Pages

Isnin, 7 Julai 2014

Cara Membantu Arwah Berdasarkan Sunnah #2

[Cara Membantu Si Mati Berdasarkan Sunnah #2]

Bersedekah atas namanya. Dalilnya:

عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ، أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمَّ سَعْدٍ مَاتَتْ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ "‏الْمَاءُ‏"‏. ‏ قَالَ فَحَفَرَ بِئْرًا وَقَالَ هَذِهِ لأُمِّ سَعْدٍ ‏.‏

Dari Sa’d bin ‘Ubadah, beliau telah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Umm Sa’d (ibu kepada Sa’d) telah mati, maka apakah sedekah yang terbaik (untuknya)?” Baginda menjawab: “Air”. Kata Sa’d: “Lalu telah digalilah sebuah perigi”, dan telah berkatalah Sa’d, “ Ini untuk Umm Sa’d”.

(Hadis riwayat Sunan Abi Daud http://sunnah.com/abudawud/9/126 )

Dari hadis ini, Rasulullah menjawab pertanyaan Sa’d bin ‘Ubadah tentang sedekah yang terbaik untuk ibunya yang telah meninggal dunia. Maka Rasulullah menyatakan bahawa air adalah sedekah terbaik. Selain itu, hadis ini juga mengajar kita cara seorang anak berbuat baik kepada ibubapanya setelah mereka meninggal dunia.

Wallahu ‘alam, mungkin kita juga boleh bersedekah apa sahaja yang menjadi keperluan manusia lalu kita sebutkan “Ini untuk ibu atau bapa saya”.

Tiada ulasan: