Pages

Selasa, 23 Februari 2010

Kejutan dari Dimdim



Semalam, ketika menggunakan aplikasi webmeeting dimdim, saya dikejutkan dengan beberapa perubahan, (sila rujuk What's new in dimdim). Antaranya ialah
  1. Dimdim sekarang sudah boleh digunakan dengan web browser chrome. 
  2. MyScreen Sharing. Pagi ini, saya dikejutkan dengan dimdim login box, sebaik sahaja window xp bermula.
  3. Personal Meeting Room URL. 
  4. Ada dua butang besar "Instant Action Button" untuk memilih antara "mulakan sekarang" dan "jadualkan"

Bagaimana anda boleh memanfaatkan Dimdim?

Dimdim ialah aplikasi webmeeting yang membolehkan anda berkomunikasi dengan orang lain dengan beberapa fungsi tambahan yang tiada pada IM, VoIP, dan yang seumpamanya. Ianya sesuai untuk meeting secara online, kelas secara online, sesi penerangan secara online dan yang berkaitan. Berikut adalah beberapa fungsi menarik yang tersedia untuk pengguna dimdim:
  1. Public chat
  2. Private chat
  3. Video/Audio 
  4. Kongsi Skrin - peserta boleh melihat skrin pengendali (Host)
  5. Kongsi Whiteboard - pengendali boleh menulis di whiteboard dan ia boleh dilihat oleh peserta. Seolah-olah berada di dalam kelas. Cikgu menulis di whiteboard dan murid-murid membaca tulisan cikgu.
  6. Kongsi presentation - anda boleh kongsikan powerpoint presentation anda dengan peserta lain.
  7. Kongsi website
Semua fungsi di atas berfungsi secara live. Saya pernah mengajar kelas bahasa arab secara online menggunakan aplikasi ini.  Cubalah sekarang! Daftar di sini untuk mendapatkan satu bilik maya untuk 20 orang peserta secara PERCUMA. Ia mungkin berguna untuk anda jika anda perlu menerangkan sesuatu pada rakan anda yang tinggal jauh dari tempat anda atau untuk sesi penerangan produk baru untuk pelanggan maya anda.