An-Nu’man Bin Basyir adalah seorang sahabat nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau tergolong dalam golongan sahabat dari kalangan kanak-kanak. Antara sahabat lain yang sebaya dengan beliau adalah Abdullah bin Zubayr. Beliau telah dilahirkan oleh ibunya ‘Amrah bin Rawahah, 14 bulan setelah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sampai ke Madinah. Oleh itu, beliau dikira bayi pertama dikalangan Ansar yang lahir selepas hijrah nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam manakala Abdullah bin Zubayr (cucu Abu Bakr) pula merupakan bayi pertama yang lahir dari kalangan Muhajirin.
Setelah beliau dilahirkan, ibunya membawa beliau menemui Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda memberitahu bahawa An-Nu’man akan hidup bahagia, akan mati syahid dan akan masuk syurga. Beliau telah terbunuh di Hims, pada tahun 63 hijrah.
Bapa beliau adalah salah seorang dari sahabat dan Ahli Badr yang bernama Basyir bin Sa’ad. Manakala ibu beliau adalah saudara perempuan kepada Abdullah bin Rawahah. Bapa saudara beliau, Abdullah bin Rawahah juga adalah seorang Ahli Badr dan penyair Nabi.
Antara kisah menarik dalam keluarga beliau ialah kisah pemberian sebahagian harta kepada An-Nu’man oleh bapanya. Ibunya tidak bersetuju dengan pemberian tersebut, lalu Basyir membawa anaknya An-Nu’man bertemu Rasulullah untuk bertanya akan hal tersebut.
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ: "تَصَدَّقَ عَلَيَّ أَبِي بِبَعْضِ مَالِهِ فَقَالَتْ أُمِّي عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ لا أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَانْطَلَقَ أَبِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُشْهِدَهُ عَلَى صَدَقَتِي فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَعَلْتَ هَذَا بِوَلَدِكَ كُلِّهِمْ ؟ قَالَ لا قَالَ اتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا فِي أَوْلاَدِكُمْ فَرَجَعَ أَبِي فَرَدَّ تِلْكَ الصَّدَقَةَ"
An-Nu`man bin Basyir radhiallahu 'anhu meriwayatkan: Bapaku memberi sedekah kepadaku sebahagian daripada hartanya. Lalu ibuku berkata: “Aku tidak suka dengan pemberian ini sehingga engkau persaksikan kepada Rasulullah saw terlebih dahulu. Lalu bapaku pergi memberitahu Rasulullah saw tentang sedekahnya kepadaku. Lalu Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau beri kepada semua anakmu pemberian seumpama itu? Jawabnya: “Tidak”. Sabda Rasulullah saw “Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah berlaku adil terhadap anak-anakmu, lalu bapaku mengambil balik pemberian itu”. [Baca tentang berlaku adil ketika memberi kepada anak-anak di laman web Drhayei.com]
Ketika rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam wafat, beliau berumur 8 tahun.
Rujukan:Ketika rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam wafat, beliau berumur 8 tahun.
- تهذيب سير أعلام النبلاء : جزء 1 - صفحة 106
- البداية والنهاية : جزء 8 - صفحة 244. Dari wikipedia.
- عبد الله بن رواحة
- Al-Bukhari, al-Hibah wa Fadluha: al-Hibah li al-Walad, bil. (2397). Muslim, al-Hibat: Karahat Tafdil ba`d al-Awlad fi al-`Atiyyat, bil. (3055). Al-Tirmidhi, al-Ahkam `an Rasulillah: Ma jaa fi al-Nihal wa al-Taswiyat bayn al-Walad, bil. (1288). daripada al-Nu`man ibn Basyir. Dari laman web DrHayei.com
- Mutiara Akhlak Rasulullah S.A.W.: 100 Kisah Teladan tentang Iman, Takwa, Sabar, Syukur, Ridha, Tawakal, Ikhlas, Jujur, Doa, dan Tobat
- الحديث السادس: إن الحلال بين، وإن الحرام بين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan