Pages

Ahad, 30 November 2008

Bagaimana caranya untuk muat-turun fail mp3 dari esnips

Hari ini saya temui satu himpunan rakaman kuliah Sahih al-Bukhari oleh Dr Mohd Radhi, USM . Jazaahullah khayran, buat abul wafaa kerana kerja mulia ini. Beliau memilih untuk meng'upload' mp3-mp3 tersebut dalam 'esnips'.

Banyak juga rakaman-rakaman yang telah beliau tukarkan dari bentuk analog [kaset] ke bentuk digital [mp3]. Dr Radhi pernah memberitahu saya tentang kerja mulia beliau ini. Terima kasih juga buat pelajar Dr Radhi yang telah bersusah payah merakamkan kelas-kelas tersebut kedalam kaset-kaset... dengar cerita mencecah seribu kaset semuanya.

Anyway ... apabila anda membuka laman esnips tersebut, anda pasti akan bertanya soalan ini:
Bagaimanakah caranya untuk download mp3-mp3 ni?

Saya mencari caranya melalui google dan ini yang saya temui ...

How to download mp3s from esnips.com

mudah-mudahan ia membantu anda...


Terkini [02/01/2009], screencasting dari ScreenToaster.com

How to download files from eSnips

Tips Belajar Bahasa Arab Sendiri

Bismillah ...

Jika anda sedang membaca tulisan ini, ini bermakna anda mampu untuk pelajari bahasa arab sendiri. Apa yang anda perlukan ialah masa, kemahuan, internet dan tips ini.

Dapatkan tips mudah dan cepat belajar bahasa arab dari rakaman ini:
Mamdouh Mohamed--Tips On How To Learn Quranic Arabic Quickly and Easily - Part 01
Mamdouh Mohamed--Tips On How To Learn Quranic Arabic Quickly and Easily - Part 02
Mamdouh Mohamed--Tips On How To Learn Quranic Arabic Quickly and Easily - Part 03
Mamdouh Mohamed--Tips On How To Learn Quranic Arabic Quickly and Easily - Part 04

Khamis, 27 November 2008

Jika anda sedang bersedih

Maka bacalah doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِى بِيَدِكَ مَاضٍ فِىَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِىَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِى وَنُورَ صَدْرِى وَجَلاَءَ حُزْنِى وَذَهَابَ هَمِّى.

Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu (Adam) dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil.

Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang menjadi namaMu yang dengannya Kau menamakan diriMu atau yang Kau turunkan di dalam kitabMu (al-Qur’an) atau yang Kamu ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang Kau sembunyikan menjadi ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.

(Riwayat Ahmad, dan lain-lain. Sebahagian ‘Ulamaa’ mensahihkannya manakala Ad Daaraqutniyy menyebut terdapat kecacatan pada sanadnya dalam ‘Ilal karangannya. )

Dalam hadith di atas disebut bahawa Allah akan menghilangkan kesedihan seseorang dan menggantikannya dengan kegembiraan apabila membacanya. Maka bacalah ia.

Sumber: http://abulwafaa.protajdid.com/

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah ...

Saya sudah terbaca post di atas beberepa hari sebelum ini ... semalam, ketika belajar bahasa arab ... abdullah tak dapat menumpukan perhatian ... ada banyak masalah katanya ... hinggakan memaksa dia untuk ambil cuti selama seminggu ... saya teringat akan satu doa yang nabi kita sallallahu 'alaihi wa sallam ajar kita untuk menghadapi kesedihan dan kegusaran yang antaranya berpunca dari masalah-masalah. lalu hari ini, saya lawati semula blog sahabat tersebut untuk copy & paste ia di sini ... mudah-mudahan bermanfaat untuk anda juga ...

Selain doa tersebut, ada beberapa bahan bacaan berkaitan yang sesuai untuk dibaca berkaitan dengan hal ini:

Don't Be Sad atau versi bahasa indonesia: La Tahzan (Jangan besedih)

7 Tipu Daya Syaitan Ke atas Umat Islam