Pages

Selasa, 16 September 2014

Tugas Jibril Selepas Wafatnya Nabi Sallallahu 'Alayhi Wa Sallam

Soalan:

As-Salamu ‘Alaykum. Saya ada beberapa persoalan:

  1. Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu. Adakah Nabi Muhammad orang yg terakhir malaikat Jibril sampaikan wahyu?
  2. Kalau Nabi Muhammad orang terakhir menerima wahyu, Apakah tugas Malaikat Jibril selepas Nabi Wafat?

Jawapan:

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah nabi terakhir yang menerima wahyu

Benar, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah nabi terakhir. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِنَّ مَثَلِي وَمَثَلَ الأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِي كَمَثَلِ رَجُلٍ بَنَى بَيْتًا فَأَحْسَنَهُ وَأَجْمَلَهُ، إِلاَّ مَوْضِعَ لَبِنَةٍ مِنْ زَاوِيَةٍ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَطُوفُونَ بِهِ وَيَعْجَبُونَ لَهُ، وَيَقُولُونَ هَلاَّ وُضِعَتْ هَذِهِ اللَّبِنَةُ قَالَ فَأَنَا اللَّبِنَةُ، وَأَنَا خَاتِمُ النَّبِيِّينَ ‏"‏‏.‏

Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perumpamaanku dan nabi-nabi sebelumku seperti seseorang yang membina sebuah rumah lalu dia membaguskannya dan memperindahnya kecuali ada satu labinah (tempat lubang batu bata yang tertinggal belum diselesaikan) yang berada di dinding bahagian tepi rumah tersebut. Lalu manusia mengelilinginya dan mereka terkagum-kagum sambil berkata; “Bagusnya jika ada orang yang meletakkan labinah (batu bata) di tempatnya ini”. Baginda bersabda: "Maka akulah labinah itu dan aku adalah penutup para nabi".

Wahyu telah terputus

Apabila wafatnya baginda sallallahu 'alaihi wa sallam, maka terputuslah wahyu. Ia adalah berdasarkan hadis berikut.

حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ حَدَّثَنِي حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُتْبَةَ، قَالَ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ ـ رضى الله عنه ـ يَقُولُ إِنَّ أُنَاسًا كَانُوا يُؤْخَذُونَ بِالْوَحْىِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَإِنَّ الْوَحْىَ قَدِ انْقَطَعَ، وَإِنَّمَا نَأْخُذُكُمُ الآنَ بِمَا ظَهَرَ لَنَا مِنْ أَعْمَالِكُمْ، فَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا خَيْرًا أَمِنَّاهُ وَقَرَّبْنَاهُ، وَلَيْسَ إِلَيْنَا مِنْ سَرِيرَتِهِ شَىْءٌ، اللَّهُ يُحَاسِبُهُ فِي سَرِيرَتِهِ، وَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا سُوءًا لَمْ نَأْمَنْهُ وَلَمْ نُصَدِّقْهُ، وَإِنْ قَالَ إِنَّ سَرِيرَتَهُ حَسَنَةٌ‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Al Hakam bin Nafi', telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhriy berkata, telah menceritakan kepadaku Humaid bin 'Abdurrahman bin 'Auf bahwa 'Abdullah bin 'Utbah berkata, aku mendengar 'Umar bin Al Khattab radiallahu 'anhu berkata: "Sesungguhnya orang-orang telah mengambil wahyu (sebagai pedoman) pada masa hidup Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan hari ini wahyu sudah terputus. Dan hari ini kita menilai kalian berdasarkan amal-amal yang nampak (zahir). Maka siapa yang secara zahir menampakkan perbuatan baik kepada kita, kita percaya kepadanya dan kita dekat dengannya dan bukan urusan kita apa yang tersembunyi darinya kerana hal itu sesuatu yang menjadi urusan Allah dan Dia yang akan menghitungnya. Dan siapa yang menampakkan perbuatan yang jelek kepada kita, maka kita tidak percaya kepadanya dan tidak membenarkannya sekalipun dibalik itu ada yang mengatakan baik".

Jibril selepas wafatnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam

Setelah wafatnya nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, Jibril tidak lagi menyampaikan wahyu akan tetapi seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, Jibril adalah antara malaikat yang turun ke bumi pada malam laylatul qadr:
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوح [القدر:4].
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (Al-Qadar:4)

Rujukan:
  1. Sunnah.com  

Tiada ulasan: