Pages

Sabtu, 16 Ogos 2008

Menceraikan Isteri Kerana Perintah Ibubapa

bismillah...

assalamualaikum...



Apabila seorang ayah atau seorang ibu memerintahkan anak lelakinya
untuk menceraikan isterinya keranakan satu sebab, adakah si anak wajib
mentaati ibubapanya dengan menceraikan isterinya?



Jawab:

Asy-Syaikh Al-Muhaddis Abu Abdirrahman Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i
rahimahullahu menjawab dengan membawakan hadis yang diriwayatkan oleh
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullahu dalam Sunan-nya (juz 4 hal. 368)
lengkap dengan sanadnya dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma. Ia berkata:

كَانَتْ تَحْتِي امْرَأَةٌ أُحِبُّهَا وَكَانَ أَبِي يَكْرَهُهَا،
فَأَمَرَنِي أَنْ أُطَلِّقَهَا فَأَبَيْتُ، فَذَكَرْتُ ذلِكَ لِلنَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا عَبْدَ الله، طَلِّقِ امْرَأَتَكَ

“Aku memiliki seorang isteri yang kucintai akan tetapi ayahku tidak
menyukainya maka ia memerintahkan aku untuk menceraikannya, namun aku
menolak. Lalu kuceritakan hal tersebut kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam. Beliau pun memerintahkan, ‘Wahai Abdullah, ceraikanlah
istrimu’.”

Kemudian Asy-Syaikh Muqbil mengatakan bahawa hadis ini hasan, diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dengan sanadnya.

Asy-Syaikh, “Al-Mubarakfuri rahimahullahu dalam Tuhfatul Ahwadzi (juz 4
hal. 368) menyatakan, ‘Dalam hadis ini ada dalil yang jelas tentang
kewajipan seorang lelaki untuk menceraikan isterinya apabila memang
diperintahkan oleh ayahnya, walaupun dia mencintai isteri tersebut. Ini
bukanlah alasan baginya untuk tetap menahan si isteri. Termasuk juga
pabila ibu yang memerintahkan, karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam telah menerangkan bahawa ibu berhak terhadap anaknya lebih
daripada hak ayah sebagaimana disebutkan dalam hadis Bahz bin Hakim
dari ayahnya dari datuknya. Datuknya ini berkata, Aku pernah bertanya
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah,
kepada siapa aku harus berbuat baik?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Aku
bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ibumu,” jawab beliau. “Kemudian siapa
setelah itu?” tanyaku. “Ibumu,” jawab baginda. “Kemudian siapa?”
tanyaku lagi. Baru beliau menjawab, “Ayahmu.”

Hadis ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa hadis ini hasan.

Dalam Ash-Shahihain dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Datang seseorang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia
bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling sesuai untuk
aku berbuat dengan baik kepadanya?” Baginda menjawab, “Ibumu.”
“Kemudian siapa?” “Ibumu.” Kemudian setelahnya siapa?” “Ibumu.” Untuk
kali berikutnya orang itu kembali bertanya, “Lalu siapa?” “Ayahmu,”
jawab baginda.

Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu berkata, “Apa yang dinyatakan oleh
Al-Mubarakfuri rahimahullahu tentang wajibnya seseorang menceraikan
isterinya apabila kedua ibubapanya atau salah satu darinya
memerintahkannya, menyalahi pendapat jumhur. Kerana jumhur memandang
perintah yang disebutkan dalam hadis yang datang dalam masalah ini
adalah menunjukkan disenangi (mandub) sebagaimana dalam Dalilul Falihin
(juz 2 hal. 176). Namun yang benar dalam hal ini adalah mengamalkan
zahir hadis[1]
karena Allah Subhanahu wa Ta’ala mengaitkan perintah untuk bersyukur
kepada kedua orangtua dengan bersyukur kepada-Nya. Allah Subhanahu wa
Ta’ala berfirman:

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ

“Bersyukurlah engkau kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu.” (Luqman: 14)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengaitkan perintah berbuat baik kepada
kedua ibubapa dengan perintah beribadah kepada-Nya. Dia Yang Maha Suci
berfirman:

وَاعْبُدُوا اللهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan
sesuatu, dan kepada kedua ibubapa berbuat baiklah.” (An-Nisa`: 36)

Namun dalam hal ini, wajib bagi seseorang untuk melihat pada sebab. Apa
yang menyebabkan ibubapa memerintahkannya untuk menceraikan isterinya?
Apabila memang si isteri menyalahi perintah-perintah Allah Subhanahu wa
Ta’ala, atau tidak berbuat baik kepada kedua ibubapa suaminya, atau
kedua ibubapa membenci isteri anaknya dengan kebencian yang sifatnya
tabiat, semua itu (boleh) menjadi alasan untuk menceraikan si isteri
dengan perintah salah satu atau kedua orangtua. Bila si isteri tersebut
adalah wanita yang solehah, manakala bapa mertuanya yang meminta anak
lelakinya untuk menceraikan isterinya tersebut seorang yang tidak baik;
misalnya si isteri tidak suka alat-alat muzik sedangkan bapa mertuanya
gemar dengan alat-alat muzik; atau si wanita tidak suka ikhtilath
(pergaulan bebas antara bukan mahram) dengan laki-laki yang bukan
mahramnya sedangkan bapa mertuanya mengharuskan menantunya ini untuk
ikhtilath dan ia tidak suka bila menantunya ini tidak keluar rumah
untuk bekerja dan bergaul dengan kaum lelaki; dia adalah wanita yang
solehah namun ia tidak punya ijazah, sedangkan bapa mertuanya
menginginkan anaknya menikah dengan wanita yang berijazah agar dapat
digunakan untuk mencari pekerjaan; Bila seperti ini keadaannya, si anak
tidak boleh mentaati ayahnya untuk menceraikan isterinya. Yang pasti,
hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma di atas dikaitkan dengan hadis
yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari ‘Ali radhiyallahu
‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوْفِ

“Tidak ada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah. Hanyalah ketaatan itu dalam perkara yang ma’ruf (kebaikan).”[2]

Wallahu ta’ala a’lam.” (Ijabatus Sa`il ‘Ala Ahammil Masa`il, hal. 232-233)

-----------------------

Nota kaki:

[1] Manakala zahir hadis Ibnu ‘Umar di atas menunjukkan wajib, karena
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan Ibnu ‘Umar untuk
melakukan apa yang diinginkan ayahnya yaitu menceraikan isterinya.
–pent.

[2] Faedah: Pernah seseorang bertanya kepada Al-Imam Ahmad bin Hanbal
rahimahullahu, “Ayahku berkata, “Ceraikan isterimu!”, padahal aku
mencintai isteriku tersebut, apakah aku harus mentaati ayahku?” Al-Imam
Ahmad rahimahullahu menjawab, “Jangan engkau ceraikan isterimu!” Lelaki
itu berkata lagi, “Bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah
memerintahkan Ibnu ‘Umar untuk menceraikan isterinya tatkala si ayah,
‘Umar ibnul Khaththab, telah memerintahkannya untuk menceraikan
isterinya?” Al-Imam Ahmad bertanya kembali, “Adakah ayahmu itu ‘Umar?”


Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahu menjelaskan,
“Karena kita yakini dengan ilmu yang yakin bahwa ‘Umar tidak mungkin
memerintahkan anaknya Abdullah untuk menceraikan isterinya melainkan
kerana sebab yang syar’i, sedangkan Abdullah mungkin tidak
mengetahuinya. Dan mustahil ‘Umar menyuruh anaknya menceraikan
isterinya untuk memisahkan antara keduanya tanpa ada sebab syar’i.”
(Syarhu Riyadhis Shalihin, 2/144) –pent.



*dipetik dan dimelayukan dari Majalah AsSyari'ah

Tiada ulasan: