Pages

Sabtu, 31 Oktober 2015

Beberapa Pelajaran dari Surah Al-Buruj

Alhamdulillah, baru-baru ini kami selesai pelajari Surah Al-Buruj dari kitab terjemahan ringkasan Tafsir Ibn Kathir Al-Misbah Al-Munir. Banyak kami pelajari dari surah ini antaranya adalah seperti yang berikut:


  1. Allah memulakan surah ini dengan ayat sumpahan. Hanya Allah boleh bersumpah dengan makhluk ciptaan-Nya. 
  2. Kisah seorang budak cerdik yang mengorbankan dirinya dalam berda'wah. Kematiannya menjadi sebab kepada berimannya orang ramai kepada tuhan yang mencipta mereka dan kesemua mereka sanggup mati kerana mempertahankan keimanan mereka.
  3. Kisah pembunuhan kejam, pembunuhan beramai-ramai, oleh seorang raja. Allah menawarkan pengampunan kepada si raja atas jenayah yang telah dilakukannya. 
  4. Allah menyaksikan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah. 
  5. Allah menyediakan azab di neraka buat penjenayah yang tidak bertaubat.
  6. Allah menyediakan syurga yang ada sungai yang mengalir untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
  7. Kejayaan sebenar adalah orang yang mendapat syurga dan selamat dari siksaan Allah.
  8. Siksaan Allah betul-betul teramat teruk.
  9. Allah memaklumkan kepada kita beberapa sifat-Nya. Dialah yang memulakan dan yang mengulanginya. Dia yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Pemilik 'Arasy yang Agung. Dialah yang kalau Dia nak buat, Dia akan buat.
  10. Quran adalah terpelihara.

Alhamdulillah, kami diberi peluang mempelajarinya. Mudah-mudahan Allah memudahkan kami untuk beriman dengan pengkhabaran-Nya dan beramal dengan suruhan-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya.