Pada mulanya, untuk tulisan ini saya tajukkan sebagai "Saya dan TV", tetapi setelah sampai ke poin "Jangan Jadi Hamba TV" saya memilih untuk menjadikannya sebagai tajuk. Sebenarnya poin-poin di bawah ini adalah senarai perkara-perkara yang saya fikirkan tentang TV. Mudah-mudahan, ia memberi manfaat buat anda.
- TV as an Idiot Box (TV sebagai peti kebodohan) - Saya masih ingat dalam sebuah kelas ketika pengajian saya di UIAM, pensyarah saya menggelar TV sebagai "Idiot Box". Istilah tersebut bagi saya , menggambarkan yang TV adalah sumber kebodohan. Mungkin ini keterlaluan, tetapi bila difikirkan dan cuba dipadankan dengan kiasan ini, dari satu sudut, ada juga betulnya.
- Siaran Television sebagai salah satu senjata dalam serangan pemikiran. Dalam pelajaran Ghozwul Fikri (Serangan Pemikiran) ada disebutkan antara cara yang digunakan oleh musuh Islam untuk melemahkan umat Islam ialah melalui siaran television yang mana program-programnya telah pun di wujudkan dan disusun untuk tujuan meracuni pemikiran penontonnya.
- Jangan jadi hamba TV. Seorang sahabat saya bercerita tentang kehidupan kanak-kanaknya dengan TV. Ibunya mengawal beliau supaya beliau berpada-pada menonton TV. Katanya, ibunya selalu mengingatkanya supaya "jangan jadi hamba TV!".
- Penggunaan TV boleh di kawal. Abu Saif di dalam blognya pernah menulis tentang TV. Beliau memilih untuk membenarkan anak-anaknya menonton TV tetapi dengan kawalan. Beliau berpendapat bahawa menghalang anak-anak dari menonton TV adalah cara yang tidak bijak kerana TV mungkin hanya tiada di rumah anda tetapi ada di rumah saudara-mara dan rakan taulan yang lain.
- Nilai ekonomi menonton TV. Economic Value atau Nilai Ekonomi adalah satu istilah yang sering digunakan dalam subjek ekonomi. Dalam kes ini, saya ingin gambarkan aktiviti lain yang boleh kita buat pada waktu kita menonton TV, tetapi pada waktu itu kita memilih untuk menonton TV. Antaranya, menambah pahala dengan menuntut ilmu atau mengajar, membaca buku, tidur awal supaya boleh bangun awal dan sebagainya.
- Hebatnya pengaruh TV. Saya merasa kagum dengan anak saudara saya yang petah berbahasa Inggeris walaupun baru darjah satu. Kata ayahnya, anaknya belajar bertutur bahasa inggeris dari TV. Ketika menziarahi seorang kawan, beliau juga hairan terhadap anaknya yang masih belum bersekolah tetapi suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, beliau dan isteri tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur di rumah. Demikianlah hebatnya pengaruh TV.
- Harus menonton TV. Pasti ada program-program TV yang "harus" ditonton, namun ia boleh menjadi alat yang boleh dimanipulasi oleh syaitan dalam usahanya mengganggu manusia. Caranya ialah dengan menyibukkan manusia dengan perkara-perkara yang "harus" dari melakukan perkara lain yang boleh menambah pahala. Sebabnya ialah, masa ialah modal kita. Dengan masa yang telah ditetapkan, kita boleh memilih untuk melakukan sesuatu yang boleh menambah pahala atau melakukan sesuatu yang boleh menambah dosa atau melakukan sesuatu perkara yang tidak menambah pahala atau dosa. Tentu rugi jika kita hanya dapat 0 pahala setiap hari untuk 3 jam menonton TV. Lebih rugi lagi jika kita mendapat -1 "pahala" untuk masa menonton tersebut.
- TV memang ajaib. TV boleh menyiarkan rakaman "aktiviti-aktiviti dalam sebuah bilik orang lain" ke bilik atau rumah kita juga ke restoran dan tempat lain. Satu hari, ketika saya dan pelanggan lain sedang makan tengah hari di sebuah restoran, ditayangkan kepada kami siaran dari dalam bilik seseorang dari negara barat. Terlintas difikiran saya, ajaib sunguh TV ni.
- TV, aurat, muzik dan dot dot dot.
- 1 malam tanpa TV. Rupa-rupanya, banyak perkara bermanfaat yang boleh kita selesaikan jika kita tidak menonton TV.
Saya seperti tidak percaya, yang saya mampu menulis sepanjang ini. Semoga tulisan tentang TV ini boleh membawa kebaikan kepada saya dan anda. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan