Pages

Rabu, 9 Julai 2014

Cara Membantu Arwah Berdasarkan Sunnah #3

[Cara Membantu Si Mati Berdasarkan Sunnah #3]


Memohon Keampunan dan Tsabat (keteguhan) untuknya sebaik sahaja setelah dikebumikan. Dalilnya:


عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ "اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ "

Dari Usman bin Affan, beliau berkata, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila selesai dari mengebumikan mayit baginda berdiri lalu berkata, “Mohonlah keampunan buat saudaramu dan mintalah keteguhan baginya. Sesungguhnya dia sekarang ini, sedang disoal.
(Hadis riwayat Abi Daud dalam Sunannya: http://sunnah.com/abudawud/21/133)


Bagaimana lafaz doanya?


Dalam Syarah Sunan Abi Daud, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad, menyatakan contoh lafaz doa seperti berikut:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ

Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, teguhkanlah dia dengan kata-kata (menjawab soal kubur) yang teguh.


Manakala, Syeikh Al-Uthaimeen dalam Syarah Riyadh As-Solihin membawa lafaz contoh seperti berikut:


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ

Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, teguhkanlah dia


dan diucapkan sebanyak 3 kali kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila berdoa, baginda akan mengulanginya sebanyak 3 kali. Syeikh Soleh Fauzan pula tidak menghadkan sebanyak 3 kali, tetapi menganjurkan supaya diulang-ulang membacanya.



Rujukan:
  1. Sunan Abi Daud, no 3221, hadis ini dinilai sahih oleh Al-Albani.
  2. Syarah Sunan Abi Daud, versi maktabah syamilah, jilid 17, mukasurat 118.
  3. Syarah Riyadh As-Solihin, versi maktabah syamilah, mukasurat 272.
  4. Al-Muntaqa min Fatawa Fauzan, versi maktabah syamilah, jild 41, mukasurat 3.


Tiada ulasan: