لَهْو الْحَدِيْث
لهو =hiburan (eAl-Qamus)
الحديث =percakapan, suara yang boleh didengari (Kamus Al-Maany)
Syeikh Abdullah Basmeih menterjemahkan dua perkataan ini sebagai cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan.
Dua perkataan ini disebut dalam surah Luqman ayat 6:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Para ulama dikalangan sahabat Nabi radiallahu 'anhum, seperti yang terdapat dalam tafsir-tafsir mu'tabar, mentafsirkan sebagai muzik. Antaranya, dalam Tafsir Ibn Kathir, Ibn Mas'ud, Ibn 'Abbas, Jabir dan Ikrimah. Mereka mengatakan لهو الحديث ialah muzik.
Selain itu, ada juga ulama yang mentafsirkannya sebagai antaranya:
percakapan yang batil yang membawa mudarat
syirik
Imam Ibn Kathir menyebutkan beberapa perkara menarik dalam tafsiran beliau ke atas surah Luqman ayat ke 6 tersebut. Antaranya:
Apabila Allah menyebut tentang keadaan orang-orang yang berbahagia iaitu orang yang mengambil kitab Allah sebagai panduan dan mendengarnya supaya dapat diambil manfaat darinya, Allah juga menyebut keadaan orang-orang yang sebaliknya.Ada manusia yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, mereka berpaling dari mendengarnya kepada mendengar لهو الحديث.
Zaman kita kita ini, jika kita ikutkan tafsiran para sahabat seperti di atas, iaitu muzik, hanya orang yang dirahmati Allah sahajalah terselamat dari mendengar muzik. Kebanyakan rumah, tidak boleh tidak, mesti ada tv. Dan setiap tv ada muzik.
Moga Allah jadikan kita dalam golongan orang yang berhibur dengan Quran dan beramal dengan suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan