Pages

Khamis, 5 Mac 2009

Mastering the -Du'a-


Rakaman terkini yang telah saya dengar adalah syarahan bertajuk fiqh ad-du'a [فقه الدعاء] oleh Syeikh Abdurrazzaq bin Abdulmuhsin al-'Abbad al-Badr. Padat dengan fakta dan ilmu berguna, memang amat berfaedah untuk didengari. Setakat ini, rakaman syarahan beliau yang saya dengari, saya amat berpuas hati dengan kualiti suara dan isi.

Saya mula meminati syarahan-syarahan oleh syeikh Abdurrazzaq bilamana seorang kawan memberikan satu kaset bertajuk إن السعيد لمن جنب الفتنsyarahan beliau. Menurut sahabat-sahabat lepasan Universiti Islam Madinah, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar universiti dan anak kepada Syeikh Abdulmuhsin bin Al-Abbad Al-Badr.

ِSaya pernah ikuti kursus jangka pendek tentang doa yang disampaikan oleh Syeikh Abu Huzaifah semasa di UIA. Mendengar rakaman syarahan fiqh ad-du'a ini, menambahkan lagi keyakinan saya pada kehebatan amalan berdoa ini. Tambahan pula, semalam saya dikejutkan dengan sebuah sms dari seorang kawan, " ...Sukacita di maklumkn baki hutg anda tlh dilupuskn ... so xde hutg la lg ...". Saya amat bersyukur dan gembira dengan hal ini. Dengan serta merta saya teringat kisah-kisah lama. Kawan saya yang ini, bukan yang pertama menghalalkan hutang saya, sebelum ini pun sudah ada yang berbuat demikian. Nilainya bukanlah berpuluh RM tetapi beratus RM. Bagi saya, nilai ini agak besar. Agaknya inilah hasil doa saya selama ini... Begitu juga doa saya agar urusan nikah saya dimudahkan telah Allah kabulkan. Saya menikah ketika saya belum bekerja. Allah mentakdirkan supaya walimah [kenduri] diadakan dirumah tok dengan biayaan beliau, hafizahallah. Wang mahar pula tajaan ayah Allahu yahfazuhu. Alhamdulillah ...

Seperti mana amalan lain, amat penting untuk belajar dahulu sebelum diamalkan. Tidak cukup jika sekadar ikut-ikut sahaja, sebagaimana halnya ramai orang zaman ini. Kaedah "Doing the Right Things Right" juga perlu diterapkan dalam amalan ibadah seharian kita. Jika tidak, kita berkemungkinan besar membuang masa dengan melakukan sesuatu yang tidak efektif.

Tiada ulasan: