Pages

Ahad, 22 Julai 2012

Satu Tuhan? Kau Reka! Mana Ada Macam Tu!

 

Dr Hikmat bin Bashir dalam kitabnya At-Tafsir Al-Mukhtasar Al-Sahih, menukilkan sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi:

عن   ابن عباس قال: مرض أبو طالب فجاءته قريش وجاءه النبي صلى الله عليه وسلم، وعند أبي طالب مجلس رجل، فقام أبو جهل كي يمنعه، وشكوه إلى أبي طالب فقال: يا ابن أخي! ما تريد من قومك؟ قال: إني أريد منهم كلمة واحدة تدين لهم بها العرب، وتؤدي إليهم العجم الجزية، قال: كلمة واحدة؟ قال: كلمة واحدة، قال: يا عم يقولوا: لا إله إلا الله ،فقالوا: (إلها واحدا؟! ما سمعنا بهذا في الملة الآخرة، إن هذا إلا اختلاق) قال: فنزل فيهم القرآن: {ص والقرآن ذي الذكر بل الذين كفروا في عزة وشقاق} إلى قوله {ما سمعنا بهذا في الملة الآخرة إن هذا إلا اختلاق} 

(Berikut lebihkurang terjemahnya:)

Dari Ibn Abbas, beliau berkata:

Telah sakit Abu Talib, maka telah datanglah kepadanya Qurays. Dan telah datang kepadanya juga Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan di sisi Abu Talib terdapat sekumpulan lelaki. Lalu Abu Jahal telah bangun untuk menghalang Baginda dan dia telah mengadu pada Abi Talib.

[Abu Talib] berkata [kepada Nabi sallallahu 'alaihi wassalam]: Wahai anak saudaraku! Apakah yang kamu inginkan dari kaummu?

Baginda menjawab: Sesungguhnya aku inginkan dari mereka "kalimah wahidah" (kalimah yang satu) yang menjadi agama bagi mereka orang-orang Arab, yang akan mendapatkan penghormatan dari orang-orang bukan Arab.

Kata Abu Talib: "kalimah wahidah"?

Kata Baginda: "kalimah wahidah",

kata baginda lagi: Wahai bapa saudara! mereka mengucapkan laa ilaaha illa Allah (tiada Ilaah[i] melainkan Allah).

Mereka [lelaki-lelaki Qurays] berkata: Satu ilaah? kami belum pernah mendengar perkara ini dalam agama lain (nasrani/kristian). Sesungguhnya hal ini tidak lain melainkan adalah rekaan.

Kata Ibn Abbas,"Lalu turunlah kepada mereka (Qurays) Al-Quran:

 

38:1

38:2

Sehinggalah Firman Allah:

38:7

 

[Terjemahan Surah Sod ayat 1-7 dari laman web Quran.com]:

  1.  Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
  2. (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.
  3. (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab. 
  4. Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. "
  5. Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" 
  6. Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki. "
  7. Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata".


[i] Yang disembah/sesembahan