Soalan:
Ustaz, tolong carikan tentang hukum memakan keldai liar dan keldai peliharaan.
Jawapan:
Berikut adalah hadis yang menunjukkan larangan memakan daging Himar Ahliyah (Keldai Peliharaan). Hadis riwayat Anas bin Malik,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَهُ جَاءٍ فَقَالَ أُكِلَتْ الْحُمُرُ ثُمَّ جَاءَهُ جَاءٍ فَقَالَ أُكِلَتْ الْحُمُرُ ثُمَّ جَاءَهُ جَاءٍ فَقَالَ أُفْنِيَتْ الْحُمُرُ فَأَمَرَ مُنَادِيًا فَنَادَى فِي النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الْأَهْلِيَّةِ فَإِنَّهَا رِجْسٌ فَأُكْفِئَتْ الْقُدُورُ وَإِنَّهَا لَتَفُورُ بِاللَّحْمِ
Bahawasanya telah datang seseorang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sambil berkata, “Daging-daging keldai telah dimakan”, kemudian datang lagi seseorang sambil berkata, “Daging-daging keldai telah dimakan” kemudian datang lagi seseorang sambil berkata “Keldai-keldai telah binasa.” Maka baginda telah memerintahkan seseorang untuk menyeru di tengah-tengah manusia, "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian dari memakan daging-daging keldai peliharaan, kerana sesungguhnya ia adalah najis” Lalu, mereka menumpahkan periuk-periuk itu dan sesungguhnya ianya di gunakan untuk memasak daging tersebut.” (HR. Bukhari no. 5528 dan Muslim no. 1940)
Di sebaliknya, hadis berikut pula menunjukkan bahawa memakan daging keldai liar adalah dibenarkan oleh baginda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Abu Qatadah menceritakan:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – خَرَجَ حَاجًّا ، فَخَرَجُوا مَعَهُ فَصَرَفَ طَائِفَةً مِنْهُمْ ، فِيهِمْ أَبُو قَتَادَةَ فَقَالَ خُذُوا سَاحِلَ الْبَحْرِ حَتَّى نَلْتَقِىَ . فَأَخَذُوا سَاحِلَ الْبَحْرِ ، فَلَمَّا انْصَرَفُوا أَحْرَمُوا كُلُّهُمْ إِلاَّ أَبُو قَتَادَةَ لَمْ يُحْرِمْ ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَسِيرُونَ إِذْ رَأَوْا حُمُرَ وَحْشٍ ، فَحَمَلَ أَبُو قَتَادَةَ عَلَى الْحُمُرِ ، فَعَقَرَ مِنْهَا أَتَانًا ، فَنَزَلُوا فَأَكَلُوا مِنْ لَحْمِهَا ، وَقَالُوا أَنَأْكُلُ لَحْمَ صَيْدٍ وَنَحْنُ مُحْرِمُونَ فَحَمَلْنَا مَا بَقِىَ مِنْ لَحْمِ الأَتَانِ ، فَلَمَّا أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّا كُنَّا أَحْرَمْنَا وَقَدْ كَانَ أَبُو قَتَادَةَ لَمْ يُحْرِمْ ، فَرَأَيْنَا حُمُرَ وَحْشٍ فَحَمَلَ عَلَيْهَا أَبُو قَتَادَةَ ، فَعَقَرَ مِنْهَا أَتَانًا ، فَنَزَلْنَا فَأَكَلْنَا مِنْ لَحْمِهَا ثُمَّ قُلْنَا أَنَأْكُلُ لَحْمَ صَيْدٍ وَنَحْنُ مُحْرِمُونَ فَحَمَلْنَا مَا بَقِىَ مِنْ لَحْمِهَا . قَالَ " مِنْكُمْ أَحَدٌ أَمَرَهُ أَنْ يَحْمِلَ عَلَيْهَا، أَوْ أَشَارَ إِلَيْهَا ". قَالُوا لاَ. قَالَ " فَكُلُوا مَا بَقِيَ مِنْ لَحْمِهَا ".
“Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah keluar (bermusafir) untuk haji. Telah keluar juga bersama baginda beberapa orang lain. Lalu sebahagian dari mereka telah berpisah. Terdapat bersama kumpulan tersebut, Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu. Beliau telah berkata (kepada kumpulan tersebut): “Ambillah laluan menyusuri tepian pantai hingga kita bertemu (semula)”. Lalu mereka pun mengambil laluan di tepian pantai. Sebaik sahaja berangkat, mereka semuanya telah berihram kecuali Abu Qatadah tidak berihram. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba mereka melihat ada keldai-keldai liar. Maka Abu Qatadah menghampiri keldai-keldai itu lalu menyembelih sebahagiannya, dia telah datang kepada kami. Maka mereka berhenti lalu memakan daging keldai tersebut. Dan mereka telah berkata: “Adakah kita boleh memakan daging haiwan buruan sedangkan kita sedang berihram?”. Maka kami bawa sisa daging tersebut. Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami sedang berihram sedangkan Abu Qatadah tidak berihram. Lalu kami telah menjumpai keldai-keldai liar, lalu Abu Qatadah telah menangkapnya lalu menyembelihnya kemudian sebagian dagingnya dibawa kepada kami, lalu kami berhenti dan memakan dari daging tersebut kemudian kami berkata: “Adakah kita boleh memakan daging haiwan buruan sedangkan kita sedang berihram?”. Lalu kami bawa sisa dagingnya itu kemari”. Baginda bertanya: “Adakah ada diantara kalian yang sedang berihram menyuruh Abu Qatadah untuk memburunya atau memberi isyarat kepadanya?”. Mereka menjawab: “Tidak ada”. Maka Baginda bersabda: “Makanlah sisa daging yang ada itu”.” (HR. Bukhari no. 1824 dan Muslim no. 1196)
Dalam satu riwayat Abu Qatadah yang lain, beliau menceritakan bahawa rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga telah memakan bahagian kaki keldai liar tersebut.
قَالَ " هَلْ مَعَكُمْ مِنْهُ شَىْءٌ ". قَالَ مَعَنَا رِجْلُهُ، فَأَخَذَهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَكَلَهَا.
Baginda telah berkata, "Adakah masih ada bersama kamu (daging tersebut)?" Dia telah menjawab, "Kami ada kakinya" lalu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah mengambilnya lalu memakannya. (HR Bukhari no. 2854)
Dalam Kitab Al-Umm, Imam As-Syafi'e rahimahullah ketika menerangkan riwayat berikut iaitu riwayat dari Ali bin Abi Talib,
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عام خيبر عن نكاح المتعة ، وعن لحوم الحمر الأهلية
"Bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang, pada Tahun Khaibar, dari nikah mut'ah dan dari daging keldai-keldai peliharaan".
Beliau mengatakan bahawa terdapat dua dalil dari riwayat tersebut. Pertama, dalil pengharaman memakan keldai peliharaan dan kedua, keharusan memakan keldai liar. Demikian ringkasnya, sila rujuk teks asal di sini.
Catatan tentang Himar Wahsyi
Dalam bahasa Arab Himar Wahsyi boleh merujuk kepada keldai liar atau kuda belang. Maklumat dari Wikipedia menunjukkan bahawa keldai liar hidup di benua Afrika termasuk di negara Arab Saudi manakala kuda belang pula, sumber dari National Geographic, menunjukkan kuda belang tidak hidup di negara Arab Saudi.
Rujukan:
- حكم أكل لحم الحمار الوحشي
- أكل لحوم الحمر الأهلية
- Hukum Memakan Daging Keldai
- Hewan Yang Diharamkan Dalam Hadits Nabawi
- Makan Daging Kuda
- Keldai vs Zebra
- African wild ass
- Zebra Equus burchellii
Tiada ulasan:
Catat Ulasan