إذا دخل أحدكم المساجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين Maksud hadis:
Dari Abu Qatadah Al-Harith bin Rab'iy Al-Ansory Radiallahu 'anhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam: Jika seorang dari kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sehingga dia solat dua rakaat. (Hadis Sahih Bukhari no 533, 534, 536 dan Muslim no 615, 617).
Penjelasan hadis:
Suatu hari ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam sedang berkhutbah di Masjid Nabawi pada hari Jumaat, Sulaik Al-Ghathafani telah masuk lalu duduk. Lantas baginda menyuruh beliau bangun dan solat dua rakaat. Kemudian baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam memberitahu beliau bahawa masjid-masjid memiliki kesucian dan kehormatan, bagi masjid hak tahiyyat terhadap sesiapa yang memasukinya iaitu tidak duduk [di dalamnya] kecuali setelah solat dua rakaat.
Dengan sebab itu baginda tidak memberi kesempatan, walaupun untuk duduk mendengar khutbah Jumaat dari mulut baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam.
Antara faedah hadis:
Menurut Syeikh Abdullah Al-Bassam, kita digalakkan memasuki masjid dalam keadaan berwuduk supaya kita tidak terlepas peluang dari mengerjakan solat tahiyat al-masjid dan kita boleh solat bila-bila masa pun ketika memasuki masjid walaupun ketika waktu-waktu yang dilarang solat kerana keumuman hadis tersebut.
Rujukan:
|
Sabtu, 12 Mac 2011
Solatlah Dua Rakaat Jika Anda Masuk Masjid
Langgan:
Catatan (Atom)