Pages

Khamis, 19 Februari 2009

Kemahiran Menulis dan Bercakap dalam Bahasa Arab


Macamana nak tingkatkan kemahiran menulis dan bercakap dalam bahasa arab? Soalan inilah yang bermain-main di kepala saya sekarang ini. Saya sudah cuba mencarinya dengan bantuan Mr Google. Berbekalkan dua perkataan مهارة dan كتابة sebagai keyword, saya sesat dalam ruang web. Saya juga telah minta bantuan pensyarah berbangsa arab yang saya kenal namun, mungkin bahasa saya salah difahami, hampalah lagi. Hariini, alhamdulillah saya menjumpai buku - دروس في التعبير - terbitan ma'had ta'lim al-lughah al-'arabiah, Universiti Islam Madinah sebagai salah satu silibus pengajian. Ada 4 level kesemuanya.
Muqaddimahnya mengambarkan bahawa kitab ini ditulis untuk memenuhi keperluan kemahiran bercakap dan menulis pelajar-pelajar. Sepertimana yang disampaikan oleh Dr Mamdouh, pengarang kitab ini juga ada menekankan bahawa ada 4 kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar bahasa:
  1. Kemahiran membaca
  2. Kemahiran mendengar
  3. Kemahiran menulis
  4. Kemahiran menutur/bercakap
Kitab ini boleh diakses secara "online" melalui laman web universiti islam madinah, namun hari ini ... ada masalah " Address Not Found". Jadi inshaAllah, nanti saya letakkan linknya.



Tiada ulasan: