Pages

Jumaat, 29 Mei 2015

Siapakah yang Paling Mengenali Anda?


Siapakah yang paling mengenali diri kita? Adakah kawan rapat kita? Adakah kekasih kita sangat mengenali kita? Atau mungkin ibubapa kitakah orang yang paling mengenali kita?

Pelajaran dari Kelas Tadabbur Quran oleh Ustaz Baharudin Ayudin (Pusat Pengajian Qur'an - Semat Quran) membuktikan bahawa pencipta kitalah yang paling kenal akan diri kita. Kerana kasih dan rahmat-Nya, Dia memberitahu kita tentang diri kita, apa yang kita perlu tahu tentang diri kita. 

Mahukah kalian kenal diri kalian? Di bawah ini, saya sertakan nota pengajian bertajuk Siapa Aku.  Nombor yang disertakan adalah merujuk kepada No. Surah dan No. Ayat. Contohnya: (4:28) rujuk surah An-Nisaa', ayat ke-28. Nota disalin dari saudara Ahmad Azlan Shamsuddin, UITO.


Siapa aku?

Aku adalah makhluk Allah yang lemah (4:28)

Sebab apa lemah? Aku adalah makhluk Allah yang lemah, gopoh membuat keputusan, [21:37]

dilahirkan ke muka bumi ini dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Allah lengkapkan buat diriku selaku makhluk-Nya dengan pendengaran, penglihatan dan akal. Aku bersyukur kepada Allah dengan kurniaan-Nya itu. [16:78]

(Apa tanda kesyukuran atas nikmat Allah itu?) Aku berazam hendak menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Justeru itu adalah tujuan penciptaan jin dan manusia. Bahkan untuk tujuan itulah juga fungsi kewujudanku di atas muka bumi ini. [51:56]

Aku jadikan salatku, sembelihan korbanku, hidupku dan persdiaan untuk matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang mencipta dan mengatur kehidupan seluruh makhluk-Nya, tanpa mensyirikkan-Nya dengan sesuatu yang lain. [6:162-163]

Hidup mengabdikan diri kepada Allah inilah yang disebut sebagai jalan yang lurus. Kalimah "mengabdikan diri" lebih tepat daripada "menyembah". Apa bezanya di antara menyembah dan mengabdikan diri? Sembah terikat pada tempat, waktu dan cara.[36:61]

Selaku hamba Allah, aku ditaklifkan dengan tanggungjawab untuk membimbing diriku dan keluargaku supaya terselamat daripada seksaan api neraka. [66:6]

Adalah menjadi kewajipan aku menyiapkan diri menjadi golongan rabbaniy [3:79]

supaya dapat memimpin diriku dan orang yang di bawah pimpinanku menjadi orang-orang yang bertakwa. [25:74]



Khamis, 28 Mei 2015

Beberapa Orang Soleh yang Dijadikan Berhala

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (نوح:23)

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. (Nuh:23)


 Siapakah mereka yang disebutkan dalam ayat di atas?
  • Wadd
  • Suwaa'
  • Yaghuth 
  • Ya'uuq
  • Nasr
Dalam tafsir Qurtuby, Tobary dan Ibn Kathir,   dinyatakan bahawa nama-nama yang disebutkan itu adalah asalnya nama orang-orang yang soleh. Apabila mereka meninggal dunia, Syaitan mencadangkan agar dibuat patung/ukiran sebagai memorial. Apabila generasi pembuatnya meninggal dunia, maka hilanglah maklumat tentang perkara tersebut. Pada generasi seterusnya, syaitan membisikkan bahawa dahulu patung/ukiran tersebut disembah lalu mereka menyembahnya. Inilah ringkasan maklumat dari tafsir-tafsir yang disebutkan di atas. 
 
Dalam satu riwayat dari Sahih Al-Bukhari, Ibnu Abbas menjelaskan,
 
أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ ، فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِى كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا، وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ

Mereka adalah nama-nama orang soleh di kalangan kaum Nuh. Ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kaumnya untuk membuat patung di tempat-tempat peribadatan orang soleh itu. Dan memberi nama patung itu dengan nama orang soleh tersebut. Merekapun melakukannya. Namun patung itu tidak disembah. Ketika generasi (pembuat patung) ini meninggal dunia, dan pengetahuan tentang patung ini mulai kabur, akhirnya patung ini disembah. (HR. Bukhari, 4920).

Dari hal ini, kita pelajari bahawa, kita perlu berpada-pada dalam menghormati, mentaati, mencintai dan mengagungkan manusia. Jangan sampai berlebih-lebihan. Begitu juga, kita mesti berwaspada dengan tipudaya syaitan yang boleh memperdaya kita melalui kejahilan diri kita.

Kita mohon agar Allah memelihara kita dari terpedaya oleh tipudaya syaitan. Ameen.

 

Rabu, 27 Mei 2015

Hiburan yang Melalaikan

لَهْو الْحَدِيْث

 

لهو =hiburan (eAl-Qamus)

الحديث =percakapan, suara yang boleh didengari (Kamus Al-Maany)


Syeikh Abdullah Basmeih menterjemahkan dua perkataan ini sebagai cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan.

Dua perkataan ini disebut dalam surah Luqman ayat 6:

 وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Para ulama dikalangan sahabat Nabi radiallahu 'anhum, seperti yang terdapat dalam tafsir-tafsir mu'tabar, mentafsirkan sebagai muzik. Antaranya, dalam Tafsir Ibn Kathir, Ibn Mas'ud, Ibn 'Abbas, Jabir dan Ikrimah. Mereka mengatakan لهو الحديث ialah muzik.

Selain itu, ada juga ulama yang mentafsirkannya sebagai antaranya:

  • percakapan yang batil yang membawa mudarat

  • syirik

Imam Ibn Kathir menyebutkan beberapa perkara menarik dalam tafsiran beliau ke atas surah Luqman ayat ke 6 tersebut. Antaranya:

Apabila Allah menyebut tentang keadaan orang-orang yang berbahagia iaitu orang yang mengambil kitab Allah sebagai panduan dan mendengarnya supaya dapat diambil manfaat darinya, Allah juga menyebut keadaan orang-orang yang sebaliknya.

Ada manusia yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, mereka berpaling dari mendengarnya kepada mendengar لهو الحديث. 

Zaman kita kita ini, jika kita ikutkan tafsiran para sahabat seperti di atas, iaitu muzik, hanya orang yang dirahmati Allah sahajalah terselamat dari mendengar muzik. Kebanyakan rumah, tidak boleh tidak, mesti ada tv. Dan setiap tv ada muzik. 

Moga Allah jadikan kita dalam golongan orang yang berhibur dengan Quran dan beramal dengan suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Ameen.

Bolehkah Bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Secara Sedar?

Soalan dari Puan Sri: Assalamualaikum... adakah kita boleh bertemu Rasulullah saw secara sedar ataupun mimpi?

Jawapan:

Wa'alaykum As-Salam.
Puan Sri. Bertemu Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, secara sedar di sebut juga Yaqazah. Manusia zaman kita adalah mustahil untuk bertemu dengan baginda sallallahu 'alaihi wa sallam. Kumpulan Al-Arqam pernah dikatakan menyeleweng salah satunya kerana meyakini hal ini. Berikut adalah keterangan dari laman web Jakim tentang isu Yaqazah Kumpulan Al-Arqam: http://www.islam.gov.my/sites/default/files/menjawab_dakwaan_yaqazah_sesat_jemaah_al-arqam.pdf

Manakala, bertemu Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam secara mimpi, ia tidak mustahil, dan terdapat hadis sahih yang menunjukkan hal ini. Cumanya, dalam penerangan ulama tentangnya, mereka ada menyebut bahawa syaitan boleh juga masuk dalam mimpi dan menyamar sebagai Nabi. Dengan sebab itu, perlu diperiksa ciri-ciri bentuk badan dan wajah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dengan hadis-hadis sahih yang menerangkan tentangnya, seperti yang terdapat dalam Kitab Syama-il Muhammadiyah. Isu ini juga pernah dijelaskan oleh Syeikh Abdurrazaq Al-Badr dalam syarah beliau ke atas Kitab Syama-il Muhammadiyah Karya Imam At-Tirmizi.

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتخيل بي

“Siapa yang melihatku dalam mimpi, dia benar-benar melihatku. Kerana syaitan tidak mampu meniru rupa diriku.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.

Catatan Amalan Orang-orang yang Berbakti

كِتَابَ الْأَبْرَارِ



كِتَاب = kitab atau buku
الْأَبْرَار = orang-orang yang berbakti


Dua perkataan ini disebutkan dalam surah Al-Mutoffifeen, ayat 18. Dan ayat-ayat sekitarnya menerangkan sedikit tentangnya. Syeikh Abdullah Basmeih menterjemahkannya sebagai "kitab suratan amal orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan)". 

Kitab catatan ini adalah satu anugerah istimewa yang disediakan untuk manusia pada alam selepas alam dunia, khas untuk orang-orang baik. Terdapat satu lagi kitab catatan yang dinyatakan dalam surah yang sama iaitu Kitab Al-Fujjar (كِتَابَ الْفُجَّار). Ia adalah untuk orang-orang fujjar. 

Keistimewaannya, ia nanti akan berada di satu tempat yang tinggi. Manakala tuan kitab pula akan berada dalam syurga menikmati nikmat-nikmat yang tersedia untuk mereka.


Terjemahan surah Al-Mutoffifeen (18-28):
( 18 )   Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
( 19 )   Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?
( 20 )   Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,
( 21 )   Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
( 22 )   Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
( 23 )   Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
( 24 )   Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
( 25 )   Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
( 26 )   Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
( 27 )   Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
( 28 )   laitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).


Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat Kitab Al-Abraar ini. Ameen.

Ahad, 26 April 2015

Pulut Kuning

PULUT BERWARNA KUNING DALAM AGAMA HINDU

(Teks berbahasa Inggeris disertakan terjemahannya)

Yellow colour is considered auspicious and sacred in Hindu religion. That is why women prefer to wear yellow coloured clothes at most of the auspicious ceremonies, during marriage, birth of a child and religious observances. The yellow colour holds the same significance among the flowers.

Terjemahan:
Warna kuning dianggap simbol bertuah dan suci dalam agama Hindu. Oleh sebab itu wanita lebih gemar memilih warna kuning semasa majlis meraikan kemenangan sesuatu, semasa perkahwinan, kelahiran anak, dan majlis keagamaan. Warna kuning memainkan peranan yang sama penting seperti bunga bunga.

In Hindu religion, it is a tradition to draw the picture of Lord Ganesha and to adhere yellow coloured rice grains with the invitation card of a marriage.

Terjemahan:
Dalam agama Hindu, adalah tradisi untuk melukis gambar Tuhan Ganesha dan melekatkan pulut kuning bersama kad jemputan perkahwinan.

http://mdaily.bhaskar.com/news/know-your-beliefs/4593/JM-yellow-rice-grains-make-wedding-cards-auspicious-1834122.html

Terjemahan oleh: @KamalIqlaas
Teks dan pautan oleh @CikguRahim

Khamis, 9 April 2015

Hadis Talqin

Baru-baru ini, saya ditunjukkan satu tulisan berkaitan beberapa riwayat yang berkaitan dengan amalan talqin selepas pengkebumian jenazah. Ia membuatkan saya tercari-cari status hadis di bawah ini. Inilah satu-satunya hadis yang menyokong amalan talqin selepas pengkebumian jenazah (jika pembaca menjumpai hadis lain, harap kongsikan dengan saya). 

Riwayat yang lain, menyebut tentang amalan mendoakan simati selepas pengkebumiannya, amalan menunggu seketika sekadar selesainya dilapah seekor sembelihan dan diedarkan dagingnya, dan amalan tazkirah dikuburan.

Saya telah mendengar beberapa soal-jawab di youtube berkenaan hadis tersebut. Kebanyakan masyaikh mengatakan hadis ini, hadis yang lemah. Namun, ada beberapa ulama yang mengatakan hadis ini masih boleh diambil untuk menyokong amalan talqin. Kalian boleh mencari tulisan-tulisan tersebut dengan google. Banyak fatwa mengenai talqin menggunakan hadis ini sebagai dalil.  

Perkara ini membuatkan saya teruskan kajian dan akhirnya saya menemui catatan kajian Syeikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahaadeeth Al-Dho'eefah Wa Al-Maudhu' (Kitab kajian hadis lemah dan palsu). Pada mulanya, saya ingin catatkan komentar beliau tetapi setelah menjumpai kajian di bawah ini, saya fikir cukuplah saya kongsikan tulisan tersebut di sini (link asal: http://pustakaimamsyafii.com/mentalqin-mayit-setelah-dikuburkan.html).  Saya tambahkan teks Arab sebagai rujukan tambahan. 

 عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْأَوَدِيِّ قَالَ : شَهِدْتُ أَبَا أُمَامَةَ ، وَهُوَ فِي النَّزْعِ فَقَالَ : إِذَا أَنَا مِتُّ فَاصْنَعُوا بِي كَمَا أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [ أَنْ نَصْنَعَ بِمَوْتَانَا ، أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ] فَقَالَ : " إِذَا مَاتَ أَحَدٌ مِنْ إِخْوَانِكُمْ فَسَوَّيْتُمُ التُّرَابَ عَلَى قَبْرِهِ فَلْيَقُمْ أَحَدُكُمْ عَلَى رَأْسِ قَبْرِهِ ، ثُمَّ لِيَقُلْ : يَا فُلَانُ بْنَ فُلَانَةَ . فَإِنَّهُ يَسْمَعُهُ وَلَا يُجِيبُ . ثُمَّ يَقُولُ : يَا فُلَانُ بْنَ فُلَانَةَ . فَإِنَّهُ يَسْتَوِي قَاعِدًا . ثُمَّ يَقُولُ : يَا فُلَانُ بْنَ فُلَانَةَ . فَإِنَّهُ يَقُولُ : أَرْشِدْنَا رَحِمَكَ اللَّهُ - وَلَكِنْ لَا تَشْعُرُونَ - فَلْيَقُلْ : اذْكُرْ مَا خَرَجْتَ عَلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ، وَأَنَّكَ رَضِيتَ بِاللَّهِ ، رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا ، وَبِالْقُرْآنِ إِمَامًا ، فَإِنَّ مُنْكَرًا وَنَكِيرًا يَأْخُذُ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا بِيَدِ صَاحِبِهِ ، وَيَقُولُ : انْطَلِقْ بِنَا مَا نَقْعُدُ عِنْدَ مَنْ لُقِّنَ حُجَّتَهُ ، فَيَكُونُ اللَّهُ حَجِيجَهُ دُونَهُمَا " . [ فَـ ] قَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، فَإِنْ لَمْ يَعْرِفْ أُمَّهُ ؟ قَالَ : " فَيَنْسِبُهُ إِلَى حَوَّاءَ : يَا فُلَانُ بْنَ حَوَّاءَ " 

رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْكَبِيرِ ، وَفِي إِسْنَادِهِ جَمَاعَةٌ لَمْ أَعْرِفْهُمْ . 


Oleh: Ustadz Ahmad Sabiq Abu Yusuf

A. Al Kisah
Diriwayatkan dari Sa’id bin Abdulloh Al Audi berkata :
“Saya menyaksikan Abu Umamah saat menjelang meninggal dunia, beliau berkata :
“Apabila saya meninggal dunia maka lakukanlah bagiku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rosululloh untuk kami lakukan pada orang yang meninggal dunia. Beliau bersabda :
“Apabila salah seorang dari kalian meninggal dunia lalu sudah kalian ratakan kuburannya, maka hendaklah salah seorang dari kalian berdiri pada sisi kepala kubur, lalu hendaklah dia berkata : Wahai Fulan anaknya Fulanah, karena dia akan mendengarnya meskipun tidak bisa menjawab. Kemudian katakan : Wahai Fulan bin Fulanah, maka dia akan duduk sempurna. Kemudian katakan Wahai Fulan anaknya Fulanah, maka dia akan berkata : “Berilah aku petunjuk, semoga Alloh merohmati kalian.” Lalu hendaklah dia katakan : “Ingatlah apa yang engkau bawa keluar dari dunia ini yaitu syahadat bahwa tiada Ilah yang berhak di sembah melainkan Alloh dan Muhammad adalah seorang hamba dan utusan Nya, dan engkau ridlo Alloh sebagai robb mu, islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabi mu, al Qur’an sebagai imam mu. Karena salah seorang dari malaikat Munkar dan Nakir akan mengambil tangan yang lainnya seraya berkata : Pergilah, tidak usah duduk pada orang yang sudah di talqinkan hujjahnya.” Dengan ini semua maka Alloh akan menjadi hujjahnya dalam menghadapi keduanya.”
Lalu ada salah seorang yang bertanya : “Wahai Rosululloh, Bagaimana kalau tidak diketahui nama ibunya ?
maka Rosululloh bersabda : “Nasabkanlah kepada Hawa’ , katakan fulan bin Hawa.”
.
B. Kemasyhuran kisah ini
  • Kisah inilah yang menjadi dasar berpijak orang-orang yang melakukan prosesi talqin setelah mayit selesai dikuburkan. Mereka duduk disisi kuburan lalu berkata : Wahai bapak / ibu fulan, engkau nanti akan didatangi dua malaikat, keduanya akan menanyakan kepadamu begini dan begitu….”
  • Mengingat bahwa perbuatan ini seakan-akan menjadi sebuah kelaziman di negeri kita ini, maka harus diketahui derajat hadits ini sehingga menjadi peringatan bagi semuanya.
.
C. Derajat kisah
Kisah ini Munkar
Takhrij kisah :
  • Diriwayatkan oleh Thobroni dalam Ad Du’a dan Mu’jam al Kabir 8/289 no : 7979 berkata : Telah menceritakan kepada kami Abu Uqoil Anas Al Khoulani berkata : ” Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ibrohim al Ala’ berkata : “Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin ‘Ayyasy, berkata : “Telah menceritakan kepada kami Abdulloh bin Muhammad Al Qurosyi dan Yahya bin Abi Katsir dari Sa’id bin Abdulloh al Audi.
  • Kisah ini juga diriwayatkan oleh Al Khol’i dalam Al Fawa’id 2/55 dari Abu Darda’ Hasyim bin Muhammad al Anshori berkata : “Telah menceritakan kepada kami Utbah bin Sakan dari Abu Zakariya dari Jabir bin Sa’id Al Azdi berkata : Saya masuk menemuiAbu Umamah Al Bahili saat beliau sedang sakarotul maut, – Kemudian beliau menyebutkan kisah diatas-.
Sisi kelemahan kisah ini :
  • Adapun sanad riwayat Ath Thobroni, maka sisi kelemahannya adalah banyaknya rowi yang majhul, sebagaimana dikatakan oleh Al Haitsami dalam Majma’uz Zawa’id 3/45.
  • Sedangkan riiwayat Al Khol’i, maka lebih parah lagi, karena selain banyaknya beberapa rowi yang majhul, ternyata Utbah bin Sakanadalah seorang yang ditinggalkan hadisnya bahkan tertuduh memalsukan hadits, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Daruquthnidan Baihaqi.
  • Oleh karena itulah,  hadits ini dilemahkan oleh para ulama’.
  • Berkata al Haitsami dalam al Majma’ 3/45 : Dalam sanadnya banyak perowi yang tidak saya kenal.
  • Berkata Ibnu Sholah : Sanadnya tidak bisa dijadikan hujjah.
  • Al Imam An Nawawi juga melemahkannya, sebagaima dalam Al Majmu’ Syarah Muhadzab 5/304 dan al Fatawa hal : 54.
  • Berkata Syaikhul Islam ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa 24/296 : Hadits ini tidak dihukumi shohih.
  • Berkata Imam Ibnul Qoyyim dalam Zadul Ma’ad 1/523 : “Tidak shohih secara marfu’.” Beliau juga berkata dalam Tahdzibus Sunan : “Hadits ini disepakati akan kelemahannya.”
  • Imam Al Iroqi juga melemahkannya dalam takhrij Ihya’ 4/420.
  • Berkata Al Hafidz Ibnu Hajar dalam Nata’ijul Afkar dan Fathul Bari 10/563 : Lemah sekali.
  • Hadits ini juga dilemahkan oleh Zarkasyi dalam Al La’ali al Manstsuroh hal : 59, As Suyuthi dalam Ad Duror al Manstsuroh hal : 25 .
  • Berkata Imam Ash Shon’ani dalam Subulus Salam 2/114 : Dari keterangan para ulama’ tersebut dapat disimpulkan bahwa hadits ini lemah, maka janganlah ada yang tetipu dengan banyaknya orang yang mengamalkannya.”
  • Berkata Syaikh Al Albani : Kesimpulannya bahwa hadits ini munkar, jika bukan malah palsu.
  • Berkata Syaikh Abu Ishaq Al Huwaini : “Matan hadits ini juga munkar karena bertentangan dengan hadits yang shohih bahwa seseorang dipanggil dengan nama bapaknya, sebagaimana dalam hadits
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ
Dari Ibnu Umar bahwa Rosululloh bersabda : “Sesungguhnya seorang pengkhianat akan diangkat benderanya pada hari kiamat dan dikatakan : Inilah pengkhianatan Fulan bin Fulan.”
(HR. Bukhori Muslim)
  • Berkata Imam Al Bukhori : “Bab manusia dipanggil dengan nama bapak-bapak mereka.”
(Lihat Adh Dho’ifah Syaikh Al Albani : 599, majallah At Tauhid Mesir edisi 8 tahun 29 rubrik hadits asuhan Syaikh Abu Ishaq Al Huwaini, serta rubrik Tahdzirud Da’iyah oleh Syaikh Ali Hasyisy dalam Majalah Tauhid Mesir juga edisi Robiul Awal tahun 1428)
.
D. Ganti yang Shohih
Yang merupakan sunnah Rosululloh setelah menguburkan mayit adalah mendo’akan agar si mayit diampuni dosa-dosanya dan diberi kemantapan untuk bisa menjawab fitnah kubur. Sebagaimana hadits :
عن عثمان بن عفان رضى الله عنه قال: ” كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه فقال: استغفروا لاخيكم، وسلوا له التثبيت، فإنه الان يسإل “.
Dari Utsman bin Affan berkata : Apabila Rosululloh telah selesai menguburkan mayit, maka beliau berdiri padanya dan bersabda : Mohonlah ampun untuk saudara kalian, dan mohonlah kemantapan baginya, karena dia sekarang ditanya.”
(HR. Abu Dawud 2/70, Hakim 1/370, Baiaqi 4/56, Abdulloh bin Ahmad dalam Zawaid Zuhd hlm : 129. Berkata Hakim : Sanadnya shohih dan disepakatai oleh Adz Dzahabi, berkata An Nawawi : Sanadnya bagus, Berkata syaikh Al Albani : hadits ini sebagaimana yang dikatakan oleh Hakim dan Dzahabi. Lihat Ahkamul Janaiz no : 107)

F. Faedah:
Sebagian orang berdalih dengan dua kisah berikut untuk melegalkan talqin setelah mengubur mayit :
1.Ucapan Amr bin Ash
فَإِذَا أَنَا مُتُّ فَلَا تَصْحَبْنِي نَائِحَةٌ وَلَا نَارٌ فَإِذَا دَفَنْتُمُونِي فَشُنُّوا عَلَيَّ التُّرَابَ شَنًّا ثُمَّ أَقِيمُوا حَوْلَ قَبْرِي قَدْرَ مَا تُنْحَرُ جَزُورٌ وَيُقْسَمُ لَحْمُهَا حَتَّى أَسْتَأْنِسَ بِكُمْ وَأَنْظُرَ مَاذَا أُرَاجِعُ بِهِ رُسُلَ رَبِّي
“Jika saya meninggal dunia, maka jangan ada yang meratapiku, lalu jika kalian menguburku maka tibunlah akau dengan tanah, kemudian berdirilah sebentar sekedar waktu yang cukup untuk menyembelih seekor unta serta membagikan dagingnya sehingga saya bisa merasa tenang dengan kalian dan saya bisa mengetahui apa yang saya jawab untuk para utusan Robbku (malaikat).”
(HR. Muslim)
Kisah ini sama sekali bukan dalil talqin, hal ini bisa dilihat dari beberapa sisi :
  • Kisah ini hanya mauquf kepada sahabat Amr bin Ash.
  • Setahu kami, tidak ada yang melakukan ini dari kalangan para sahabat lainnya.
  • Dalam kisah ini tidak ada perintah talqin.
2. Hadits Baro’ bin Azib
Dari Baro’ bin Azib berkata :
“Kami keluar bersama Rosululloh untuk menguburkan jenazah salah seorang sahabat anshor, dan sampailah kami ke pekuburan ternyata lubang kuburnya belum digali, maka Rosululloh duduk menghadap ke kiblat dan kita pun duduk disekeliling beliau seakan-akan dikepala kami ada burung yang hinggap, Rosululloh memegang batang kayu dan menggaris-gariskannya ketanah, lalu beliau melihat ke langit lalu kebumi, beliau juga mengarahkan pandangan keatas kemudian menurunkannya, lalu beliau bersabda : “Berlindunglah kalian kepada Alloh dari adzab kubur.” lalu beliau berdoa : Ya Alloh, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu dari adzab kubur ( 3X ), kemudian beliau bersabda : -tentang perjalanan seseorang mu’min maupun kafir setelah meninggal dunia-
(Shohih, HR. Abu Dawud , Hakim 1/37, Thoyalisi : 753, Ahmad 4/287, Lihat takhrij secara lengkap pada Ahkamul Jana’iz oleh Imam Al Albani hal : 202)
Hadits inipun sama sekali tidak bisa dibawa pada masalah talqin, karena beberapa hal:
  • Yang dilakukan oleh Rosululloh saat itu hanyalah memberikan wejangan kepada para sahabatnya tentang perjalanan seorang mu’min maupun kafir setelah meninggal dunia.
  • Hal itu dilakukan oleh Rosululloh sebelum mayit dikuburkan, tapi beliau melakukannya saat liang lahat masih digali.
(Lihat Subulus Salam oleh Imam Ash Shon’ani 1/577)
.
G. Kapan talqin dilakukan ?
Yang merupakan sunnah Rosululloh, bahwa talqin dilakukan saat seseorang akan meninggal dunia, dengan cara memerintahkannya untuk mengucapkan kalimat ikhlash Laa Ilaha Illalloh.
Banyak dalil yang menunjukkan akan hal ini, diantaranya sabda beliau :
لقنوا موتا كم لا إله إلا الله، (من كان آخر كلامه لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة يوما من الدهر، وإن أصابه قبل ذلك ما أصابه)
“Talqinlah orang yang akan meninggal dunia diantara kalian dengan La Ilaha Illalloh. Barang siapa yang akhir ucapannya saat akan meninggal dunia La Ilaha Illalloh niscaya dia akan masuk surga suatu ketika, meskipun sebelumnya dia tertimpa sesuatu.”
(HR. Muslim, Ibnu Hibban dan Bazzar)
Dari Anas berakata :
Rosululloh pernah menjenguk salah seorang sahabat anshor. Beliau bersabda : Wahai paman, katakanlah La Ilaha Illalloh.”
(HR. Ahmad 3/152 dengan sanad shohih menuut syarat Muslim.)
Lihat Ahkamul Jana’iz oleh Syaikh Al Albani (hlm : 19)
Wallohu a’lam
.
Sumber:


Buku Rujukan:

Ahad, 8 Februari 2015

Ihsan Ilahi Zahir

Penulis baru sahaja selesai membaca biografi seorang insan bernama Ihsan Ilahi Zahir pagi ini. Terasa kagum dengan jasa beliau lalu timbul hasrat untuk menulis tentang beliau agar pembaca sekalian juga boleh mengenali beliau. Sebenarnya, penulis sedang mencari bahan rujukan untuk menjawab soalan rakan-rakan tentang tasawwuf. Kebelakangan ini juga, penulis sering mendengar nama beliau disebut-sebut oleh Ustaz Halim Hassan apabila beliau menceritakan tentang tasawwuf. Nama Ihsan Ilahi Zahir ini sebenarnya sudah pun penulis kenali sejak menuntut di UIA lagi. Masih terbayang kaset rakaman tentang Syiah oleh beliau diedarkan ketika itu kepada mahasiswa di UIA. 

Beliau adalah anak kelahiran Pakistan yang lahir pada 1360H (1945) di Sialkot, Punjab, Pakistan. Beliau telah hafal Al-Quran ketika berumur 9 tahun. Beliau tamat persekolahan biasa di sana dan turut mempelajari ilmu hadis dari Syaikh 'Athoillah Hanif serta ilmu falsafah dan mantik dari Syaikh Syarifullah.

Beliau berpeluang menuntut ilmu di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Syari'ah dan tamat belajar di sana pada tahun 1961M. Beliau berjaya mendapat tempat pertama dari kalangan pelajar lain ketika itu. Ketika di Madinah, antara guru beliau adalah Syaikh Al-Albani, Syaikh Muhammad Amin Asy-Syinqiti, Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Syaikh Abdul Muhsin Al-'Abbaad. Menurut Dr Muhammad Luqman As-Salafi, "... apabila keluar dari kelas, beliau selalu mengikuti Syeikh Al-Albani untuk bertanya tentang hadis, mustolah hadis, rijal hadis dan berbincang bersamanya. Syaikh sentiasa mendengar dan menjawab soalan-soalan dari beliau dengan senang hati...".

Setelah itu, beliau telah pulang ke Pakistan dan berkhidmat di Fakulti Undang-Undang dan Politik, Universiti Punjab. Beliau juga telah dilantik sebagai Khatib di masjid besar Ahli Hadis di Lahore. 

Di Pakistan, beliau meneruskan pengajian hingga berhasil menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam 6 bidang berlainan iaitu bidang Syari'ah, Bahasa Arab, Bahasa Parsi, Bahasa Urdu, Politik dan Undang-Undang. Semuanya di Universiti Punjab kecuali Undang-Undang di Universiti Karachi. 

Beliau juga - rahimahullah - pernah menjawat jawatan ketua Kompleks Kajian Islam, ketua redaksi majalah Turjuman Al-Hadis, mudir majalah mingguan Ahli Hadis.

Beliau pernah ditawarkan kerja di Arab Saudi tetapi beliau menolaknya dengan mengemukakan firman Allah ta'ala: 

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (Surah At-Taubah:122)

Beliau sering menghubungi pendakwah-pendakwah dan ulama ketika musim haji untuk berbincang dengan mereka tentang isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam.

Beliau adalah seorang pengkaji yang hebat. Beliau banyak mengkaji dan menulis tentang kumpulan-kumpulan yang wujud dalam Islam. Antara kumpulan yang masyhur adalah Syi'ah Rofidhoh, Syi'ah Isma'iliyyah, Qadiani, Bahai, Brelwi dan Tasawuf.

Demi mendapatkan kajian yang berkualiti, beliau sanggup keluar negara untuk mendapatkan bahan rujukan yang tiada di negaranya. Antaranya, beliau telah ke Britain, Mesir, Iran untuk mendapatkan bahan rujukan tentang Qadiani, Bahai dan Syi'ah. Untuk bahan rujukan tentang Isma'iliyah pula, beliau telah ke Maghribi, Tunisia, Sepanyol dan Perancis.

Rujukan beliau juga dari pelbagai bahasa. Selain Bahasa Arab dan Urdu, ada juga buku berbahasa Inggeris dan Parsi. Semua ini, demi memastikan hasil kajian yang adil dan berkualiti dapat dimanfaatkan oleh umat Islam.

Dalam kajian beliau, lebih dari dua ratus bahan rujukan dirujuk. Beliau membaca tulisan-tulisan utama dalam bidangnya dan pergi ke sekolah-sekolah untuk memastikan rujukannya sahih, kata beliau, "... aku ke sana agar diyakini bahawa aku bukanlah dari golongan penipu".

Hasil kajian beliau akhirnya menjadi rujukan penting umat Islam. Kebenaran yang tersembunyi menjadi nyata dan kebatilan terbongkar. Akhirnya beliau dimusuhi oleh ramai yang mengakibatkan beliau terbunuh dalam satu insiden letupan bom di satu pertemuan antara ilmuan di Jam'iyyah Ahli Hadis, Lahore. Ketika itu, pada jam 11 malam, 23 Rajab 1407H, bom meletup ketika beliau sedang berucap lalu mencederakan 100 orang dari kira-kira 2000 yang hadir dan 14 daripadanya cedera parah. Beliau cedera parah.


Kehendak Allah, setelah diterbangkan ke Riyadh untuk dirawat di sana atas permintaan khas Syaikh Abdul Aziz bin Baz, beliau tidak dapat diselamatkan dan telah menghembus nafas terakhir pada 1 Sha'ban 1407H. Jenazah beliau telah disolatkan oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz lalu diterbangkan dan dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinah Munawwarah.

Setelah mengetahui kisah insan bernama Ihsan Ilahi Zahir ini. Penulis merasakan bahawa hasil kajian beliau mempunyai nilai yang sangat tinggi yang perlu ada di rak buku rumah pembaca sekalian.


Abdullatef,
Chemomoi,
3.36 petang
8 Feb 2015

Jumaat, 5 Disember 2014

3 Permohonan Penting Setiap Pagi

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan sebuah do’a, yang mana beliau sentiasa berdo’a dengan do’a ini setiap selesai solat subuh. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha:
((اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا ))
“Ya Allah, aku memohon kepadamu Ilmu yang bermanfaat, rezki yang halal, serta amal yang diterima” [Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani, dan yang lainnya, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam sahih Ibnu Majah]
Hal ini merupakan petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, agar hari-hari kita tidak kosong dari 3 hal tersebut, yaitu:
Pertama, agar senantiasa kita Menambah Ilmu, bukan sekadar ilmu, akan tetapi yang diinginkan adalah ilmu yang bermanfaat, yaitu ilmu agama, yang dengannya kita mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah Ta’ala dan apa-apa yang telah disampaikan oleh RasulNya shallallahu’alaihi wasallam. Ilmu hanya diperoleh dengan mempelajarinya. Maka dengan memanjatkan do’a ini, kita berharap agar Allah Ta’ala memberi taufiq kepada kita sehingga terdorong hati kita untuk menuntut ilmu, mempelajarinya demi menghilangkan kejahilan dari diri kita. Tambahan pula, segala bentuk kemudahan telah tersedia pada hari ini, yang memudahkan kita untuk mendapatkan ilmu agama, bila-bila sahaja, dan dimana sahaja.
Kedua, agar kita juga Mencari Rezki, bekerja dan berbuat sesuatu, tidak hanya duduk menantikan pemberian dari orang lain. Islam menganjurkan kita mencari rezki demi untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah. Dengan rezki tersebut kita boleh menyempurnakan solat kita, dengan rezki tersebut kita boleh bersedekah baik yang wajib mahupun  yang sunnah, dengan rezki tersebut mungkin ia mencukupi untuk kita menunaikan umrah ataupun haji, dan segala bentuk ketaatan lainnya. Akan tetapi tidak bererti kesemua jenis rezki, yang kita pilih hanya yang halal. Kerana hanya rezki yang halal yang akan memberikan keberkatan. Dan kerana Allah Ta’ala tidak akan menerima kecuali dari yang halal dan baik.
Ketiga, agar kita banyak beramal soleh. Sangat penting amalan kita diterima Allah Ta’ala. Setelah bersusah payah, mengorbankan waktu, tenaga, harta, tentu kita ingin agar semua itu diterima Allah Ta’ala sehingga mendapat balasan yang diinginkan. Akan tetapi Allah hanya akan menerima amal yang soleh, yaitu amal yang berdasarkan 2 perkara penting: Ikhlas (semata-mata mengharap redha Allah), serta Muttaba’ah (beramal hanya dengan petunjuk yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam).
Dan ketiga perkara tersebut saling berkaitan satu sama lain.
Dengan Ilmu yang bermanfaat kita dapat mengetahui mana yang halal dan mana yang haram, hinggakan dalam mencari rezkipun kita tahu batasannya dan kita pastikan kita hanya mencari yang halal.
Dan hanya dengan ilmu lah suatu amal dapat diamalkan dengan benar, bersesuaian dengan apa yang diinginkan Allah dan RasulNya, supaya amalan tersebut diterima. Kerana amalan yang tidak berdasarkan ilmu, yaitu yang tidak berdasarkan petunjuk Allah dan RasulNya, maka amalan tersebut akan tertolak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh A’isyah radhiyallahu’anha “Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang bukan atas petunjuk kami, maka amalan tersebut tertolak” (Riwayat Muslim, sahih).
Demikian juga, harta yang halal juga menentukan apakah amalan kita diterima atau ditolak. Sebagaimana hadis yang menceritakan tentang seorang musafir yang berdo’a kepada Allah dalam permusafirannya “Ya Rabb, Ya Rabb…” akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, sehingga Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda “Bagaimana do’anya akan dikabulkan?” (Riwayat Muslim, sahih). Padahal orang tersebut dalam keadaan dimana jika dia berdo’a, doanya tidak akan tertolak, akan tetapi Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam menyatakan bahawa do’anya tertolak akibat makanan, minuman, serta pakaiannya berasal dari sesuatu yang haram.
Semoga dengan merenungi do’a diatas, dapat mendorong diri kita untuk senantiasa mengisi hari-hari yang kita lalui dengan ketiga amalan tersebut.
———————————-
Info Tambahan
Antara pengajaran lain yang kita dapat dari doa ini ialah:

  1. Dengan berdoa hanya kepada Allah, kita menunjukkan perakuan bahawa Allah bersifat Al-Samee’ السميع Maha Mendengar dan Al-Ghany الغني Maha Kaya.
  2. Kita juga memperakui bahawa diri kita adalah hamba kepada Allah. Kita tidak mampu mendapatkan apa-apa perkara berfaedah melainkan melalui pemberian Allah.
  3. Allah mengutuskan utusanNya untuk mengajar perkara yang sangat berfaedah kepada manusia. Dengan ini, kita juga memperakui tentang sifat Ar-Rahman الرحمن Allah iaitu sifatNya yang Maha Pemurah.

Makluman:
Artikel ini telah di sunting oleh Abdullatef. Artikel sebenar boleh didapati dari pautan berikut: http://pustakaalatsar.wordpress.com/2013/01/09/jangan-lewatkan-hari-tanpa-3-perkara-ini/, bertajuk “Jangan Lewatkan Hari tanpa 3 Perkara Ini!”, Pustaka Al-Atsar, 27 Shafar 1434H. Nota: Faedah dari penjelasan ustadz Abu Yahya Badrussalam dalam kajian Mukhtashar Minhajul Qasidin

Sabtu, 29 November 2014

An-Nu’man Bin Basyir

An-Nu’man Bin Basyir adalah seorang sahabat nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau tergolong dalam golongan sahabat dari kalangan kanak-kanak. Antara sahabat lain yang sebaya dengan beliau adalah Abdullah bin Zubayr. Beliau telah dilahirkan oleh ibunya ‘Amrah bin Rawahah, 14 bulan setelah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sampai ke Madinah. Oleh itu, beliau dikira bayi pertama dikalangan Ansar yang lahir selepas hijrah nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam manakala Abdullah bin Zubayr (cucu Abu Bakr) pula merupakan bayi pertama yang lahir dari kalangan Muhajirin. 

Setelah beliau dilahirkan, ibunya membawa beliau menemui Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda memberitahu bahawa An-Nu’man akan hidup bahagia, akan mati syahid dan akan masuk syurga. Beliau telah terbunuh di Hims, pada tahun 63 hijrah.

Bapa beliau adalah salah seorang dari sahabat dan Ahli Badr yang bernama Basyir bin Sa’ad. Manakala ibu beliau adalah saudara perempuan kepada Abdullah bin Rawahah. Bapa saudara beliau, Abdullah bin Rawahah juga adalah seorang Ahli Badr dan penyair Nabi.

Antara kisah menarik dalam keluarga beliau ialah kisah pemberian sebahagian harta kepada An-Nu’man oleh bapanya. Ibunya tidak bersetuju dengan pemberian tersebut, lalu Basyir membawa anaknya An-Nu’man bertemu Rasulullah untuk bertanya akan hal tersebut. 

عَنْ ‏ ‏النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ‏ ‏قَالَ: "تَصَدَّقَ عَلَيَّ أَبِي بِبَعْضِ مَالِهِ فَقَالَتْ أُمِّي ‏ ‏ عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ لا ‏ ‏أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ أَبِي إِلَى النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لِيُشْهِدَهُ عَلَى صَدَقَتِي فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَفَعَلْتَ هَذَا بِوَلَدِكَ كُلِّهِمْ ؟ قَالَ لا قَالَ اتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا فِي أَوْلاَدِكُمْ فَرَجَعَ أَبِي فَرَدَّ تِلْكَ الصَّدَقَةَ"


An-Nu`man bin Basyir radhiallahu 'anhu meriwayatkan: Bapaku memberi sedekah kepadaku sebahagian daripada hartanya. Lalu ibuku berkata: “Aku tidak suka dengan pemberian ini sehingga engkau persaksikan kepada Rasulullah saw terlebih dahulu. Lalu bapaku pergi memberitahu Rasulullah saw tentang sedekahnya kepadaku. Lalu Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau beri kepada semua anakmu pemberian seumpama itu? Jawabnya: “Tidak”. Sabda Rasulullah saw “Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah berlaku adil terhadap anak-anakmu, lalu bapaku mengambil balik pemberian itu”. [Baca tentang berlaku adil ketika memberi kepada anak-anak di laman web Drhayei.com]

Ketika rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam wafat, beliau berumur 8 tahun.
Rujukan:
  1.  تهذيب سير أعلام النبلاء : جزء 1 - صفحة 106
  2.  البداية والنهاية : جزء 8 - صفحة 244Dari wikipedia.
  3.  عبد الله بن رواحة
  4.  Al-Bukhari, al-Hibah wa Fadluha: al-Hibah li al-Walad, bil. (2397). Muslim, al-Hibat: Karahat Tafdil ba`d al-Awlad fi al-`Atiyyat, bil. (3055). Al-Tirmidhi, al-Ahkam `an Rasulillah: Ma jaa fi al-Nihal wa al-Taswiyat bayn al-Walad, bil. (1288). daripada al-Nu`man ibn Basyir. Dari laman web DrHayei.com
  5. Mutiara Akhlak Rasulullah S.A.W.: 100 Kisah Teladan tentang Iman, Takwa, Sabar, Syukur, Ridha, Tawakal, Ikhlas, Jujur, Doa, dan Tobat
  6.  الحديث السادس: إن الحلال بين، وإن الحرام بين