Pages

Memaparkan catatan dengan label Download-buku-PDF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Download-buku-PDF. Papar semua catatan

Rabu, 17 Ogos 2011

Sifat Isteri Solehah Waspada Dengan Tipudaya Syaitan


Alhamdulillah, syukur atas nikmat-nikmat yang dinikmati hingga saat ini.

Kali ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca sekalian satu dari sifat isteri solehah seperti yang dikongsikan oleh Syaikh Prof. DR. Abdur Rozzaq bin Abdul Muhsin Al Badr hafidzohumallah dalam buku kecilnya Sifat Az-Zawjah As-Solehah.


Tentang buku
Buku ini, walaupun kecil dan nipis (tak sampai 50 mukasurat), mengandungi panduan berguna dan praktikal bagi semua golongan masyarakat yang ingin melahirkan isteri-isteri solehah. Jika anda seorang bapa atau ibu kepada anak perempuan, guru yang mengajar murid-murid atau pelajar perempuan, ketua kampung dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung mendidik seorang perempuan, maka bacalah buku ini.


Isteri solehah berwaspada dari kejahatan syaitan
Salah satu sifat yang perlu disifati oleh seorang isteri ialah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dari kejahatan syaitan. Kerja penting syaitan dalam kehidupan ini ialah merosakkan semua kebaikan-kebaikan yang ada. Untuk mencapai matlamat tersebut, setiap hari ada utusan dan tentera yang dihantar kepada kita demi untuk menyempurnakan tugasan tersebut. 

Dengan sebab itu, setiap hari muncul kerosakan-kerosakan dari segi akhlak, perhubungan antara ibubapa dan adik beradik, perhubungan kejiranan dan kawan-kawan, perhubungan antara suami isteri dan sebagainya.

Singgahsana iblis
Mari kita teliti sebuah hadith dari kitab Sahih Muslim ini, dari Jabir radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ إِبْلِيْسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ
Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut) kemudian ia mengutus bala tenteranya...

Maksudnya: iblis menghantar tenteranya untuk membuat kerosakan.

فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً
...maka yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar fitnahnya.

Maksudnya: yang paling rapat dengan iblis adalah yang paling hebat mengacau atau membuat kerosakan pada manusia.

يَجِيْءُ أَحَدُهُمْ

...Datanglah salah seorang dari bala tenteranya...

Maksudnya: salah seorang dari tentera yang dihantar tersebut datang kepada iblis.

فَيَقُوْلُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُوْلُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيْءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُوْلُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيْهِ مِنْهُ
...lalu berkata, “Aku telah melakukan begini dan begitu”. Iblis berkata, “Engkau sama sekali tidak melakukan sesuatupun”. Kemudian datang yang lain lagi dan berkata, “Aku tidak meninggalkannya (orang yang ia goda -pent) hingga aku berjaya memisahkan antara dia dan isterinya. Maka Iblis pun mendekatinya...

Maksudnya: Iblis mendekati syaitan yang berjaya memisahkan sepasang suami isteri tersebut.

وَيَقُوْلُ نِعْمَ أَنْتَ
...dan berkata, “Sungguh hebat engkau”
[HR Muslim IV/2167 no 2813]

Menurut Al-A'masy (seorang ulama), syaitan selalu bersama (rapat) dengan tenteranya yang berjaya memisahkan antara seorang isteri dengan suaminya.

Maka para isteri dan juga suami, perlu sedar akan hal ini, berwaspada serta sentiasa berjaga-jaga dan mencari jalan untuk menghadapai musuh yang tidak boleh dilihat dengan mata dan boleh bergerak dalam tubuh kita melalui salur darah dan urat-urat kita. Musuh kita ini sentiasa membuat perancangan untuk merosakkan kita, menggoda, menghasut, menimbulkan syak wasangka dan seumpamanya demi merosakkan perhubungan dan menimbulkan kebencian dalam hati kita tanpa kita sedari.

Perisai muslim
Dengan sebab itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajar kita bacaan-bacaan, sebagai perisai, ketika masuk ke rumah, ketika bersama antara suami isteri, ketika makan, ketika marah dan dalam semua keadaan yang diperlukan demi melindungi diri kita dari kerosakan yang disebabkan oleh musuh kita tersebut.

Sumber: Digital Mukmin
Selain itu, kita perlu membenteng diri kita dengan membaca zikir-zikir dan doa-doa seperti yang diajar oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, membaca al-Quran dan sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah Azza Wa Jalla serta menjaga ibadah kita.

Justeru, antara sifat yang perlu ada pada seorang isteri solehah ialah berwaspada dan berhati-hati dari tipudaya, hasutan, godaan dan bisikan-bisikan yang boleh merosakkan perhubungannya dengan suami dan memusnahkan rumahtangganya.

Telah banyak rumahtangga dan keluarga yang berpecah-belah yang tak boleh diperbaiki lagi akibat mengikut telunjuk dan bisikan syaitan. Alangkah bagusnya, jika setiap suami isteri memohon perlindungan Allah dari hasutan syaitan dan menghindari godaan-godaannya agar perpisahan tersebut tidak berlaku.

Kerana taatkan syaitan, rumahtangga berantakan sedangkan perosak dari kalangan syaitan ini pergi bertemu iblis untuk mendapatkan ganjarannya iaitu "dapat rapat dengan iblis" hasil kejayaannya memisahkan isteri dari suaminya. 


Pengalaman syaitan
Di sini perlu kita sedar bahawa musuh kita ini ialah musuh yang sangat berpengalaman. Kita sangat mengkagumi seseorang yang mempunyai pengalaman berpuluh-tahun dalam sesuatu bidang. Kita juga perlu kagum dengan pengalaman musuh kita ini. Iblis mempunyai pengalaman ribuan tahun, bukan hanya puluhan tahun, sejak zaman awal ciptaan manusia lagi iblis telah melakukan perkara ini. Lebih dari jutaan bilionan manusia yang telah tewas.  Jadi, sangat perlu bagi rumahtangga muslim untuk memelihara dan melindungi diri mereka dari menjadi mangsa syaitan yang seterusnya.


Semoga anda telah belajar sesuatu dari tulisan ini dan kongsikanlah ia dengan rakan taulan anda. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan memelihara kita dari kejahatan syaitan. Amin.

[Sila lawat laman web Dr Abu Anas untuk muatturun rakaman mp3 pengajian buku himpunan doa dan zikir Perisai Muslim. Jika anda menghadapi kesukaran untuk muatturun, tinggalkan alamat atau email di bahagian “comment”, inshaAllah saya poskan CD MP3 nya, PERCUMA]

Rujukan:
  1. Sifat al-Zawjah al-Solehah oleh Prof Dr Abdurrozzaq Al-Badr
  2. Suami Sejati ( bag 16), "Kesabaran Karena Allah Mendatangkan Banyak Kebaikan" oleh Ustaz Firanda




Jumaat, 6 Februari 2009

Kajian tentang TV dan kesannya pada masyarakat kita [Islam]



Harini, masa tengah periksa koleksi buku elektronik perpustakaan kami, saya terjumpa buku ini:

الفضائيات و تأثيرها على مجتمعنا

1-2-3-4-5-6-7

Saya sebenarnya tak berpuas hati dengan kualiti e-book ni. Ia seolah-olah di PDF kan dari dokumen biasa. Setelah mencari-cari naskah PDF lain berbentuk buku yang di scan, saya hanya menjumpainya dalam bentuk html/web di laman - صيد الفوائد -

Setelah membelek-belek tulisan ini, kesimpulan saya, kajian ini biar apa pun bentuknya, ia adalah satu kajian yang bagus dan patut ada di perpustakaan kami.

Sayangnya, ia berbahasa arab ..

Beberapa point menarik dari kajian tersebut ialah
  1. Komen penulis tentang tangisan seorang gadis yang terlalu sedih dengan kekalahan idola nya dalam satu pertandingan  yang lekeh. 
  2. TV akan jadi ikutan anak-anak jika ibubapa alpa.
  3. TV "meredupkan" hubungan kekeluargaan.


اللهم أعنا على ذكرك و شكرك و حسن عباداتك

Selasa, 20 Januari 2009

Kitab Al-Mufassal Fi Ahkam al-Mar-ah

---------------------------------------------------------------
المفصل في أحكام المرأة و البيت المسلم في الشريعة الإسلامية للدكتور عبد الكريم زيدان
-------------------------------------------------------------


Bismillah ...

Kitab ini adalah karya Dr Abdul Karim Zaidan hafizahullah. Selain dari kitab berjilid ini, beliau juga menulis beberapa lagi buku lain dalam bidang fiqh, antaranya:
  1. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh [الوجيز في أصول الفقه] - kitab ni menjadi salah satu rujukan penting pelajar fiqh dan usul fiqh. *teringat masa meniaga kat UIA dulu, ramai student cari kitab ni.
  2. Al-Madkhal li Dirasah al-Syari'ah [المذخل لدراسة الشريعة]
Hasil-hasil tulisan beliau mengambarkan tahap keilmuan beliau dalam bidang usul fiqh.

Kitab Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah telah diterjemah ke bahasa indonesia dengan tajuk Ensiklopedi Fiqh Wanita. Dari tajuk kitab, boleh diandaikan isi kandungan kitab ini dari segi keluasan perbahasan fiqhnya merangkumi hampir semua hukum berkaitan peribadi wanita islam dan keluarga islam. Dalam muqaddimah kitab ini, beliau mengulas isu wanita secara ringkas dan merumuskan bahawa semua permasalahan berkaitan wanita telah pun diterangkan penawarnya oleh pencipta manusia melalui Quran dan Sunnah. Melalui kitab ini, beliau cuba susunkan hukum-hukum dari Quran dan Sunnah beserta tarjih pendapat-pendapat ulama bagi memudahkan kaum wanita [dan lelaki] dan ahli keluarga mereka memahami dan mempraktik penawar yang telah ada dari Quran dan Sunnah.

Jika dibandingkan antara kitab ini dan kitab Fiqhul Islam wa Adillatuhu, menurut syeikh saya, kitab ini menghimpunkan juga beberapa pendapat ulama beserta dengan trjih dari penulisnya sedangkan kitab Fiqhul Islam wa Adillatuhu, penulisnya hanya menghimpunkan pendapat ulama tanpa mentarjihkannya.

Kebetulan, harini saya terjumpa kitab ni. Bagi sesiapa yang ingin download sila ke link ini:
http://www.archive.org/details/mfslam_579

Sayangnya, orang yang upload kitab ni, tidak menulis keyword yang sesuai bagi memudahkan orang lain mencarinya. Kalau antum cari sendiri dalam Internet Archive ni, rasanya takkan jumpa. Hari ini, saya masukkan tajuk buku dan nama penulis dalam ruangan reviews. Mudah-mudahan ia akan memudahkan pencarian buku ini.





Khamis, 18 Disember 2008

Kitab PDF: أين نحن من أخلاق السلف


Kitab ni, pertama kali saya jumpa masa kawan saya abu ubaidah abdulrazak balik dari Mekah. Beliau dan beberapa kawan lain ke sana untuk sesi rombongan sambil belajar. Banyak jugak kitab-kitab yang dibawa pulang. Antaranya kitab Majmu' Fatawa Ibn Taymiyyah. Kitab ini, menurutnya, diwakafkan [untuk muslimin ambil manfaat darinya]. Lalu ia diletakkan di rak Masjid UIA. Taktau lah apa dah jadi pada kitab tu ... dah takda pada tempatnya ...
Berkenaan kitab Ayna Nahnu min Akhlaki al-Salaf pula, saya berjaya buat satu salinan. Malangnya, kitab tu dah hilang. Alhamdulillah dengan kemudahan internet ni ... saya dapat balik satu salinan kitab tersebut. Jika anda juga berminat, sila download di sini: Download kitab . Link ni saya ambil dari Multaqa Ahl-Hadeeth .
Kitab ini sebenarnya adalah ringkasan tentang akhlak sahabat berdasarkan kitab Siyar A'lam AnNubala, karya Imam AzZahaby dan kitab Sifatu alSofwah oleh Imam Ibnul Jawzi.