Pages

Jumaat, 12 Ogos 2011

Luruskan saf

Kata Anas bin Malik , "dulu setiap kami (melekatkan) bahu kami pada bahu kawan disebelah kami dan kaki kami pada kaki kawan tersebut"

Ahad, 8 Mei 2011

Jauhkan Kesalahan seperti Jauhnya Antara Timur dan Barat


Sumber: واحتي الإسلامية

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، قَالَ: كَانَ رَسُولُ صلى الله عليه وسلم إِذَا كَبَّرَ فِي الصََّلاةِ سَكَتَ هُنَيَّةً قَبْلَ أَنْ يَقْرَأَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي! أَرَأَيْتَ سُكُوتَكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ، مَا تَقُولُ؟ قَالَ: أَقُولُ:
((اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ )).


Maksud hadis:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: Apabila Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam takbir di dalam solat, beliau diam sejenak sebelum membaca [Al Fatihah]. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang engkau ucapkan ketika engkau diam antara takbir dan bacaan [Al Fatihah]? Beliau menjawab: “Aku mengucapkan: ((Ya Allah, jauhkanlah antaraku dan antara kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana baju yang putih dibersihkan dari noda kotoran. Ya Allah, cucikanlah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan salju, air, dan embun)).

Hadis Riwayat Imam AlBukhari (744) dan Imam Muslim (598), lafaznya dari Muslim.
Lafaz Riwayat AlBukhari, sumber gambar: منتدي مسلم طبيب 

Catatan:

Kenapa perlu minta dijauhkan kesalahan seperti jauhnya timur dan barat? Logiknya, mungkin kerana timur tak mungkin bertemu dengan barat. Barat tak mungkin berkumpul dengan timur. Timur dan barat tak mungkin bersatu. Kata Syeikh Majdi, dibandingkan dengan timur dan barat untuk menunjukkan [tersangat jauhnya] kerana tiada permandangan sejauh permandangan antara timur dan barat (Syarah Hisnul Muslim).

Saya rasa masih ramai rakyat Malaysia yang belum mempelajari doa ini. Saya juga hanya mempelajarinya ketika saya masih menuntut di UIA. Selain doa ini terdapat banyak lagi doa lain yang dibaca di dalam solat yang mana bila sudah membacanya, biasanya, kita takperlu lagi berdoa selepas memberi salam diakhir solat. 

Doa ini ada dikumpulkan dalam buku kecil himpunan doa dan zikir menurut Quran dan Sunnah yang masyhur dengan tajuk Hisnul Muslim oleh Sheikh Dr. Said Bin Ali Wahf al-Qahtani. Buku ini telah diterjemahkan dengan tajuk Perisai Muslim oleh antaranya, Dr Abdul Basit Haji Abdul Rahman, Ustaz Baharudin Ayudin. Dan telah dicetak oleh antaranya syarikat Telaga Biru dan Percetakan Salafi.

Maklumat berkaitan:

Untuk maklumat lain berkaitan doa di atas sila rujuk link berikut:

Rujukan:


  1. Syarah Hisnul Muslim min Azkar Al-Kitab wa Al-Sunnah li Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf Al-Qahtani oleh Majdi bin Abdul Wahab Ahmad, edaran Muassasah Al-Juraisi, 1427H, m/s 85.
  2. Dzikir Istiftah (memulai sholat) dari blog Pesantren Islam Al- Irsyad
  3. Al-Mausu'ah Al-Hadisiah dari laman web Al-Durar Al-Sunniyah


Sabtu, 12 Mac 2011

Solatlah Dua Rakaat Jika Anda Masuk Masjid



إذا دخل أحدكم المساجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين
Maksud hadis:
Dari Abu Qatadah Al-Harith bin Rab'iy Al-Ansory Radiallahu 'anhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam: Jika seorang dari kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sehingga dia solat dua rakaat. (Hadis Sahih Bukhari no 533, 534, 536 dan Muslim no 615, 617).
Penjelasan hadis:
Suatu hari ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam sedang berkhutbah di Masjid Nabawi pada hari Jumaat, Sulaik Al-Ghathafani telah masuk lalu duduk. Lantas baginda menyuruh beliau bangun dan solat dua rakaat. Kemudian baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam memberitahu beliau bahawa masjid-masjid memiliki kesucian dan kehormatan, bagi masjid hak tahiyyat terhadap sesiapa yang memasukinya iaitu tidak duduk [di dalamnya] kecuali setelah solat dua rakaat. 
Dengan sebab itu baginda tidak memberi kesempatan, walaupun untuk duduk mendengar khutbah Jumaat dari mulut baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam. 
Antara faedah hadis:
Menurut Syeikh Abdullah Al-Bassam, kita digalakkan memasuki masjid dalam keadaan berwuduk supaya kita tidak terlepas peluang dari mengerjakan solat tahiyat al-masjid  dan kita boleh solat bila-bila masa pun ketika memasuki masjid walaupun ketika waktu-waktu yang dilarang solat kerana keumuman hadis tersebut
Rujukan:
  1. Taisirul-Allam Syarh Umdatul Ahkam oleh Syaikh Abdullah bin Abdullah bin Abdurrahman bin Soleh Ali Bassam, cetakan Darul 'Asimah, Riyadh 2005, jilid 1, ms227-229. 
  2. Shalat Tahiyatul Masjid oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman bin Shalih Ali Bassam, al-manhaj.or.id

Isnin, 14 Februari 2011

Alat Bantu Belajar Untuk Hafal Hadis

Bismillah...

Baru-baru ini seorang kawan bernama Daud telah memperkenalkan kepada saya laman web http://www.albetaqa.com/ . Ketika itu, beliau sedang memuat turun fail-fail "Flash Card" dari laman web tersebut. Katanya, hadis-hadis yang pendek-pendek di gayakan dengan menarik dalam bentuk kad. Ia memudahkan hafalan.

Setelah memeriksa laman tersebut, saya bersetuju dengan kata-kata Daud. Memang menarik dan boleh membantu hafazan. Bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit yang boleh membaca fail JPG juga digalakkan untuk menyimpan fail-fail tersebut di dalamnya. Mudahlah untuk dibawa ke mana-mana untuk dibaca atau dihafaz. 

Berikut adalah beberapa contoh Flash Card untuk tatapan antum.

 

Hadis tentang silaturrahmi

Hadis tentang galakan menyambung silaturrahim

Hadis tentang galakan isteri berhias untuk suami

Hadis tentang galakan isteri berhias untuk suami
Kejiranan

Hadis tentang galakan berbuat baik terhadap jiran

Ahad, 23 Januari 2011

Bersangka Baiklah dengan Saudaramu

Bismillah...



Sebelum ini, saya pernah menukilkan satu dari cara mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam iaitu “berdiam diri”. Satu lagi cara yang dibawakan oleh Shaikh 'Abdul-Muhsin Al-'Abbaad dalam risalah bertajuk رفقا أهل السنة بأهل السنة [Bersikap Lembutlah Terhadap Sesama Ahlus Sunnah] ialah dengan “Bersangka Baik”. Di sini saya telah salin dan suntingkan dari terjemahannya yang berbahasa Indonesia bertajuk Hukum Berburuk Sangka Dan Mencari-cari Kesalahan.



Kebaikan bersangka baik



Sebelum anda membaca tulisan tersebut, saya kongsikan di sini beberapa kebaikan “berbaik sangka” yang boleh saya difikirkan :
  1. Hati merasa tenang (tidak tertekan), berbeza keadaannya ketika bersangka buruk.
  2. Mengeratkan silaturahim sesama Islam kerana bersangka baik boleh menghapuskan permusuhan dan kebencian
  3. Bersangka buruk boleh mengelakkan dosa mengumpat dan fitnah
  4. Tidak membazir masa untuk memikirkan perkara yang tiada manfaatnya
  5. Mengelakkan diri dari dipengaruhi syaitan. Syaitan sentiasa mencari ruang untuk menimbulkan permusuhan antara umat Islam.


HUKUM BERBURUK SANGKA DAN MENCARI-CARI KESALAHAN

Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Artinya :
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]



Dalam ayat ini mengandungi perintah untuk menjauhi sikap banyak berprasangka, kerana sebahagian dari tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus yaitu mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan-keburukan orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ ، وَلاَ تَحَسَّسُوا ، وَلاَ تَجَسَّسُوا ، وَلاَ تَحَاسَدُوا ، وَلاَ تَبَاغَضُوا ، وَلاَ تَدَابَرُوا ، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana sesungguhnya prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita keburukan, saling mengintai atau mengintip (untuk mencari kesalahan), saling mendengki, saling membenci, dan saling membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari hadits no. 6064 dan Muslim hadits no. 2563]



Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin, kecuali dengan sangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”



Ibnu Katsir menyebutkan perkataan Umar di atas, saat menafsirkan sebuah ayat dalam surat Al-Hujurat.



Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang biografinya boleh kita dapatkan dari kitab Tahdzib At-Tahdzib berkata : “Berhati-hatilah kamu terhadap suatu ucapan yang seandainya kamu benar di dalamnya, maka kamu tidak diganjarkan pahala. Namun seandainya kamu salah di dalamnya, maka kamu berdosa. Yaitu prasangka buruk terhadap saudaramu”



Disebutkan dalam kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285), bahawa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jarmi berkata: “Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri, ‘Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat, yang tidak saya ketahui (sehingga melakukan perbuatan tersebut)’.”



Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukan seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandang wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Rom?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind, Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Rom, Sind, Hind dan Turki selamat dari keburukanmu, sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi perbuatan seperti itu” [Lihat Kitab al-Bidayah wa an-Nihayah karya Ibnu Katsir (XIII/121)]



Komen saya, “Alangkah baiknya jawapan dari Iyas bin Mu’awiyah yang terkenal cerdas itu. Dan jawapan di atas merupakan salah satu contoh dari kecerdasan beliau”.



Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal.131), ”Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus (menggali-gali) aib-aib orang lain, dengan mefokuskan diri dalam memperbaiki kelemahan-kelemahannya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa letih. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa kehinaan yang sama tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang sentiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain, dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih, dan akan susah baginya meninggalkan keburukan dirinya”.

Beliau juga berkata di hal.133, “
Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sementara itu prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal (al-aqil) akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh (al-jahil) akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.



Tamat nukilan.

Beberapa bahan bacaan berkaitan tentang sangka baik dan sangka buruk


Ahad, 24 Oktober 2010

Bolehkah lembu dijadikan sembelihan Aqiqah?



Bismillahirrahmanirrahim ...
Untuk persoalan ini, saya menjumpai soaljawab yang hampir sama di laman Islam: Tanya & Jawab versi bahasa Arab yang bertajuk "هل يصح أن يعق عن ابنه بالإبل أو البقر". Di sini saya cuba terangkan kembali dalam bahasa Malaysia InshaAllah.
  •  Kata laman Islam: Tanya & Jawab, "yang menepati Sunnah untuk Aqiqah adalah dengan menyembelih 2 ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor kambing untuk bayi perempuan seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti berikut:
عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال :   سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن العقيقة فقال لا يحب الله عز وجل العقوق وكأنه كره الاسم قال لرسول الله صلى الله عليه وسلم إنما نسألك أحدنا يولد له قال من أحب أن ينسك عن ولده فلينسك عنه عن الغلام شاتان مكافأتان وعن الجارية شاة

Dari ’Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang aqiqah, maka beliau menjawab : “Allah ‘azza wa jalla tidak suka dengan istilah Al-‘Uquuq (‘aqiiqah)”. Seakan-akan beliau membenci istilah tersebut (yaitu aqiqah). Penanya kembali berkata kepada Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wasallam : “Kami hanya bermaksud menanyakan jika salah seorang di antara kami mempunyai anak (yang baru dilahirkan)”. Maka beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Barangsiapa yang ingin menyembelih karena kelahiran anaknya, maka hendaklah ia menyembelih. Untuk laki-laki dua kambing yang sama/setara dan untuk perempuan satu kambing” [Untuk hadis ini, saya memilih terjemahan dari blog Abul Jauzaa lalu saya sunting ke bahasa Malaysia]"
  • Laman web tersebut mengatakan bahawa, "ulama berselisih pendapat tentang persoalan adakah diterima aqiqah dengan sembelihan unta atau lembu ? Majoriti ulama mengatakan harus beraqiqah dengan keduanya dan sebahagian yang lain melarang perbuatan tersebut kerana sunnah tidak menyebut selain kambing. "
  • Ia juga memetik kenyataan dari kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyah (30/279) yang menyatakan, "sembelihan yang dibolehkan untuk ibadah korban seperti unta, lembu dan kambing juga dibolehkan untuk aqiqah. Sembelihan selain unta, lembu dan kambing tidak dibenarkan. Inilah yang disepakati oleh ulama-ulama dari mazhab hanafi, syafi'e dan hanafi, ... , "
  • Selanjutnya ia menerangkan bahawa, "yang terbaik adalah beraqiqah dengan menyembelih kambing kerana ia lebih menepati sunnah". Ia kemudian menukilkan pandangan Syaikh Uthaimin dari kitab  al-Syarh al-Mumti' (7/424). Maksudnya lebih kurang: "Untuk ibadah aqiqah, kambing lebih baik dari unta dan lembu, manakala untuk ibadah korban, yang terbaik adalah unta, selepas itu lembu, dan selepas itu kambing".
  • Akhirnya, kesimpulan yang dibuat ialah: tiada masalah untuk beraqiqah dengan menyembelih lembu untuk anak lelaki, tetapi dua ekor kambing adalah lebih baik. Dan perlu diketahui bahawa syarat-syarat ibadah aqiqah adalah sama dengan syarat-syarat ibadah korban. Antara syaratnya ialah umur haiwan sembelihan tersebut mestilah tidak kurang dari dua tahun. Wallahu a'lam. Sekian dari laman web tersebut.

Berikut adalah beberapa artikel pilihan berkaitan ibadah aqiqah:

    Khamis, 14 Oktober 2010

    Lebih Baik Diam Dari Banyak Berbicara

    Bismillah...

    Alhamdulillah, baru-baru ini saya sempat membaca sebuah buku kecil tulisan Shaikh 'Abdul-Muhsin Al-'Abbaad bertajuk رفقا أهل السنة بأهل السنة [Bersikap Lembutlah Terhadap Sesama Ahlus Sunnah] . Buku ringkas tersebut mengandungi kata-kata nasihat kepada umat Islam supaya sedaya upaya mengelakkan perpecahan dan mengekalkan kesatuan ummah. Beliau ada menyatakan beberapa perkara yang menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam yang berlaku di negara beliau. Di sini saya ingin kongsikan satu dari cara mengelakkan perpecahan yang disebutkan dalam buku tersebut iaitu “berdiam diri”. Selebihnya, silalah baca buku kecil tersebut yang juga terdapat versi digitalnya di internet.

    [Bahagian ini saya salin dan sunting dari naskah versi Bahasa Indonesia dari Islamhouse.com di bawah tajuk MENJAGA LISAN AGAR SELALU BERBICARA BAIK. Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan orang yang mendengar kebaikan lalu mengikutinya]
    ...
    Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya no.6475, dan Muslim dalam kitab Sahihnya no.74 meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
    وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
    Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam”

    Imam Nawawi berkomentar tentang hadis ini ketika memaparkan hadis-hadis Arba’in. Kata beliau, “Imam Syafi’i menjelaskan bahawa maksud hadis ini, apabila seseorang hendak berucap maka hendaklah dia berfikirlah terlebih dahulu. Jika dirasakan perkataannya tidak akan membawa mudharat (keburukan), maka berbicaralah. Akan tetapi, jika dirasakan perkataannya itu akan membawa mudharat atau diragui akan membawa mudharat atau tidak, maka hendaknya dia menahan ucapannya”. Sebagian ulama berkata, “Seandainya kalianlah yang membelikan kertas untuk para malaikat yang mencatat amalan kalian, nescaya kalian akan lebih banyak diam daripada berbicara”.

    Imam Abu Hatim Ibnu Hibban Al-Busti berkata dalam kitabnya Raudhah Al-‘Uqala` wa Nuzhah Al-Fudhala` hal.45, “Orang yang berakal sepatutnya lebih banyak diam daripada berbicara. Berapa banyak orang yang menyesal, ketika dia berbicara. Dan berapa sedikitnya orang yang menyesal kerana diam. Orang yang paling lama deritanya, dan paling besar musibahnya adalah orang yang lidahnya sentiasa berbicara, sedangkan fikirannya tidak mau jalan.”

    Pada hal.47, beliau berkata lagi, “Orang yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan kedua telinganya daripada mulutnya. Dia perlu sedar bahawa dia diberi dua telinga, sedangkan mulut hanya satu, adalah supaya dia lebih banyak mendengar daripada berbicara. Seringkali orang menyesal di kemudian hari kerana perkataan yang diucapkannya, sementara diamnya tidak pernah membawa penyesalan. Dan menarik diri dari perkataan yang belum diucapkan adalah lebih mudah, daripada menarik perkataan yang telah terlanjur diucapkan. Hal itu kerana biasanya apabila seseorang sedang berbicara, maka perkataan-perkataannya akan menguasai dirinya. Sebaliknya, bila dia tidak berbicara maka dia mampu mengawal perkataan-perkataannya.

    Pada hal. 49, beliau menambah, “Lidah seorang yang berakal berada di bawah kawalan hatinya. Ketika dia hendak berbicara, maka dia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya. Apabila perkataan tersebut bermanfaat bagi dirinya, maka dia akan berbicara, tetapi apabila tidak bermanfaat, maka dia akan diam. Adapun orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kawalan lidahnya. Dia akan berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lidahnya. Seseorang yang tidak mampu menjaga lidahnya, bererti dia tidak faham tentang agamanya”.

    Ahad, 19 September 2010

    Menonton Orang Lain Bersukan

    Bismillahirrahmaanirrahim...

    Saya tertarik dengan pandangan Kapten Hafiz Firdaus tentang "menonton orang lain bersukan" dan "menonton TV saban hari" dalam tulisannya bertajuk Wal ‘Ashr: Pengurusan Masa Dalam IslamBerikut adalah tulisan beliau yang saya maksudkan:

    Saya sebenarnya amat hairan memerhatikan gelagat orang yang menonton orang lain bersukan. Bukan sekadar menonton, mereka menyokong pasukan yang ditonton dengan penuh jiwa dan raga. Mereka menunggu perlawanan bermula dengan penuh debaran. Mereka memerhati perlawanan dengan penuh kekhusyukan, kekhusyukan yang mengalahkan semua nilai khusyuk solatnya dalam sehari. Jika pasukan yang disokong menang mereka melompat kegembiraan. Jika sebaliknya, mereka tunduk kesedihan mengalirkan air mata.

          Kepada para penonton seumpama perenggan di atas, saya ingin bertanya beberapa soalan mudah. Jika anda sakit, adakah pasukan yang anda sokong datang untuk menziarahi anda? Jika anda menghadapi kesempitan kewangan, adakah pasukan yang anda sokong memberikan sumbangan atau pinjaman? Jika anda gagal dalam kehidupan, adakah pasukan yang anda sokong akan membantu anda mencapai kejayaan? Saya yakin jawapannya tidak. Oleh itu kenapakah anda menyerahkan segala jiwa dan raga, termasuk masa anda, kepada satu pasukan yang tidak kisah langsung tentang anda?

          Ada pun menonton TV, maka tontonlah dengan manhaj fokus dan prioriti, iaitu satu dua rancangan yang memberi manfaat kepada pembangunan minda. Percayalah, kebanyakan pemilik syarikat siaran TV tidak menonton apa yang disiarkan oleh syarikatnya melainkan beberapa rancangan yang terpilih. Mereka tahu, jika mereka menonton TV saban hari, mereka tidak akan menjadi individu berjaya yang dapat memiliki sebuah syarikat siaran TV.


    Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk kita semua.

    Khamis, 16 September 2010

    Berdakwah Melalui Penulisan Efektif

    Bismillahi rrahmani rrahim 

    Muqaddimah
    Menulis adalah satu metod komunikasi yang paling tidak efektif. Demikianlah ujar Ustaz Kapten Hafiz Firdaus dalam bukunya yang bertajuk "Berdakwah Melalui Penulisan Efektif". Jadi, bagaimana caranya jika kita ingin juga menulis dan menjadikan tulisan kita itu tulisan yang efektif supaya dakwah yang kita ingin terapkan melalui tulisan kita tersebut membuahkan hasil bagi pembaca-pembacanya? Persoalan inilah cuba dijawab oleh penulis ini di dalam buku tersebut.
     
    Fizikal buku
    Buku setebal lebih kurang 100 muka surat ini ditulis dengan format senarai. Poin-poin penting disenaraikan menggunakan format numbering dan bullets. Saiz font yang dipilih adalah saiz font yang sederhana dan menggunakan 1.5 line spacing.
     
    Isi
    Penulis berusaha berkongsi tips dan pengalaman beliau dengan tulisan yang ringkas dan disertakan dengan contoh-contoh praktikal. Secara umumnya terdapat 3 perkara yang boleh dipelajari oleh pembaca melalui buku ini:
    1. Cara menulis buku
    2. Cara berdakwah melalui penulisan
    3. Cara menulis secara efektif

    Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian merangkumi fasa sebelum menulis, semasa menulis dan selepas menulis. Ia dimulai (di bahagian pengenalan) dengan galakan mengajarkan kebaikan dan diakhiri (di bahagian penutup) dengan Jangan menulis al-Quran”.
     
    Poin-poin penting yang ingin dikongsi
    Antara perkara-perkara menarik yang disentuh oleh penulis dalam buku tersebut ialah:
    1. Galakan agar menulis buku tanpa mengambil royalti supaya buku boleh diterbitkan dan dijual dengan harga yang lebih murah.
    2. Anjuran agar penulis menggunakan perisian yang tulen agar setiap yang ditulis akan mendapat keberkatan.
    3. Menulis boleh menambah ilmu melalui kajian yang dijalankan sebelum menulis.
    4. Membeli kitab adalah satu pelaburan.
    5. Pemilihan format dan gaya penulisan yang sesuai.
    6. Komen tentang kaedah membaca “Speed Reading.
    7. Kepentingan bersikap jujur dalam memilih subjek dan menyatakan rujukan.
    8. Pentingnya perancangan dalam menulis buku.
     
    Penutup
    Pendek kata, buku yang ringkas dan padat ini sedikit sebanyak telah banyak mengajar saya untuk menulis dengan lebih efektif. Saya mencadangkan kepada rakan-rakan tullaab al-ilm (penuntut ilmu) agar membaca buku nipis ini untuk menambah skill atau memperbaiki teknik penulisan kita. InshaAllah ia bermanfaat untuk aktiviti dakwah kita. Saya pasti ada ramai antara kita yang diberi peluang atau kepercayaan untuk menulis samada artikel atau buku tetapi gagal menggunakan peluang tersebut sebaiknya. Kadangkala bukan kerana tiada keinginan, tetapi tidak tahu caranya.  
     
    Baca buku secara online:
    PDF | HTML


    Selasa, 17 Ogos 2010

    Sebarkan Salam Sebarkan Kasih Sayang

    Dinukilkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


    لاَ تَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ
    “Kalian tidak akan masuk syurga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim no. 54)

    Photo:http://islamic-testi.blogspot.com/ 


    Baca artikel: Menyebarkan Salam