح أن يعق عن ابنه بالإبل أو البقر". Di sini saya cuba terangkan kembali dalam bahasa Malaysia InshaAllah.
- Kata laman Islam: Tanya & Jawab, "yang menepati Sunnah untuk Aqiqah adalah dengan menyembelih 2 ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor kambing untuk bayi perempuan seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti berikut:
Dari ’Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang aqiqah, maka beliau menjawab : “Allah ‘azza wa jalla tidak suka dengan istilah Al-‘Uquuq (‘aqiiqah)”. Seakan-akan beliau membenci istilah tersebut (yaitu aqiqah). Penanya kembali berkata kepada Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wasallam : “Kami hanya bermaksud menanyakan jika salah seorang di antara kami mempunyai anak (yang baru dilahirkan)”. Maka beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Barangsiapa yang ingin menyembelih karena kelahiran anaknya, maka hendaklah ia menyembelih. Untuk laki-laki dua kambing yang sama/setara dan untuk perempuan satu kambing” [Untuk hadis ini, saya memilih terjemahan dari blog Abul Jauzaa lalu saya sunting ke bahasa Malaysia]"
- Laman web tersebut mengatakan bahawa, "ulama berselisih pendapat tentang persoalan adakah diterima aqiqah dengan sembelihan unta atau lembu ? Majoriti ulama mengatakan harus beraqiqah dengan keduanya dan sebahagian yang lain melarang perbuatan tersebut kerana sunnah tidak menyebut selain kambing. "
- Ia juga memetik kenyataan dari kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyah (30/279) yang menyatakan, "sembelihan yang dibolehkan untuk ibadah korban seperti unta, lembu dan kambing juga dibolehkan untuk aqiqah. Sembelihan selain unta, lembu dan kambing tidak dibenarkan. Inilah yang disepakati oleh ulama-ulama dari mazhab hanafi, syafi'e dan hanafi, ... , "
- Selanjutnya ia menerangkan bahawa, "yang terbaik adalah beraqiqah dengan menyembelih kambing kerana ia lebih menepati sunnah". Ia kemudian menukilkan pandangan Syaikh Uthaimin dari kitab al-Syarh al-Mumti' (7/424). Maksudnya lebih kurang: "Untuk ibadah aqiqah, kambing lebih baik dari unta dan lembu, manakala untuk ibadah korban, yang terbaik adalah unta, selepas itu lembu, dan selepas itu kambing".
- Akhirnya, kesimpulan yang dibuat ialah: tiada masalah untuk beraqiqah dengan menyembelih lembu untuk anak lelaki, tetapi dua ekor kambing adalah lebih baik. Dan perlu diketahui bahawa syarat-syarat ibadah aqiqah adalah sama dengan syarat-syarat ibadah korban. Antara syaratnya ialah umur haiwan sembelihan tersebut mestilah tidak kurang dari dua tahun. Wallahu a'lam. Sekian dari laman web tersebut.
Berikut adalah beberapa artikel pilihan berkaitan ibadah aqiqah:
- Aqiqah dalam Syari'at Islam - dalam artikel ini, penulis membawa hujah-hujah yang menyokong pendapat tidak dibenarkan beraqiqah dengan selain kambing.
- Bolehkah satu sembelihan untuk Qurban dan Aqiqah
- Ahkamul Aqiqah
- serta boleh dicari lagi artikel berkaitan melalui mesin carian