Pages

Memaparkan catatan dengan label Etika Makmum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Etika Makmum. Papar semua catatan

Rabu, 16 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #5: Menyebut "Sami’allaahu li-man hamidah" Adalah Tugas Imam

[Etika Sebagai Makmum #5]


Apabila imam berkata : ‘sami’allaahu li-man hamidah’, maka sebagai makmum ucapkanlah : ‘rabbanaa lakal-hamdu’. Makmum tidak perlu mengucapkan ‘sami’allaahu li-man hamidah’ kerana ia adalah tugas imam. Dalilnya:


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:


إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا، فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا، وَإِذَا قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا: رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ


“Imam itu dijadikan hanya untuk diikuti. Apabila dia solat secara berdiri, maka kalian solatlah secara berdiri. Apabila dia rukuk, maka kalian rukuklah. Apabila dia mengangkat kepala, maka angkatlah kepala kalian. Apabila dia mengucapkan : ‘sami’allaahu li-man hamidah(Semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya), maka ucapkanlah : ‘rabbanaa walakal-hamdu(Ya Rabb kami, milik Engkaulah segala pujian).....”
(Hadis riwayat Bukhari: http://sunnah.com/bukhari/10/126)


Rujukan:


  1. al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013
  2. Abul-Jauzaa', Apakah Makmum Juga Membaca ‘Sami’allaahu li-Man Hamidah’ ? http://goo.gl/dKH9AY    


[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE]


Sumbangan untuk aktiviti dan pembangunan surau:~
Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN

Selasa, 15 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #4: Bantulah Imam Bila Perlu

[Etika Sebagai Makmum #4]


Memperdengarkan suara Takbir imam ketika diperlukan. Dalilnya, seperti yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu ‘anhu:


عَنْ جَابِرٍ، قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الظُّهْرَ وَأَبُو بَكْرٍ خَلْفَهُ فَإِذَا كَبَّرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَبَّرَ أَبُو بَكْرٍ يُسْمِعُنَا ‏.


Jabir dia berkata; "Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam shalat Zhuhur bersama kami dan Abu Bakar berada di belakang beliau. Bila Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bertakbir, maka Abu Bakar ikut bertakbir untuk memperdengarkan (takbir Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam) kepada kami."
(Hadis riwayat An-Nasa-i: http://sunnah.com/nasai/10/22)


Dalam riwayat Bukhari dan Muslim menunjukkan bahawa baginda Nabi Shallallahu'alaihi wasallam ketika itu sedang sakit, lalu baginda mengarahkan Abu Bakar untuk mengimamkan solat. Namun setelah baginda mampu untuk solat, baginda keluar dengan dibantu oleh dua orang lelaki. Setelah itu, Baginda duduk disebelah Abu Bakar dan setelah itu Nabi Shallallahu'alaihi wasallam mengimami manusia, manakala Abu Bakar memperdengarkan takbir Baginda kepada mereka.




Rujukan:


al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013

[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE]


Sumbangan untuk aktiviti dan pembangunan surau:~
Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN

Isnin, 14 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #3: Tunggulah Imam

[Etika Sebagai Makmum #3]


Jika Imam belum masuk masjid, lalu iqomah dikumandangkan, maka janganlah bangun berdiri sehinggalah kalian melihat Imam datang.


Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَلاَ تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي


“Apabila dikumandangkan iqamah, janganlah kalian berdiri, hingga kalian melihatku.” 



Rujukan:


  1. al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013


  1. Konsultasi Syariah, Kapan Makmum Mulai Berdiri Ketika Mendengar Iqamah? Baca selanjutnya: http://goo.gl/3RKAJQ


[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE]


Sumbangan untuk aktiviti dan pembangunan surau:~
Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN]

Ahad, 13 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #2: Berdirilah Sebelum Ruku'

[Etika Sebagai Makmum #2]


Tidak boleh rukuk sebelum berdiri di dalam saf. Dalilnya:


حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، عَنِ الأَعْلَمِ ـ وَهْوَ زِيَادٌ ـ عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، أَنَّهُ انْتَهَى إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَهْوَ رَاكِعٌ، فَرَكَعَ قَبْلَ أَنْ يَصِلَ إِلَى الصَّفِّ، فَذَكَرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏ "‏ زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا وَلاَ تَعُدْ ‏"‏‏.‏


Telah menceritakan kepada kami Muusaa bin Ismaa’iil, dia berkata : Telah menceritakan kepada kami Hammaam, dari Al-A’lam, yaitu Ziyaad, dari Al-Hasan, dari Abu Bakrah : Bahawasannya beliau datang kepada Nabi [sallallaahu ‘alaihi wa sallam] yang waktu itu baginda dalam keadaan rukuk. Maka Abu Bakrah rukuk sebelum sampai kepada saf. Disebutkanlah hal itu kepada Nabi [sallallaahu ‘alaihi wa sallam], lalu baginda bersabda : “Semoga Allah menambahkan semangatmu/keinginan kuatmu, akan tetapi jangan engkau ulanginya”.
(Hadis riwayat Bukhari: http://sunnah.com/bukhari/10/178)



Rujukan:


1. al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013.


2. Abu Ayaz, Makmum Mendapatkan Ruku’ Imam, Apakah Terhitung Mendapatkan Pahala? Baca Selanjutnya: http://goo.gl/7cW1KZ

[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE | Untuk menyumbang:~Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN]

Sabtu, 12 Julai 2014

Etika Sebagai Makmum #1: Jangan Tergesa-gesa Menuju Solat

[Etika Sebagai Makmum #1]


Apabila mendengar iqomah maka janganlah tergesa-gesa, tetapi haruslah tenang dan khusyu’.


Dari Abu Hurairah [radhiyallahu ‘anhu], Nabi [sallallahu ‘alaihi wa sallam] bersabda,


إِذَا سَمِعْتُمُ الإِقَامَةَ فَامْشُوا إِلَى الصَّلاَةِ ، وَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ وَالْوَقَارِ وَلاَ تُسْرِعُوا ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا


Apabila kalian mendengar iqomah, maka berjalanlah menuju solat. Dan hendaklah kamu tetap tenang dan khusyu’ menuju solat, jangan tergesa-gesa. Apa pun yang kalian dapati dari imam, maka ikutilah. Sedangkan apa yang luput/tertinggal dari kalian, maka sempurnakanlah.
(Hadis riwayat Bukhari: http://sunnah.com/bukhari/10/33)

" إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ عَلَيْكُمُ السَّكِينَةُ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا "


“Apabila solat telah didirikan(telah dilaungkan iqomah), janganlah kalian mendatanginya sambil berlari. Datangilah dengan berjalan. Hendaklah kalian tenang. Apa yang kalian dapatkan (raka’atnya), maka solatlah, dan apa yang kalian tertinggal (raka’atnya), maka sempurnakanlah.
(Hadis riwayat Bukhari: http://sunnah.com/bukhari/11/32)

Rujukan: al-Qahthani, Sa’id bin Ali bin Wahf, Etika Imam dan Makmum di Dalam Shalat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, Bogor: Pustaka Ibnu Umar, 2013


[PROJEK SEBARAN ILMU | SURAU LA COTTAGE]
Sumbangan untuk aktiviti dan pembangunan surau:~
Bank: CIMB, No. Akaun: 1253-0002714-20-3, Nama pemegang amanah: ZAMRI BIN SUKAR, ZULKARNAIN BIN OTHMAN, FARIDIL ATRAH BIN SAMSUDIN]