Pages

Selasa, 16 September 2014

Tugas Jibril Selepas Wafatnya Nabi Sallallahu 'Alayhi Wa Sallam

Soalan:

As-Salamu ‘Alaykum. Saya ada beberapa persoalan:

  1. Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu. Adakah Nabi Muhammad orang yg terakhir malaikat Jibril sampaikan wahyu?
  2. Kalau Nabi Muhammad orang terakhir menerima wahyu, Apakah tugas Malaikat Jibril selepas Nabi Wafat?

Ahad, 14 September 2014

Manusia yang dilaknat Malaikat

Pendahuluan

Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar, dalam karyanya Dunia Malaikat, telah menghimpunkan beberapa riwayat tentang beberapa golongan yang dilaknat oleh Malaikat. Dan di antara mereka termasuk beberapa golongan dari kalangan orang Islam yang melakukan beberapa jenis dosa. Berikut adalah riwayat-riwayatnya: 

Golongan isteri yang menolak ajakan suaminya untuk ke katilnya


Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dari Abu Hurairah, bahawa beliau berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katilnya, lalu dia (isteri) enggan untuk pergi kepadanya (suami), maka malaikat melaknatinya sampai pagi.” dan dalam riwayat yang lain dikatakan: “...sehingga dia kembali taat.” HR Bukhari. 

Menurut Imam An-Nawawi, ketika mensyarahkan sebuah hadis seperti ini dalam riwayat Sahih Muslim, ia menunjukkan bahawa terdapatnya larangan kepada isteri dari menolak ajakan suami ke katilnya tanpa ada halangan syar’ie. Dan haidh tidak termasuk dalam halangan syar’ie yang dimaksudkan kerana suami berhak untuk berseronok dengan isterinya yang dalam keadaan haidh selagi ianya setakat bahagian yang dibenarkan. Manakala Ibn Hajar menukilkan pendapat Ibn Abi Hamzah Az-Zohir yang mengatakan bahawa “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katilnya” bermaksud jimak. 

Golongan yang menghunuskan senjata tajam kepada saudara seimannya. 


Imam Muslim telah meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Abul Qasim telah bersabda: “Barangsiapa menghunuskan senjata tajam kepada saudaranya seiman, maka dia dilaknat malaikat, meskipun orang tersebut adalah saudara kandungnya.” HR Muslim. 

Walaupun ianya sekadar gurauan, ia mungkin juga boleh menyebabkan berlakunya pembunuhan. Apatah lagi, senjata moden yang dengan hanya sekali petik, dengan pantas ia membunuh. Telah ramai yang telah terbunuh oleh saudara sendiri tanpa disengajakan seperti ini. 

Golongan yang mencela sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam

Diriwayatkan dalam Mu’jam At-Tabrani dari Ibn Abbas dengan sanad yang baik, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mencaci sahabatku, maka baginya laknat Allah, laknat malaikat dan semua manusia.” HR At-Tabrani. 

Kita merasa aneh dengan satu kaum yang menjadikan agama mereka dengan mencaci maki para sahabat dan menganggapnya satu cara mendekatkan diri kepada Allah. Padahal Rasulullah telah memberitahu kita tentang balasannya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas.

Golongan yang mengelak dari berhukum dengan hukum Allah

Diriwayatkan dalam Sunan An-Nasa’i dan Ibn Majah dengan sanad yang baik dari Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “ Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja, maka baginya hukuman mati (qisas). Dan barangsiapa menghalangi perlaksanaan hukuman qisas ini, maka baginya laknat Allah, malaikat dan manusia semua.” HR An-Nasa’i dan Ibn Majah. 

Maka barangsiapa yang mengelak seorang pembunuh dari dihukum dengan hukuman Allah maka baginya laknat tersebut. Bagaimana pula orang yang mengelakkan hukuman-hukuman Allah yang lain?

Golongan yang melindungi pelaku bid’ah

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan dari Sunan Abi Daud, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu (dalam agama Islam), atau melindungi orang yang melakukan hal itu, maka baginya laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia.” HR Abu Daud. 

Dalam sebuah hadis lagi dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, dari Ali bin Abi Talib, dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Madinah adalah tanah haram (terhormat) antara daerah ‘Air dan Tsaur. Barangsiapa berbuat hal yang baru (dalam Islam) di sana atau melindungi pelaku perbuatan hal baru, maka baginya laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia. Dan di hari kiamat, Allah tidak akan menerima perbuatan ibadah dari dia baik yang wajib atau yang sunnah.” HR Bukhari. 

Penutup

Kita memohon kepada Allah, agar diberi hidayah kepada kita serta ahli keluarga kita supaya kita dijauhkan dari melakukan perkara-perkara yang dilaknat ini secara sengaja mahupun secara tidak sengaja.

Rujukan: 
  1. Dunia Malaikat, Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, Riyadh: International Islamic Publishing House, 2008. (p. 135-137)
  2. جواب شبهة حول حديث (..لعنتها الملائكة حتى تصبح)
  3. Fathul Bari (versi Maktabah Syamilah), Ibn Hajar Al-Asqalani, (9/294) 


Moga Allah Menjaga Agamamu

[DOAKAN KEBAIKAN UNTUK SAHABATMU - KETIKA DIA HENDAK BERMUSAFIR]

‏ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ 
‘Astaudi’ullaha diinaka wa amaanataka wa khawaatima ‘amalik‘ 
Aku serahkan kepada Allah pemeliharaan agamamu, amanahmu, dan penutup amalanmu
 _________________________________________________________________ 

Ucapan di atas adalah satu doa untuk kawan yang akan bermusafir. Ia telah diajarkan oleh seorang sahabat bernama Abdullah bin Umar, radhiallah 'anhu: 

عَنْ قَزَعَةَ قَالَ قَالَ لِى ابْنُ عُمَرَ هَلُمَّ أُوَدِّعْكَ كَمَا وَدَّعَنِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ 

Dari Qoza’ah, dia berkata: Ibnu Umar, radhiyallahu ’anhuma, berkata kepadaku, “Kemarilah, akan kulepaskan pemergianmu sebagaimana ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melepaskan pemergianku (iaitu dengan doa), ‘Astaudi’ullaha diinaka wa amaanataka wa khawaatima ‘amalik‘ (Aku serahkan kepada Allah pemeliharaan agamamu, amanahmu, dan penutup amalanmu).” (HR. Abu Dawud, Syaikh al-Albani berkata: Hadis ini sahih dengan banyak jalannya, sebagiannya disahihkan oleh at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Hakim, dan adz-Dzahabi. Lihat Sahih Sunan Abu Dawud [7/353] software Maktabah asy-Syamilah)

Ketika bermusafir, agak sukar untuk kita menjaga agama kita. Jadi Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah mengajar kita supaya mendoakan agar Allah membantu sahabat kita menjaga agamanya. 

Baca artikel berkaitan di sini: goo.gl/FSQj0h

Selasa, 2 September 2014

Bersabar Dengan Kerenah Anak Perempuan


Dari Uqbah bin Amir radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullahsallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ، وَأَطْعَمَهُنَّ، وَسَقَاهُنَّ، وَكَسَاهُنَّ مِنْ جِدَتِهِ كُنَّ لَهُ حِجَابًا مِنَ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Sesiapa yang memiliki 3 orang anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan, minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi penghadang dari neraka pada hari kiamat.


(HR. Ahmad 17403, Ibnu Majah 3669, dan disahihkan Syuaib al-Arnaut).


Sumber: Keutamaan Anak Perempuan

Selasa, 12 Ogos 2014

Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #4: Melunaskan Hutangnya

Melunaskan hutangnya sekiranya ada. Ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam hadis berikut.

عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذْ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ، فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى، فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، صَلِّ عَلَيْهَا‏.‏ قَالَ ‏"‏ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ ‏"‏‏.‏ قِيلَ نَعَمْ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا ثَلاَثَةَ دَنَانِيرَ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهَا، ثُمَّ أُتِيَ بِالثَّالِثَةِ، فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا‏.‏ قَالَ ‏"‏ هَلْ تَرَكَ شَيْئًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ ‏"‏‏.‏ قَالُوا ثَلاَثَةُ دَنَانِيرَ‏.‏ قَالَ ‏"‏ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ ‏"‏‏.‏ قَالَ أَبُو قَتَادَةَ صَلِّ عَلَيْهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَعَلَىَّ دَيْنُهُ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهِ‏.‏


Dari Salamah bin Al Akwa' radhiallahu 'anhu berkata: "Kami pernah duduk bersama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ketika dibawakan kepada baginda satu jenazah. Kemudian mereka berkata: "Solatilah jenazah ini". Maka baginda bertanya: "Adakah orang ini ada hutang?" Mereka berkata: "Tidak". Kemudian baginda bertanya kembali: "Adakah dia meninggalkan sesuatu?" Mereka menjawab: "Tidak". Akhirnya baginda menyolatkan jenazah tersebut. Kemudian dibawakan lagi jenazah lain kepada baginda, lalu mereka berkata: "Wahai Rasulullah, solatilah jenazah ini". Maka baginda bertanya: "Adakah orang ini ada hutang?" Dijawab: "Ya". Kemudian baginda bertanya kembali: "Adakah dia meninggalkan sesuatu?" Mereka menjawab: "Ada, sebanyak tiga dinar". Maka baginda bersabda: "Solatilah saudaramu ini". Abu Qatadah telah berkata: "Solatilah dia wahai Rasulullah, nanti hutangnya aku yang menanggungnya". Maka baginda pun menyolatkan jenazah itu.
Hadis riwayat Bukhari (2289).

Sabtu, 9 Ogos 2014

Kempen Solat 2 Raka'at Sebelum Duduk Dalam Masjid

[Kempen Solat 2 Raka'at Sebelum Duduk Dalam Masjid]

Marilah kita solat dua raka'at sebelum duduk di dalam masjid.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu. Rasulullah sallallahu ‘alaihiwasallam bersabda,

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

“Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah dia solat dua rakaat sebelum dia duduk.” (HR. Al-Bukhari no. 537 & Muslim no. 714)

Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata,

جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ, فَجَلَسَ. فَقَالَ لَهُ: يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا! ثُمَّ قَالَ: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا

“Sulaik Al-Ghathafani telah datang pada hari Jumaat, sedangkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah, dia pun duduk. Maka baginda lantas berkata kepadanya, “Wahai Sulaik, bangunlah. Solatlah dua raka’at dan ringankanlah kedua-dua raka'at tersebut.” Kemudian baginda bersabda, “Jika salah seorang dari kalian datang pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah, maka hendaklah dia solat dua raka’at, dan hendaklah dia mengerjakannya dengan ringan.” (HR. Al-Bukhari no. 49 dan Muslim no. 875)

Sumber: Shalat Tahiyatul Masjid | http://muslim.or.id/?p=18829

Rabu, 6 Ogos 2014

Seorang Mukmin Bukan Pencela dan Pengkeji

[Seorang Mukmin Bukan Pencela dan Pengkeji]

Dari Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda:
ليس المؤمنُ بالطعَّان ، و لا اللعَّانِ ، و لا الفاحشِ ، و لا البذيءِ
Orang mukmin bukanlah seorang pencela, bukanlah pelaknat, bukanlah pengkeji dan bukan juga pelaku perkara yang sia-sia.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan dinilai sahih oleh Al-Albani (237/312))

الطَّعَّانِ
(Pencela), adalah orang yang banyak menyinggung kehormatan orang lain dengan celaan dan umpatan.
اللعَّانِ
(Pelaknat), adalah orang yang mengusir atau menjauhkan orang dari syurga.
الفاحشِ
(Pengkeji), adalah orang yang lidahnya cepat mengucapkan perkataan keji sedangkan dia tidak ingin mengucapkannya, demikian juga perbuatan keji. Al-Hafiz berkata, "Iaitu melampaui batas dalam perkataan buruk. Barangsiapa yang melampaui batas dengan tambahan keburukan di dalam ucapan dan perbuatan, maka dia adalah orang yang keji."
البذيءِ
(Pelaku perkara yang sia-sia). Al-Jauhari berkata, "Iaitu berbicara dengan perkataan yang tidak bermanfaat." Al-Qari berkata, "Iaitu orang yang tidak memiliki malu."

Sumber: Begini Seharusnya Menjadi Guru, Fu'ad bin Abdul Aziz Asy-Syalhub, cetakan ke-7, Darul Haq, Jakarta: 2014, m/s 48.

Selasa, 5 Ogos 2014

Bacaan Dalam Solat: Allahu Akbar

الله أكبر


Dimulai solat dengan mengucap Allahu Akbar

Kita memulakan solat dengan lafaz Allahu Akbar (الله أكبر) seperti yang ditunjukkan oleh Nabi, sallallahu 'alaihi wa sallam. Dalilnya, Aisyah Radhiallahu 'anhu menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِ { الْحَمْد لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }1

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam membuka solat baginda dengan bertakbir (mengucap Allahu Akbar) dan bacaan Alhamdulillahi robbil 'Alamin …

Dalam sebuah hadis lain, ketika baginda sallallahu 'alaihi wasallam mengajar seorang lelaki yang salah solatnya, baginda mengatakan:
... إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّر...2
...Apabila kamu bangun untuk solat, maka bertakbirlah...

Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam, juga menyebut:

مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ3
Pembuka solat adalah bersuci dan pengharamnya adalah takbir (ucapan Allahu Akbar) dan penghalalnya adalah taslim (ucapan As-Salamu 'Alaykum)


Terjemahan lafaz secara perkata
الله
Allah
أكبر
Terbesar, paling besar

Maksud lafaz Allahu Akbar

Kalimah Allahu Akbar bermaksud bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih besar dari dari semua perkara yang wujud serta Allah lebih agung, lebih mulia, lebih tinggi dari setiap yang terfikir difikiran atau apa yang terbayang dalam khayalan. Maka, seorang hamba apabila berdiri bermunajat di hadapan Allah ta'ala, menunaikan ibadahnya dan melafazkan kalimah ini hendaklah merealisasikan perasan ini. 4


1Sahih Muslim: 768
2Sunan Abi Daud: 730, Sahih Al-Bukhari: 715
3Sunan Abi Daud: 56
4Fatawa Al-Syabakah Al-Islamiyyah, fatwa no 49147(معنى الله أكبر)

Rabu, 16 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #5: Menyebut "Sami’allaahu li-man hamidah" Adalah Tugas Imam

[Etika Sebagai Makmum #5]


Apabila imam berkata : ‘sami’allaahu li-man hamidah’, maka sebagai makmum ucapkanlah : ‘rabbanaa lakal-hamdu’. Makmum tidak perlu mengucapkan ‘sami’allaahu li-man hamidah’ kerana ia adalah tugas imam. Dalilnya:


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:


إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا، فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا، وَإِذَا قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا: رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ


“Imam itu dijadikan hanya untuk diikuti. Apabila dia solat secara berdiri, maka kalian solatlah secara berdiri. Apabila dia rukuk, maka kalian rukuklah. Apabila dia mengangkat kepala, maka angkatlah kepala kalian. Apabila dia mengucapkan : ‘sami’allaahu li-man hamidah’ (Semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya), maka ucapkanlah : ‘rabbanaa walakal-hamdu’ (Ya Rabb kami, milik Engkaulah segala pujian).....”
(Hadis riwayat Bukhari: http://sunnah.com/bukhari/10/126)


Rujukan:


  1. al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013
  2. Abul-Jauzaa', Apakah Makmum Juga Membaca ‘Sami’allaahu li-Man Hamidah’ ? http://goo.gl/dKH9AY    


[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE]


Sumbangan untuk aktiviti dan pembangunan surau:~
Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN

Selasa, 15 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #4: Bantulah Imam Bila Perlu

[Etika Sebagai Makmum #4]


Memperdengarkan suara Takbir imam ketika diperlukan. Dalilnya, seperti yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu ‘anhu:


عَنْ جَابِرٍ، قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الظُّهْرَ وَأَبُو بَكْرٍ خَلْفَهُ فَإِذَا كَبَّرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَبَّرَ أَبُو بَكْرٍ يُسْمِعُنَا ‏.


Jabir dia berkata; "Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam shalat Zhuhur bersama kami dan Abu Bakar berada di belakang beliau. Bila Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bertakbir, maka Abu Bakar ikut bertakbir untuk memperdengarkan (takbir Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam) kepada kami."
(Hadis riwayat An-Nasa-i: http://sunnah.com/nasai/10/22)


Dalam riwayat Bukhari dan Muslim menunjukkan bahawa baginda Nabi Shallallahu'alaihi wasallam ketika itu sedang sakit, lalu baginda mengarahkan Abu Bakar untuk mengimamkan solat. Namun setelah baginda mampu untuk solat, baginda keluar dengan dibantu oleh dua orang lelaki. Setelah itu, Baginda duduk disebelah Abu Bakar dan setelah itu Nabi Shallallahu'alaihi wasallam mengimami manusia, manakala Abu Bakar memperdengarkan takbir Baginda kepada mereka.




Rujukan:


al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013

[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE]


Sumbangan untuk aktiviti dan pembangunan surau:~
Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN