Pages

Ahad, 8 Mei 2011

Jauhkan Kesalahan seperti Jauhnya Antara Timur dan Barat


Sumber: واحتي الإسلامية

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، قَالَ: كَانَ رَسُولُ صلى الله عليه وسلم إِذَا كَبَّرَ فِي الصََّلاةِ سَكَتَ هُنَيَّةً قَبْلَ أَنْ يَقْرَأَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي! أَرَأَيْتَ سُكُوتَكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ، مَا تَقُولُ؟ قَالَ: أَقُولُ:
((اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ )).


Maksud hadis:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: Apabila Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam takbir di dalam solat, beliau diam sejenak sebelum membaca [Al Fatihah]. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang engkau ucapkan ketika engkau diam antara takbir dan bacaan [Al Fatihah]? Beliau menjawab: “Aku mengucapkan: ((Ya Allah, jauhkanlah antaraku dan antara kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana baju yang putih dibersihkan dari noda kotoran. Ya Allah, cucikanlah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan salju, air, dan embun)).

Hadis Riwayat Imam AlBukhari (744) dan Imam Muslim (598), lafaznya dari Muslim.
Lafaz Riwayat AlBukhari, sumber gambar: منتدي مسلم طبيب 

Catatan:

Kenapa perlu minta dijauhkan kesalahan seperti jauhnya timur dan barat? Logiknya, mungkin kerana timur tak mungkin bertemu dengan barat. Barat tak mungkin berkumpul dengan timur. Timur dan barat tak mungkin bersatu. Kata Syeikh Majdi, dibandingkan dengan timur dan barat untuk menunjukkan [tersangat jauhnya] kerana tiada permandangan sejauh permandangan antara timur dan barat (Syarah Hisnul Muslim).

Saya rasa masih ramai rakyat Malaysia yang belum mempelajari doa ini. Saya juga hanya mempelajarinya ketika saya masih menuntut di UIA. Selain doa ini terdapat banyak lagi doa lain yang dibaca di dalam solat yang mana bila sudah membacanya, biasanya, kita takperlu lagi berdoa selepas memberi salam diakhir solat. 

Doa ini ada dikumpulkan dalam buku kecil himpunan doa dan zikir menurut Quran dan Sunnah yang masyhur dengan tajuk Hisnul Muslim oleh Sheikh Dr. Said Bin Ali Wahf al-Qahtani. Buku ini telah diterjemahkan dengan tajuk Perisai Muslim oleh antaranya, Dr Abdul Basit Haji Abdul Rahman, Ustaz Baharudin Ayudin. Dan telah dicetak oleh antaranya syarikat Telaga Biru dan Percetakan Salafi.

Maklumat berkaitan:

Untuk maklumat lain berkaitan doa di atas sila rujuk link berikut:

Rujukan:


  1. Syarah Hisnul Muslim min Azkar Al-Kitab wa Al-Sunnah li Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf Al-Qahtani oleh Majdi bin Abdul Wahab Ahmad, edaran Muassasah Al-Juraisi, 1427H, m/s 85.
  2. Dzikir Istiftah (memulai sholat) dari blog Pesantren Islam Al- Irsyad
  3. Al-Mausu'ah Al-Hadisiah dari laman web Al-Durar Al-Sunniyah


Tiada ulasan: