Pages

Sabtu, 12 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #1: Jangan Tergesa-gesa Menuju Solat

[Etika Sebagai Makmum #1]


Apabila mendengar iqomah maka janganlah tergesa-gesa, tetapi haruslah tenang dan khusyu’.


Dari Abu Hurairah [radhiyallahu ‘anhu], Nabi [sallallahu ‘alaihi wa sallam] bersabda,


إِذَا سَمِعْتُمُ الإِقَامَةَ فَامْشُوا إِلَى الصَّلاَةِ ، وَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ وَالْوَقَارِ وَلاَ تُسْرِعُوا ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا


“Apabila kalian mendengar iqomah, maka berjalanlah menuju solat. Dan hendaklah kamu tetap tenang dan khusyu’ menuju solat, jangan tergesa-gesa. Apa pun yang kalian dapati dari imam, maka ikutilah. Sedangkan apa yang luput/tertinggal dari kalian, maka sempurnakanlah.”
(Hadis riwayat Bukhari: http://sunnah.com/bukhari/10/33)

" إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ عَلَيْكُمُ السَّكِينَةُ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا "


“Apabila solat telah didirikan(telah dilaungkan iqomah), janganlah kalian mendatanginya sambil berlari. Datangilah dengan berjalan. Hendaklah kalian tenang. Apa yang kalian dapatkan (raka’atnya), maka solatlah, dan apa yang kalian tertinggal (raka’atnya), maka sempurnakanlah.”
(Hadis riwayat Bukhari: http://sunnah.com/bukhari/11/32)

Rujukan: al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013


[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE]
Sumbangan untuk aktiviti dan pembangunan surau:~
Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN]

Khamis, 10 Julai 2014

Doakan Kesembuhan Saudaramu

[Doakan Kesembuhan Saudaramu]

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, ketika Nabi [Sallallahu ‘alaihi wa sallam] menjenguk Sa’ad bin Abi Waqqas [Radhiallahu ‘anhu], baginda meletakkan tangannya pada dahi Sa’ad, kemudian beliau mengusap wajah dan dan perut Sa’ad. Kemudian beliau bersabda,

اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا

“Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d.” 



Baca selanjutnya:

http://kesehatanmuslim.com/doa-ketika-menjenguk-orang-sakit/

Rabu, 9 Julai 2014

Cara Membantu Arwah Berdasarkan Sunnah #3

[Cara Membantu Si Mati Berdasarkan Sunnah #3]


Memohon Keampunan dan Tsabat (keteguhan) untuknya sebaik sahaja setelah dikebumikan. Dalilnya:


عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ ‏ "‏ اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ ‏"

Dari Usman bin Affan, beliau berkata, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila selesai dari mengebumikan mayit baginda berdiri lalu berkata, “Mohonlah keampunan buat saudaramu dan mintalah keteguhan baginya. Sesungguhnya dia sekarang ini, sedang disoal.
(Hadis riwayat Abi Daud dalam Sunannya: http://sunnah.com/abudawud/21/133)


Bagaimana lafaz doanya?


Dalam Syarah Sunan Abi Daud, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad, menyatakan contoh lafaz doa seperti berikut:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ

Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, teguhkanlah dia dengan kata-kata (menjawab soal kubur) yang teguh.


Manakala, Syeikh Al-Uthaimeen dalam Syarah Riyadh As-Solihin membawa lafaz contoh seperti berikut:


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ

Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, teguhkanlah dia


dan diucapkan sebanyak 3 kali kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila berdoa, baginda akan mengulanginya sebanyak 3 kali. Syeikh Soleh Fauzan pula tidak menghadkan sebanyak 3 kali, tetapi menganjurkan supaya diulang-ulang membacanya.



Rujukan:
  1. Sunan Abi Daud, no 3221, hadis ini dinilai sahih oleh Al-Albani.
  2. Syarah Sunan Abi Daud, versi maktabah syamilah, jilid 17, mukasurat 118.
  3. Syarah Riyadh As-Solihin, versi maktabah syamilah, mukasurat 272.
  4. Al-Muntaqa min Fatawa Fauzan, versi maktabah syamilah, jild 41, mukasurat 3.


Selasa, 8 Julai 2014

Doakan Kebaikan Untuk Saudaramu Tanpa Pengetahuannya

[Doakan Kebaikan Untuk Saudaramu Tanpa Pengetahuannya]

Dari Abu Ad-Darda’ [Radhiallahu 'anhu], beliau berkata: Rasulullah [sallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” 

(Hadis riwayat Muslim: http://sunnah.com/muslim/48/119)

Dalam riwayat lain dengan lafaz:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa mustajab. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, “Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.”

(Hadis riwayat Muslim:http://sunnah.com/muslim/48/121)



Baca selanjutnya:
http://al-atsariyyah.com/keutamaan-mendoakan-orang-lain-tanpa-sepengetahuannya.html

Isnin, 7 Julai 2014

Cara Membantu Arwah Berdasarkan Sunnah #2

[Cara Membantu Si Mati Berdasarkan Sunnah #2]

Bersedekah atas namanya. Dalilnya:

عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ، أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمَّ سَعْدٍ مَاتَتْ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ "‏الْمَاءُ‏"‏. ‏ قَالَ فَحَفَرَ بِئْرًا وَقَالَ هَذِهِ لأُمِّ سَعْدٍ ‏.‏

Dari Sa’d bin ‘Ubadah, beliau telah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Umm Sa’d (ibu kepada Sa’d) telah mati, maka apakah sedekah yang terbaik (untuknya)?” Baginda menjawab: “Air”. Kata Sa’d: “Lalu telah digalilah sebuah perigi”, dan telah berkatalah Sa’d, “ Ini untuk Umm Sa’d”.

(Hadis riwayat Sunan Abi Daud http://sunnah.com/abudawud/9/126 )

Dari hadis ini, Rasulullah menjawab pertanyaan Sa’d bin ‘Ubadah tentang sedekah yang terbaik untuk ibunya yang telah meninggal dunia. Maka Rasulullah menyatakan bahawa air adalah sedekah terbaik. Selain itu, hadis ini juga mengajar kita cara seorang anak berbuat baik kepada ibubapanya setelah mereka meninggal dunia.

Wallahu ‘alam, mungkin kita juga boleh bersedekah apa sahaja yang menjadi keperluan manusia lalu kita sebutkan “Ini untuk ibu atau bapa saya”.

Ahad, 6 Julai 2014

Cara Membantu Si Mati Secara Sunnah #1

[Cara Membantu Si Mati Secara Sunnah #1]


Mendoakannya sebaik sahaja pejamnya mata arwah. Dalilnya:


Dari Ummu Salamah-yang namanya adalah Hind [radiyallahu 'anha], beliau mengatakan,
دَخَلَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ، فَأَغْمَضَهُ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الرُّوْحَ إِذَا قُبِضَ، تَبِعَهُ الْبَصَرُ. فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ. فَقَالَ: لاَ تَدْعُوْا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلاَّ بِخَيْرٍ، فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ. ثُمَّ قَالَ: اَللّهُمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ.


"Rasulullah [Sallallahu 'alaihi wasallam] menjengok (wafatnya) Abu Salamah ketikamana matanya masih terbuka, lalu baginda memejamkan matanya. Kemudian baginda mengatakan, 'Sesungguhnya ruh apabila dicabut, maka mata mengikutinya.' Lalu beberapa orang dari ahli keluarganya menangisinya, maka baginda bersabda, 'Janganlah berdoa untuk diri kalian kecuali dengan kebaikan. Ini adalah kerana, para malaikat akan mengaminkan apa yang kalian ucapkan.' Kemudian baginda mengucapkan, 'Ya Allah, berilah ampunan untuk Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya di tengah golongan yang mendapat petunjuk, jadikanlah (seorang pengganti) untuknya untuk mengurus keluarga yang ditinggalkannya, ampunilah kami dan dia wahai Rabb semesta alam, serta luaskanlah untuknya dalam kuburnya dan berilah cahaya untuknya di dalamnya'.

(Hadis riwayat Muslim: http://sunnah.com/muslim/11/8)

Dari hadis ini, Rasulullah [Sallallahu 'alaihi wasallam] mendoakan Abu Salamah [radhiallahu 'anhu] dengan menyebut nama beliau dengan lafaz berikut:


اَللّهُمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ

Ya Allah, berilah ampunan untuk Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya di tengah golongan yang mendapat petunjuk, jadikanlah (seorang pengganti) untuknya untuk mengurus keluarga yang ditinggalkannya, ampunilah kami dan dia wahai Rabb semesta alam, serta luaskanlah untuknya dalam kuburnya dan berilah cahaya untuknya di dalamnya

Perkara yang dimohon adalah:

  1. tinggikan darjat
  2. pengganti bagi menguruskan keluarga yang ditinggalkannya
  3. ampunan
  4. luaskan kubur
  5. cahaya di dalam kubur

Maka, sebagai umat Nabi Muhammad [Sallallahu 'alaihi wasallam], marilah kita mendoakan mereka yang meninggalkan kita, seperti yang ditunjukkan oleh Baginda [Sallallahu 'alaihi wasallam]. Moga nanti, kita juga akan didoakan dengan doa ini. Ameen.


Rujukan: BAB DOA YANG DIUCAPKAN SETELAH MEMEJAMKAN MATA MAYAT http://www.alsofwah.or.id/cetakdoa.php?id=239

Ahad, 22 Julai 2012

Satu Tuhan? Kau Reka! Mana Ada Macam Tu!

 

Dr Hikmat bin Bashir dalam kitabnya At-Tafsir Al-Mukhtasar Al-Sahih, menukilkan sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi:

عن   ابن عباس قال: مرض أبو طالب فجاءته قريش وجاءه النبي صلى الله عليه وسلم، وعند أبي طالب مجلس رجل، فقام أبو جهل كي يمنعه، وشكوه إلى أبي طالب فقال: يا ابن أخي! ما تريد من قومك؟ قال: إني أريد منهم كلمة واحدة تدين لهم بها العرب، وتؤدي إليهم العجم الجزية، قال: كلمة واحدة؟ قال: كلمة واحدة، قال: يا عم يقولوا: لا إله إلا الله ،فقالوا: (إلها واحدا؟! ما سمعنا بهذا في الملة الآخرة، إن هذا إلا اختلاق) قال: فنزل فيهم القرآن: {ص والقرآن ذي الذكر بل الذين كفروا في عزة وشقاق} إلى قوله {ما سمعنا بهذا في الملة الآخرة إن هذا إلا اختلاق} 

(Berikut lebihkurang terjemahnya:)

Dari Ibn Abbas, beliau berkata:

Telah sakit Abu Talib, maka telah datanglah kepadanya Qurays. Dan telah datang kepadanya juga Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan di sisi Abu Talib terdapat sekumpulan lelaki. Lalu Abu Jahal telah bangun untuk menghalang Baginda dan dia telah mengadu pada Abi Talib.

[Abu Talib] berkata [kepada Nabi sallallahu 'alaihi wassalam]: Wahai anak saudaraku! Apakah yang kamu inginkan dari kaummu?

Baginda menjawab: Sesungguhnya aku inginkan dari mereka "kalimah wahidah" (kalimah yang satu) yang menjadi agama bagi mereka orang-orang Arab, yang akan mendapatkan penghormatan dari orang-orang bukan Arab.

Kata Abu Talib: "kalimah wahidah"?

Kata Baginda: "kalimah wahidah",

kata baginda lagi: Wahai bapa saudara! mereka mengucapkan laa ilaaha illa Allah (tiada Ilaah[i] melainkan Allah).

Mereka [lelaki-lelaki Qurays] berkata: Satu ilaah? kami belum pernah mendengar perkara ini dalam agama lain (nasrani/kristian). Sesungguhnya hal ini tidak lain melainkan adalah rekaan.

Kata Ibn Abbas,"Lalu turunlah kepada mereka (Qurays) Al-Quran:

 

38:1

38:2

Sehinggalah Firman Allah:

38:7

 

[Terjemahan Surah Sod ayat 1-7 dari laman web Quran.com]:

  1.  Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
  2. (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.
  3. (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab. 
  4. Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. "
  5. Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" 
  6. Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki. "
  7. Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata".


[i] Yang disembah/sesembahan 

Rabu, 16 November 2011

Berapa Nilai Royalti Kitab Sahih Bukhari ?


Bacalah
"Iqra... iqra... iqra..." demikianlah pesan Dato' Hussamuddin Yaacob kepada kami ketika beliau diminta berkongsi pengalaman dengan peserta Bengkel Penulisan Kreatif AFN & Karangkraf 2011. Saya teringat pada buku tulisan Dr Raghib As-Sirjani bertajuk Spiritual Reading: Hidup Lebih Bermakna Dengan Membaca. Melalui buku tersebut saya mendapat pemahaman baru tentang arahan membaca dalam Al-Quran. Membaca adalah satu kewajipan bagi kita. Ia bukan pilihan. Di waktu awal turunnya wahyu, Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam telah diperintahkan untuk membaca. Pernahkah anda terfikir, kenapa wahyu pertama turun dengan perintah membaca? Sekarang cuba anda fikirkan tentangnya. Setelah peristiwa tersebut, berlaku pula peristiwa perang Badar. Menariknya, tawanan perang dikenakan [hukuman] mengajar membaca dan menulis kepada 10 orang Islam, sedangkan pada waktu itu, jika difikirkan logiknya, ada perkara yang lebih penting dari itu seperti wang.
Jadi, benarlah saranan Dato' Hussamuddin tersebut. Katanya lagi, dengan banyak membaca, kita boleh berubah. Buktinya adalah diri beliau sendiri yang sejak kecil telah dilatih oleh ayahnya dengan banyak membaca akhbar, majalah dan buku yang dijual di kedai ayahnya. "Baca buku sampai habis, kemudian bila selesai, jual" begitu pesan ayahnya. Hasilnya, kini, Karangkraf telah menjadi Syarikat Media No 1 di Malaysia.

Jadilah pembaca yang baik untuk menjadi penulis yang baik
"Sebelum anda menulis, bacalah dahulu, jadilah pembaca yang baik supaya anda boleh menjadi penulis yang baik," kata Dato Hussamuddin. Puan Sri Diah pula berkata "bila membaca, bacalah juga cara penulis menulis,” kita boleh belajar gaya penulisan dari buku yang kita baca. Hal ini dipersetujui oleh Kapten Hafiz Firdaus, seperti yang dinyatakan dalam buku beliau Berdakwah Melalui Penulisan Efektif. Bagaimana pun, seperti cerita Puan Sri Diah, jika kita mampu membaca dengan baik, tidak semestinya kita boleh menjadi seorang penulis. Menurut HAMKA, seperti yang dikongsikan oleh Zamri Mohamad dalam bukunya, Tip Menjadi Penulis Bestseller, “membaca dan menulis bergerak serentak”. Bagi saya, mungkin selain dari kemahiran membaca kita, juga perlu belajar cara menulis dan selalu berlatih untuk meningkatkan kemahiran menulis kita dari semasa ke semasa.

Motif dan motivasi menulis
“Bayangkan kitab Sahih Bukhari karya Imam Al-Bukhari, sehingga hari ini, semua mazhab bersepakat menerimanya sebagai rujukan hadis” Ujar Dr Zaharudin dalam pembentangannya. Setiap buku atau artikel ada kumpulan sasarnya. Boleh jadi sesebuah buku itu hanya dibaca oleh golongan akademik. Boleh jadi juga ia hanya dibaca oleh satu mazhab atau golongan berfahaman tertentu sahaja. Jadi, pulangan royalti atau pahala terhad bilangannya. Dengan itu, cabaran kita, cubalah sasarkan karya yang boleh menjadi rujukan untuk semua golongan dan yang sesuai dengan semua zaman seperti kitab Sahih Bukhari. Bayangkan jika kita mendapat pahala ribuan tahun hasil penulisan tersebut.

Pembaca
“Tuan-puan tau tak, majalah karangkraf yang mana paling laris dalam pasaran?” Tanya Tuan Ahmad Yani kepada kami. Ramai yang meneka, kemudian beliau menjawab, “Majalah Wanita”. Kenyataan ini mengambarkan bahawa pembaca wanita lebih ramai dari pembaca lelaki.
“Walaupun saya banyak menulis dalam majalah, saya tak boleh baca majalah. Saya lebih suka membaca kitab” demikian lebih kurang kenyataan Dr Zaharuddin.
“Sekarang ni saya banyak membaca akhbar” ujar Dato Hussamuddin. Beliau kemudian menegaskan “akhbar sekarang perlu berubah, Newspaper perlu menjadi Viewspaper”.
...
Demikianlah sedikit perkongsian maklumat dari penulis setelah menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif Ke 2 Anjuran Bersama Al-Fikrah.net dan Kumpulan Karangkraf yang diadakan di Kompleks Karangkraf Shah Alam pada Sabtu 10 November 2011. Berita baiknya, bengkel ini telah dirakamkan oleh TV Sunnah dan anda boleh menontonnya pada link berikut:
  1. AFN.net - BPK2 - Jihad Penulisan - En Ahmad Yani

  2. AFN.net - BPK2 - Teknik Penulisan Blog – UZAR

  3. AFN.net - BPK2 - Penulisan Skrip 1 - En Yusof Mohamed

  4. AFN.net -BPK2 - Perkongsian Pengalaman - Dato Hishamuddin Yaacob

  5. AFN.net - BPK2 - Penulisan Skrip 2 - En Yusof Mohamed

  6. AFN.net - BPK2 - Penulisan Buku - Pn Sri Diah


Khamis, 27 Oktober 2011

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN


Nota:

...



KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN DZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN


Oleh
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin



Segala puji bagi Allah semata, salawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر - قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".

وروى الإمام أحمد رحمه الله عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أعظم ولا احب إلى الله العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

وروى ابن حبان رحمه الله في صحيحه عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أفضل الأيام يوم عرفة.

"Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid".

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

1. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة

"Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga".

2. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.
Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadist Qudsi :

الصوم لي وأنا أجزي به ، انه ترك شهوته وطعامه وشرابه من أجلي

"Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku".

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

ما من عبد يصوم يوماً في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك اليوم وجهه عن النار سبعين خريف

"Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun". [Hadits Muttafaq 'Alaih].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده .

"Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya".

3. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.
Sebagaimana firman Allah Ta'ala.

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

".... dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan ...". [al-Hajj : 28].

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhuma.

فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

"Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid". [Hadits Riwayat Ahmad].

Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha', tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan :

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah".

Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah.

وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ

"Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu ...". [al-Baqarah : 185].

Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koor). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua dzikir dan do'a, kecuali karena tidak mengerti sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain.

Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah. Seperti : takbir, tasbih dan do'a-do'a lainnya yang disyariatkan.

4. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa.
Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta'atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.

Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

ان الله يغار وغيرة الله أن يأتي المرء ما حرم الله علي

"Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya" [Hadits Muttafaq 'Alaihi].

5. Banyak Beramal Shalih.
Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur'an, amar ma'ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

6. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama'ah ; bagi selain jama'ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.

7. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq.
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta'ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين أقرنين ذبحهما بيده وسمى وكبّر ووضع رجله على صفاحهما

"Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu". [Muttafaq 'Alaihi].

8. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban.
Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu 'Anha bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إذا رأيتم هلال ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضّحي فليمسك عن شعره وأظفاره

"Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya".

Dalam riwayat lain :

فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره حتى يضحي

"Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban".

Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menuntun hewan kurbannya. Firman Allah.

وَلا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّه

"..... dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan...". [al-Baqarah : 196].

Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.

9. Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.

10. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas.
Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.

والله الموفق والهادي إلى سواء السبيل وصلى الله على محمد وآله وصحبه وسلم .

صدرت بأذن طبع رقم 1218/ 5 وتاريخ 1/ 11/ 1409 هـ
صادر عن إدارة المطبوعات بالرئاسة العامة لإدارات البحوث العلمية والإفتاء والدعوة والإرشاد
كتبها : الفقير إلى عفو ربه
عبدالله بن عبدالرحمن الجبرين
عضو ا

[Disalin dari brosur yang dibagikan secara cuma-cuma, tanpa no, bulan, tahun dan penerbit. Artikel dalam bahasa Arab dapat dilihat di http://www.saaid.net/mktarat/hajj/4.htm] 

Di "copy" bulat-bulat [belum sempat di Bahasa Malaysiakan] dari : http://almanhaj.or.id/content/2888/slash/0 

Isnin, 3 Oktober 2011

Aku tidak bersalaman dengan kaum wanita





Ikutilah Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Sallam, baginda tidak bersalaman dengan kaum wanita yang bukan mahram baginda:
  • Dari Umaymah binti Roqiqoh, beliau berkata: aku telah menemui Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Sallam [bersama sekumpulan] wanita Ansar untuk berbai'ah dengan baginda. Kami berkata, Wahai Rasulullah kami berbai'ah denganmu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak menuduh(fitnah) dengan tuduhan palsu dan tidak mengengkarimu dalam perkara kebaikan. Baginda berkata, dalam perkara yang kamu mampu dan berdaya melakukannya. Mereka menjawab, Allah dan rasulNya lebih mengasihi kami dari diri kami, Marilah, kami ingin berbai'ah dengan mu wahai rasulullah. Lalu rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab, sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan kaum wanita, sesungguhnya kata-kataku untuk seratus orang wanita seumpama kata-kataku untuk seorang wanita. (Hadis riwayat An-Nasa'ie)
  • Dan Aisyah telah berkata, “Demi Allah, tangan [baginda] tak pernah menyentuh tangan [mana-mana] perempuan pun ketika berbai'ah dan mereka tidak berbai'ah melainkan dengan kata-katanya, “Aku telah bai'ahkan kamu dengan perkara-perkara tersebut””. (Hadis riwayat Bukhori)
  • Kata rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam, "Jika kepala seseorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, [itu] lebih baik baginya dari dia menyentuh wanita yang tidak halal untuknya" (Hadis riwayat At-Thobroni dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilahnya)