Cara membantu simati secara sunnah:
No. 7 - Berpuasa bagi pihaknya
Jika simati perlu berpuasa samada puasa yang perlu diqadha
atau puasa nazar, lalu dia mati sebelum sempat melunaskan puasanya, maka
warisnya boleh berpuasa bagi pihaknya.
Dari 'Aisyah radliallahu 'anha
bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
من مات وعليه صيام صام عنه وليه
"Barangsiapa
meninggal dunia dan memiliki hutang puasa maka walinya (boleh) berpuasa
untuknya". (Sahih Al-Bukhari, no. 1952)
Dalam riwayat yang lain, dari
Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma, dia telah berkata;
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ
اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ، وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا
قَالَ " نَعَمْ ـ قَالَ ـ فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ
أَنْ يُقْضَى "
"Telah datang seorang lelaki
kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu dia berkata: "Wahai
Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan dia mempunyai kewajipan
(hutang) puasa selama sebulan, adakah boleh aku menunaikan puasa tersebut bagi
pihaknya?”. Baginda sallallahu'alaihi wa sallam berkata: "Ya", Baginda
melanjutkan: "Hutang kepada Allah adalah lebih berhak untuk ditunaikan"
(Sahih Al-Bukhari, no. 1953)
Siapakah yang boleh berpuasa bagi
pihak simati?
Hadis riwayat ‘Aisyah di atas menyebut
wali simati. Ulama berbeza pendapat dalam ini, ada yang mengatakan wali merujuk
kepada waris simati dan ada yang merujuk kepada saudara dekat.
Ulama juga berbeza pendapat dalam
hal, bolehkah seseorang yang bukan waris dan saudara dekat berpuasa bagi pihak
simati. Imam An-Nawawi berpendapat ianya sah jika dengan izin walinya dan tidak
sah tanpa izin dari pihak walinya.
Ramai ulama lain juga berpendapat
ia adalah harus, antaranya Imam Al-Bukhari, Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi dan Imam Ibn Taimiyyah.
Antara alasannya ialah kerana Rasulullah menyamakannya dengan hutang, maka ia boleh
dilunaskan oleh sesiapa sahaja. Adapun disebut “wali” dalam hadis adalah kerana
biasanya walilah yang perlu membayar hutang bagi pihak simati (Masaail muta’alliqah bi qadha’
al-siyam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan