Pages

Rabu, 31 Disember 2008

Mengucapkan Tahniah Sempena Tahun Baru Hijrah


Baru sebentar tadi, di akhir perbualan dengan seorang pelajar, dia mengucapkan HAPPY NEW YEAR kepada saya. Tak tau nak jawab macam mana. Saya sudah sedia maklum dengan pendirian kebanyakan ulama dan para penuntut ilmu [yang saya kenal] yang membenci perkara-perkara yang tidak berasal dari sumber Islam yang tulen. Setelah beberapa saat berfikir, lalu saya membalasnya dengan senyuman.

Sekejap tadi, kebetulan ketika membelek-belek RSS Islam QA melalui google reader, saya terjumpa fatwa tentang perkara di atas. Betullah, seperti yang telah saya maklum, adalah dibenci meniru-niru amalan-amalan kaum orang-orang kafir. Namun, Syeikh Ibn Uthaymeen berpendapat, perlu menjawab ucapan tahniah tersebut dengan baik walaupun pada asalnya, tak boleh kita memulakan ucapan tersebut. Beliau mencadangkan ucapan jawab berbentuk doa: "Mudah-mudahan Allah jadikan ia, tahun yang baik dan diberkati buat anda".

Tiada ulasan: