Pages

Selasa, 4 Ogos 2015

Segera Doakan Dia Jika Dia Minta Doakan Dan Boleh Menambah Doa Kebaikan Yang Lain Juga

Cara Membantu Si Mati Secara Sunnah
No.9 - Segera Doakan Dia Jika Dia Minta Doakan Dan Boleh Menambah Doa Kebaikan Yang Lain Juga

Jika Simati memesan agar kita mendoakan beliau, segeralah berdoa untuknya sebaik sahaja menerima pesanan tersebut. Ia pernah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda tidak menangguhkannya bahkan baginda menambah doa kebaikan yang lain juga selain apa yang diminta.

Seorang sahabat Nabi yang dikenali sebagai Abu ‘Aamir Al-Asy’ari telah meminta agar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam agar memohon ampun untuk beliau. Beliau telah mengutuskan pesanan ini melalui anak saudara beliau Abu Musa Al-Asy’ari sejurus sebelum beliau wafat dalam peperangan Hunain. Kata beliau,
يَا ابْنَ أَخِي انْطَلِقْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَقْرِئْهُ مِنِّي السَّلاَمَ وَقُلْ لَهُ يَقُولُ لَكَ أَبُو عَامِرٍ اسْتَغْفِرْ لِي
“Wahai anak saudaraku! Pergilah kepada Rasulullah, kemudian sampaikan  kepadanya salam dariku dan beritahu padanya, Abu ‘Aamir berkata kepadamu, “Mohonlah ampun buatku!”

Abu Musa telah menyampaikan pesanan tersebut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebaik sahaja mendengar pesanan tersebut, Rasulullah kemudiannya meminta diambilkan air, lalu baginda berwudhu dengannya, lantas baginda mengangkat tangan berdoa (hingga Abu Musa terlihat putihnya ketiak Baginda),
‏‏اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ،
Ya Allah, Ampunilah untuk ‘Ubayd Abu ‘Aamir.
‏اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِكَ أَوْ مِنَ النَّاسِ
Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat berada di atas kebanyakan dari makhlukmu atau dari manusia. (Rujuk Sahih Muslim, no. 2498)

Tiada ulasan: