Pages

Selasa, 5 Ogos 2014

Bacaan Dalam Solat: Allahu Akbar

الله أكبر


Dimulai solat dengan mengucap Allahu Akbar

Kita memulakan solat dengan lafaz Allahu Akbar (الله أكبر) seperti yang ditunjukkan oleh Nabi, sallallahu 'alaihi wa sallam. Dalilnya, Aisyah Radhiallahu 'anhu menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِ { الْحَمْد لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }1

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam membuka solat baginda dengan bertakbir (mengucap Allahu Akbar) dan bacaan Alhamdulillahi robbil 'Alamin …

Dalam sebuah hadis lain, ketika baginda sallallahu 'alaihi wasallam mengajar seorang lelaki yang salah solatnya, baginda mengatakan:
... إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّر...2
...Apabila kamu bangun untuk solat, maka bertakbirlah...

Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam, juga menyebut:

مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ3
Pembuka solat adalah bersuci dan pengharamnya adalah takbir (ucapan Allahu Akbar) dan penghalalnya adalah taslim (ucapan As-Salamu 'Alaykum)


Terjemahan lafaz secara perkata
الله
Allah
أكبر
Terbesar, paling besar

Maksud lafaz Allahu Akbar

Kalimah Allahu Akbar bermaksud bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih besar dari dari semua perkara yang wujud serta Allah lebih agung, lebih mulia, lebih tinggi dari setiap yang terfikir difikiran atau apa yang terbayang dalam khayalan. Maka, seorang hamba apabila berdiri bermunajat di hadapan Allah ta'ala, menunaikan ibadahnya dan melafazkan kalimah ini hendaklah merealisasikan perasan ini. 4


1Sahih Muslim: 768
2Sunan Abi Daud: 730, Sahih Al-Bukhari: 715
3Sunan Abi Daud: 56
4Fatawa Al-Syabakah Al-Islamiyyah, fatwa no 49147(معنى الله أكبر)

Tiada ulasan: