Rabu, 29 April 2009

Bila Hujan Turun





Selalunya, bila hujan turun apa yang antum [anda semua] akan buat?
  1. Angkat baju di jemuran
  2. Lari ke tempat berteduh
  3. Turun motosikal dan pakai baju hujan
  4. Tidur
  5. ... dan sebagainya
Apa pun yang antum buat, jangan lupa untuk menyebut perkataan ini:

 اللهم صيبا نافعا

Ya Allah! Cucurilah kami dengan hujan rahmat

Sepertimana yang telah diajar oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dalam sebuah hadis riwayat bukhari:

 وعن عائشة قالت : إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى المطر قال : " اللهم صيبا نافعا " . رواه البخاري

Daripada 'Aisyah, dia berkata : Sesungguhnya bila rasulullah sallallhu 'alaihi wa sallam melihat hujan dia berkata : اللهم صيبا نافعا


Catat Ulasan