Pages

Ahad, 19 September 2010

Menonton Orang Lain Bersukan

Bismillahirrahmaanirrahim...

Saya tertarik dengan pandangan Kapten Hafiz Firdaus tentang "menonton orang lain bersukan" dan "menonton TV saban hari" dalam tulisannya bertajuk Wal ‘Ashr: Pengurusan Masa Dalam IslamBerikut adalah tulisan beliau yang saya maksudkan:

Saya sebenarnya amat hairan memerhatikan gelagat orang yang menonton orang lain bersukan. Bukan sekadar menonton, mereka menyokong pasukan yang ditonton dengan penuh jiwa dan raga. Mereka menunggu perlawanan bermula dengan penuh debaran. Mereka memerhati perlawanan dengan penuh kekhusyukan, kekhusyukan yang mengalahkan semua nilai khusyuk solatnya dalam sehari. Jika pasukan yang disokong menang mereka melompat kegembiraan. Jika sebaliknya, mereka tunduk kesedihan mengalirkan air mata.

      Kepada para penonton seumpama perenggan di atas, saya ingin bertanya beberapa soalan mudah. Jika anda sakit, adakah pasukan yang anda sokong datang untuk menziarahi anda? Jika anda menghadapi kesempitan kewangan, adakah pasukan yang anda sokong memberikan sumbangan atau pinjaman? Jika anda gagal dalam kehidupan, adakah pasukan yang anda sokong akan membantu anda mencapai kejayaan? Saya yakin jawapannya tidak. Oleh itu kenapakah anda menyerahkan segala jiwa dan raga, termasuk masa anda, kepada satu pasukan yang tidak kisah langsung tentang anda?

      Ada pun menonton TV, maka tontonlah dengan manhaj fokus dan prioriti, iaitu satu dua rancangan yang memberi manfaat kepada pembangunan minda. Percayalah, kebanyakan pemilik syarikat siaran TV tidak menonton apa yang disiarkan oleh syarikatnya melainkan beberapa rancangan yang terpilih. Mereka tahu, jika mereka menonton TV saban hari, mereka tidak akan menjadi individu berjaya yang dapat memiliki sebuah syarikat siaran TV.


Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk kita semua.

2 ulasan:

abuhanzolah mohamad zahri berkata...

Assalamualaikum wr wb
Nice reflections:-)
Ada yang telah menjadi 'diehard fans' hinggakan hiasan satu rumah adalah mengenai pasukan bola, baju2, poster sana sini dsb. Yang lebih menyedihkan pasukan yang disokongnya (umpamanya Liverpool) yang disponsor oleh khamar maka satu rumah secara tidak langsung mempromosikan arak. Kita kayakan pemain2 bola dan kelab2 sampai duit tak cukup beli buku2, dan si pemain bola yang kaya terus joli dgn kekayaannya sambil tidak kenal akan kewujudan peminatnya. Inilah yang dinamakan 'one-sided love'.
Allahu musta'an.

Abu Al-Yasr berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatullah wa barokaatuh ...

Betul tu. Alhamdulillah saya tak minat menonton sukan. Cuma masih bermasalah dengan TV. :(