Pages

Rabu, 6 Ogos 2014

Seorang Mukmin Bukan Pencela dan Pengkeji

[Seorang Mukmin Bukan Pencela dan Pengkeji]

Dari Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda:
ليس المؤمنُ بالطعَّان ، و لا اللعَّانِ ، و لا الفاحشِ ، و لا البذيءِ
Orang mukmin bukanlah seorang pencela, bukanlah pelaknat, bukanlah pengkeji dan bukan juga pelaku perkara yang sia-sia.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan dinilai sahih oleh Al-Albani (237/312))

الطَّعَّانِ
(Pencela), adalah orang yang banyak menyinggung kehormatan orang lain dengan celaan dan umpatan.
اللعَّانِ
(Pelaknat), adalah orang yang mengusir atau menjauhkan orang dari syurga.
الفاحشِ
(Pengkeji), adalah orang yang lidahnya cepat mengucapkan perkataan keji sedangkan dia tidak ingin mengucapkannya, demikian juga perbuatan keji. Al-Hafiz berkata, "Iaitu melampaui batas dalam perkataan buruk. Barangsiapa yang melampaui batas dengan tambahan keburukan di dalam ucapan dan perbuatan, maka dia adalah orang yang keji."
البذيءِ
(Pelaku perkara yang sia-sia). Al-Jauhari berkata, "Iaitu berbicara dengan perkataan yang tidak bermanfaat." Al-Qari berkata, "Iaitu orang yang tidak memiliki malu."

Sumber: Begini Seharusnya Menjadi Guru, Fu'ad bin Abdul Aziz Asy-Syalhub, cetakan ke-7, Darul Haq, Jakarta: 2014, m/s 48.

Tiada ulasan: