Pages

Memaparkan catatan dengan label Bacaan Dalam Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bacaan Dalam Solat. Papar semua catatan

Khamis, 9 Oktober 2014

Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #6: Doa dengan ikhlas ketika solat untuknya

Doakan buat simati dengan ikhlas ketika bersolat untuknya. Rasulullah pernah berpesan akan hal ini seperti yang disampaikan oleh Abu Hurairah dalam hadis berikut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوا لَهُ الدُّعَاءَ ‏"‏ ‏.‏

Dari Abu Hurairah, katanya, "Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam berkata, "Jika kalian solat ke atas mayyit, maka ikhlaskanlah buatnya doa.""

Dari itu, ini menjadi sebab yang penting untuk kita mempelajari solat jenazah serta doa-doanya supaya kita mampu untuk membantu kaum muslimin terutamanya dari kalangan keluarga, jiran dan kawan kita.


----

Membantu Mayit Secara Sunnah

Khamis, 2 Oktober 2014

Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit tu

تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ أَنَا ذَلِكَ الْمَيِّتَ

Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit tu

.....

Seorang sahabat nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, 'Auf bin Malik, merasa teruja dengan doa yang diucapkan oleh Rasulullah ketika menunaikan satu solat jenazah:



عَنْ حَبِيبِ بْنِ عُبَيْدٍ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، سَمِعَهُ يَقُولُ سَمِعْتُ عَوْفَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى جَنَازَةٍ فَحَفِظْتُ مِنْ دُعَائِهِ وَهُوَ يَقُولُ ‏ "‏ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ أَنَا ذَلِكَ الْمَيِّتَ ‏.


Dari Habib bin 'Ubaid, dari Jubair bin Nufair, Habib telah mendengar Jubair berkata: Aku telah mendengar 'Auf bin Malik, berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah solat ke atas satu jenazah, maka aku telah menghafal dari do'a baginda. Baginda mengucapkan: "Ya Allah, berilah ampunan kepadanya, kasihanilah dia, maafkanlah dia dan selamatkanlah dia. Muliakanlah saat turunnya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburannya). Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari kekotoran sepertimana kau bersihkan baju putih dari kotoran. Gantikanlah dia, rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur atau dari azab Neraka." 'Auf berkata; "Sehingga Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit (yang didoakan) itu."

Apakah yang diminta oleh Rasulullah dari doa tersebut?

  1. Ampunan kepada simati
  2. Kasihani simati
  3. Maafkan simati
  4. Selamatkan simati
  5. Muliakan simati, ketika turunnya
  6. Luaskan tempat masuk simati
  7. Mandikan simati dengan 3 jenis air
  8. Bersihkan simati
  9. Gantikan rumah yang lebih baik
  10. Gantikan keluarga yang lebih baik
  11. Gantikan pasangan yang lebih baik
  12. Masukkan ke syurga
  13. Lindungan dari azab kubur
  14. Lindungan dari azab neraka
SubhanAllah! patutlah 'Auf bin Malik, radhiallahu 'anhu mengucapkan: "Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit tu"


Selasa, 5 Ogos 2014

Bacaan Dalam Solat: Allahu Akbar

الله أكبر


Dimulai solat dengan mengucap Allahu Akbar

Kita memulakan solat dengan lafaz Allahu Akbar (الله أكبر) seperti yang ditunjukkan oleh Nabi, sallallahu 'alaihi wa sallam. Dalilnya, Aisyah Radhiallahu 'anhu menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِ { الْحَمْد لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }1

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam membuka solat baginda dengan bertakbir (mengucap Allahu Akbar) dan bacaan Alhamdulillahi robbil 'Alamin …

Dalam sebuah hadis lain, ketika baginda sallallahu 'alaihi wasallam mengajar seorang lelaki yang salah solatnya, baginda mengatakan:
... إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّر...2
...Apabila kamu bangun untuk solat, maka bertakbirlah...

Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam, juga menyebut:

مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ3
Pembuka solat adalah bersuci dan pengharamnya adalah takbir (ucapan Allahu Akbar) dan penghalalnya adalah taslim (ucapan As-Salamu 'Alaykum)


Terjemahan lafaz secara perkata
الله
Allah
أكبر
Terbesar, paling besar

Maksud lafaz Allahu Akbar

Kalimah Allahu Akbar bermaksud bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih besar dari dari semua perkara yang wujud serta Allah lebih agung, lebih mulia, lebih tinggi dari setiap yang terfikir difikiran atau apa yang terbayang dalam khayalan. Maka, seorang hamba apabila berdiri bermunajat di hadapan Allah ta'ala, menunaikan ibadahnya dan melafazkan kalimah ini hendaklah merealisasikan perasan ini. 4


1Sahih Muslim: 768
2Sunan Abi Daud: 730, Sahih Al-Bukhari: 715
3Sunan Abi Daud: 56
4Fatawa Al-Syabakah Al-Islamiyyah, fatwa no 49147(معنى الله أكبر)