Cara Membantu Simati Secara Sunnah
No. 1 - Doakan Simati Sebaik Sahaja Dipejamkan Matanya
[versi kemaskini]
Jika
kita sedang berada bersama simati ketika dia menghembuskan nafasnya yang
terakhir, antara usaha untuk membantu seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah dengan mendoakan beliau.
Baginda
menyebut nama simati. Baginda memohon kepada Allah supaya simati diampunkan,
ditinggikan darjatnya, diganti untuk keluarga yang ditinggalkan, diluaskan
kuburnya dan diberi cahaya didalam kubur. Doa baginda,
اَللّهُمَّ اغْفِرْ لأَبِي
سَلَمَةَ،
Ya Allah, berilah ampunan untuk Abu Salamah,
وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي
الْمَهْدِيِّيْنَ،
tinggikanlah darjatnya di tengah golongan
yang mendapat petunjuk,
وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ
فِي الْغَابِرِيْنَ،
jadikanlah (seorang pengganti) untuknya untuk
mengurus keluarga yang ditinggalkannya
وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا
رَبَّ الْعَالَمِيْنَ،
ampunilah kami dan dia wahai Rabb semesta
alam,
وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ
وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ.
serta luaskanlah untuknya dalam kuburnya dan
berilah cahaya untuknya di dalamnya
Ianya
ditunjukkan dalam hadis berikut. Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha seorang sahabat
dari kalangan wanita (kemudian menjadi isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa
sallam) menceritakan saat kematian suaminya Abu Salamah,
دَخَلَ رَسُوْلُ اللهِ صلى
الله عليه و سلم عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ، فَأَغْمَضَهُ، ثُمَّ
قَالَ: إِنَّ الرُّوْحَ إِذَا قُبِضَ، تَبِعَهُ الْبَصَرُ. فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ
أَهْلِهِ. فَقَالَ: لاَ تَدْعُوْا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلاَّ بِخَيْرٍ، فَإِنَّ
الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ. ثُمَّ قَالَ: اَللّهُمَّ
اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ
فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ
الْعَالَمِيْنَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ.
Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam masuk ke rumah Abu Salamah (ketika hari beliau
meninggal dunia), ketikamana matanya masih terbuka, lalu baginda memejamkan
matanya. Kemudian baginda mengatakan, “Sesungguhnya ruh apabila dicabut, maka
mata mengikutinya.” Lalu beberapa orang dari ahli keluarganya menangisinya,
maka baginda bersabda, “Janganlah berdoa untuk diri kalian kecuali dengan
kebaikan. Ini adalah kerana, para malaikat akan mengaminkan apa yang kalian
ucapkan.” Kemudian baginda mengucapkan, “Ya Allah, berilah ampunan untuk Abu
Salamah, tinggikanlah darjatnya di tengah golongan yang mendapat petunjuk,
jadikanlah (seorang pengganti) untuknya untuk mengurus keluarga yang
ditinggalkannya, ampunilah kami dan dia wahai Rabb semesta alam, serta
luaskanlah untuknya dalam kuburnya dan berilah cahaya untuknya di dalamnya.”[1]
Moga
kita diberi taufiq untuk beramal dengan amalan ini dan juga didoakan dengan doa
ini ketika tiba ajal kita nanti. Amin.