Pages

Isnin, 18 Mei 2009

Maktabah Shamilah


Semasa pengajian saya di UIAM, saya sempat belajar dan menggunakan satu perisian yang hebat ketika itu, masyhur dengan nama maktabah alfiyah. Perisian ini boleh digunakan untuk mencari maklumat secara spesifik dari lebih kurang 1000 tajuk kitab. Ia juga memudahkan kerja takhrij hadis sebagaimana yang ditunjukkan oleh Dr Muhammad Abu Laith Al-Khair Abadi dalam kitabnya "  تخريج الحديث نشأته ومنهجه ". Kini, saya lebih senang menggunakan perisian Maktabah Shamilah versi 3.24 yang mengandungi lebih dari 6000 kitab. Saya tidak ingin membicarakan tentang perisian tersebut secara panjang lebar di sini, cukuplah sekadar informasi ringkas tentangnya dan dari mana boleh antum dapatkannya.  



Dari laman di bawah ini, antum boleh :

  1. Boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perisian tersebut [bahasa Arab]
  2. Membuat carian
  3. Muatturun perisian secara percuma
  4. Tambah koleksi kitab yang dari semasa ke semasa kian bertambah bilangannya

Alhamdulillah, perisian tersebut telah pun digunakan oleh ramai pelajar dan pengkaji di Malaysia dan negara sekitarnya. Dan telah ramai pun yang telah menulis tentangnya, maka antum boleh mencarinya melalui ejen carian google. Di bawah ini, saya sertakan beberapa link yang pernah saya jumpa di internet:
  1. Komputer dan Internet - Thread bantuan pengguna Mausu'ah/Maktabah Shamilah
  2. Al-fikrah.net : Maktabah shaamelah
  3. ملتقى أهل الحديث : قسم المكتبة الشاملة


2 ulasan:

Nikuve berkata...

Salam alaikum.
Ana nak tahu link ke berapa boleh ana donlod aplikasi diatas?

Abu Al-Yasr berkata...

Wa'alaikumussalam wa rahmatullah,

Pihak maktabah shamilah, telah meletakkan file2 untuk dimuat turun di beberapa tempat antaranya: 4shared, rapidshare, mediafire dll.

Nikuve boleh donlod dari mana2 yang nikuve suka. Ia dipecah-pecah hingga lebih 30 bahagian mungkin utk memudahkan proses donlod. Semuanya perlu didonlod dan besarnya lebih 4GB dan perlu diletakkan sekali dalam satu folder.

Jika Nikuve hanya mahukan perisian tanpa buku, boleh dapatkan di sini: http://islamport.com/e-shamela/e-shamela.rar

jika perlu bantuan lagi, sila email - ibnsaadiah@gmail.com