Pages

Selasa, 29 Julai 2008

Abdullatef

Sudah menjadi kebiasaan orang-orang melayu yang saya kenali, lebih senang memanggil nama seseorang dengan nama panggilan pendek. Ahmad dipanggil Amat, Zakiah dipanggil Kiah, Abdul Latef dipanggil Latep, Abdalmaojud dipanggil Abdal, Muhammad Nor dipanggil Matnor, Sufian dipanggil Piyan dan sebagainya.

Alhamdulillah, saya berkesempatan berkawan dengan orang-orang arab yang kebanyakannya penuntut ilmu. Satu perkara yang amat saya suka berkawan dengan mereka adalah budaya mereka dalam hal panggilan nama ini. Mereka memanggil saya samada dengan kuniyah saya "Abul Yasr – bapa Yasr" atau nama betul saya, Abdul Latef.

Sejak itu, dan setelah saya pelajari tentang "nama", saya ingin sekali agar kenalan-kenalan melayu saya memanggil saya dengan nama betul – Abdul Latef atau sebutannya abdullatef atau yang betul disebut berdasarkan ejaan arab "عبداللطيف" .

Saya benar-benar amat hargai kenalan yang memanggil saya dengan nama betul saya tersebut.