Alhamdulillah, baru-baru ini kami selesai pelajari Surah Al-Buruj dari kitab terjemahan ringkasan Tafsir Ibn Kathir Al-Misbah Al-Munir. Banyak kami pelajari dari surah ini antaranya adalah seperti yang berikut:
- Allah memulakan surah ini dengan ayat sumpahan. Hanya Allah boleh bersumpah dengan makhluk ciptaan-Nya.
- Kisah seorang budak cerdik yang mengorbankan dirinya dalam berda'wah. Kematiannya menjadi sebab kepada berimannya orang ramai kepada tuhan yang mencipta mereka dan kesemua mereka sanggup mati kerana mempertahankan keimanan mereka.
- Kisah pembunuhan kejam, pembunuhan beramai-ramai, oleh seorang raja. Allah menawarkan pengampunan kepada si raja atas jenayah yang telah dilakukannya.
- Allah menyaksikan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah.
- Allah menyediakan azab di neraka buat penjenayah yang tidak bertaubat.
- Allah menyediakan syurga yang ada sungai yang mengalir untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
- Kejayaan sebenar adalah orang yang mendapat syurga dan selamat dari siksaan Allah.
- Siksaan Allah betul-betul teramat teruk.
- Allah memaklumkan kepada kita beberapa sifat-Nya. Dialah yang memulakan dan yang mengulanginya. Dia yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Pemilik 'Arasy yang Agung. Dialah yang kalau Dia nak buat, Dia akan buat.
- Quran adalah terpelihara.
Alhamdulillah, kami diberi peluang mempelajarinya. Mudah-mudahan Allah memudahkan kami untuk beriman dengan pengkhabaran-Nya dan beramal dengan suruhan-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan