Pages

Rabu, 26 Ogos 2009

Rabu, 8 Julai 2009

Oh My Willing Servant



Semalam saya terjumpa satu lagi rakaman ceramah Dr Mamdouh Mohamed dari Audio Islam. Tajuknya ialah "Oh My Willing Servant". Macam biasa, kualiti audio bagus. Jelas bahasanya. Isinya ialah syarah hadis yang ada dalam entri blog ini bertajuk "Mohonlah Supaya di Beri Hidayah". Yang menarik ialah Dr Mamdouh ada menyebut beberapa buah-buahan tempatan kita seperti durian, rambutan dan beberapa jenis lagi. Saya memang menggemari rakaman ceramah ini dan saya amat gembira jika antum [anda] juga mahu mendengarnya. Oh ya! bahasanya sudah tentulah bahasa Inggeris, tapi bagi saya ia sangat jelas dan mudah difahami. Antum boleh muatturun audio rakaman tersebut dari sini. Atau pergi ke laman Audio Islam dan search "Mamdouh Mohamed". Enjoy learning!


Jumaat, 26 Jun 2009

Tips: Periksa Penggunaan Perkataan dengan Google Search


Bismillah ...

Hari ini, saya terjumpa satu kaedah untuk belajar bahasa. Selama ini, saya menggunakan google search sebagai alat "proofread" atau untuk mencari cara penggunaan yang betul bagi sesuatu perkataan. Caranya, saya "search" ayat yang saya inginkan beserta Quotes " " [search exact phrase]. Contohnya, saya ingin pastikan adakah ayat "how did you spelling" betul dari segi tatabahasanya, taip "how did you spelling" dan search.





Keputusan carian Google seperti di atas menunjukkan bahawa ayat tersebut tidak digunakan dan ia menunjukkan bahawa ayat saya tadi "how did you spelling" [kemungkinan besar salah kerana tidak digunakan diinternet] dan saya perlu membetulkannya. Dengan itu, saya pun cuba membetulkan ayat tersebut lalu sekali lagi buat carian di google dengan ayat yang sudah diubahsuai tersebut. Hasilnya,



Dari hasil carian google di atas, saya pasti penggunaan ayat "How did you spell" banyak digunakan diinternet. Ini menunjukkan bahawa ayat saya tersebut inshaAllah betul dari segi cara penggunaannya.  Demikianlah cara saya menggunakan google search untuk memperbaiki bahasa saya. Saya gunakannya untuk bahasa inggeris dan arab.

Hari ini, saya menjumpai satu kaedah baru dengan menggunakan "Wildcard" *. Saya jumpa kaedah ni dari sini. Begini caranya, contohnya, kita ingin pastikan ayat soalan ini "what does OMG stand for?" betul atau tidak. Taipkan "what does * stand for" pada kotak carian google dan search. Ini lah hasilnya:


Jadi, di sini, kita dah pasti, bahawa ayat tersebut memang digunapakai dan inshaAllah betul dari segi tatabahasanya. 
Sekian, selamat mencuba.

Ahad, 7 Jun 2009

Merancang perjalanan dengan Google Maps


Kebelakangan ini, terdapat banyak undangan majlis ke tempat-tempat yang belum pernah saya pergi. Semalam, saya menghadiri majlis jamuan aqiqah seorang sahabat di Bukit Subang. Itulah pertama kali saya ke sana. Petang itu, saya menggunakan Google Maps [Malaysia] untuk mencari lokasi rumah tersebut dan jalan untuk ke sana. Alhamdulillah, kebetulan saya sudah biasa melalui Lebuhraya Guthrie, perjalanan ke Bukit Subang dari Puchong menjadi lebih mudah. Saya tiba di lokasi majlis seolah-olah saya sudah berkali-kali ke sana.

Sebelum ini, yang saya tahu, Google Maps memudahkan carian lokasi melalui peta. Sebenarnya, ia berguna lebih dari itu. Antaranya ialah, mendapatkan tunjukarah [Get Directions] dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Antum [anda semua] boleh mendapatkan cadangan laluan dari satu tempat ke satu tempat yang lain melaluinya. Ia termasuk teks tunjukarah dan peta berserta laluan yang ditelah ditanda seperti di bawah. Ia memang bermanfaat, cubalah sekarang! Klik sini untuk maklumat ringkas tentang google maps di youtube [Bahasa Inggeris].




Google Maps Malaysia Overview

Jumaat, 29 Mei 2009

Kelas online sudah kembali


Alhamdulillah setelah agak lama menanti, akhirnya kelas bahasa arab online telah online semula. Perpindahan dari apartment ke rumah teres berhampiran memaksa saya berhenti dari menggunakan "maxis broadband". Kawasan tersebut agak jauh dari kawasan perumahan lain. Maxis, Celcom dan W1max tidak dapat berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, streamyx boleh berfungsi dengan baik dan setakat percubaan pertama, kualiti kelas lebih baik dari ketika saya menggunakan MaxisBB sebelum ini. Kali ini, saya mencuba fungsi rakaman dimdim dan hasilnya, agak baik. Mungkin saya perlu gunakan mikrofon yang lebih berkualiti untuk meningkatkan kualiti audio.

Dengar hasil rakaman kelas:


Isnin, 18 Mei 2009

Maktabah Shamilah


Semasa pengajian saya di UIAM, saya sempat belajar dan menggunakan satu perisian yang hebat ketika itu, masyhur dengan nama maktabah alfiyah. Perisian ini boleh digunakan untuk mencari maklumat secara spesifik dari lebih kurang 1000 tajuk kitab. Ia juga memudahkan kerja takhrij hadis sebagaimana yang ditunjukkan oleh Dr Muhammad Abu Laith Al-Khair Abadi dalam kitabnya "  تخريج الحديث نشأته ومنهجه ". Kini, saya lebih senang menggunakan perisian Maktabah Shamilah versi 3.24 yang mengandungi lebih dari 6000 kitab. Saya tidak ingin membicarakan tentang perisian tersebut secara panjang lebar di sini, cukuplah sekadar informasi ringkas tentangnya dan dari mana boleh antum dapatkannya.  



Dari laman di bawah ini, antum boleh :

  1. Boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perisian tersebut [bahasa Arab]
  2. Membuat carian
  3. Muatturun perisian secara percuma
  4. Tambah koleksi kitab yang dari semasa ke semasa kian bertambah bilangannya

Alhamdulillah, perisian tersebut telah pun digunakan oleh ramai pelajar dan pengkaji di Malaysia dan negara sekitarnya. Dan telah ramai pun yang telah menulis tentangnya, maka antum boleh mencarinya melalui ejen carian google. Di bawah ini, saya sertakan beberapa link yang pernah saya jumpa di internet:
  1. Komputer dan Internet - Thread bantuan pengguna Mausu'ah/Maktabah Shamilah
  2. Al-fikrah.net : Maktabah shaamelah
  3. ملتقى أهل الحديث : قسم المكتبة الشاملة