Pages

Khamis, 26 Februari 2009

Google RSS Reader



Terima kasih kepada kawan saya mkhairul dan fakhrulz, kerana perkenalkan alat pembaca RSS ni. Ia betul-betul memudahkan aktiviti membaca blog bagi saya. Cukup dengan membuka Google Reader, saya boleh mengikuti setiap "update" blog dan website yang saya suka tanpa perlu membuka blog-blog dan website-website tersebut. Jimat masa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang alat ini sila ke link berikut:
Untuk pengetahuan antum, My Shared Items di atas dipilih dari akaun Google Reader saya.



Khamis, 19 Februari 2009

Kemahiran Menulis dan Bercakap dalam Bahasa Arab


Macamana nak tingkatkan kemahiran menulis dan bercakap dalam bahasa arab? Soalan inilah yang bermain-main di kepala saya sekarang ini. Saya sudah cuba mencarinya dengan bantuan Mr Google. Berbekalkan dua perkataan مهارة dan كتابة sebagai keyword, saya sesat dalam ruang web. Saya juga telah minta bantuan pensyarah berbangsa arab yang saya kenal namun, mungkin bahasa saya salah difahami, hampalah lagi. Hariini, alhamdulillah saya menjumpai buku - دروس في التعبير - terbitan ma'had ta'lim al-lughah al-'arabiah, Universiti Islam Madinah sebagai salah satu silibus pengajian. Ada 4 level kesemuanya.
Muqaddimahnya mengambarkan bahawa kitab ini ditulis untuk memenuhi keperluan kemahiran bercakap dan menulis pelajar-pelajar. Sepertimana yang disampaikan oleh Dr Mamdouh, pengarang kitab ini juga ada menekankan bahawa ada 4 kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar bahasa:
  1. Kemahiran membaca
  2. Kemahiran mendengar
  3. Kemahiran menulis
  4. Kemahiran menutur/bercakap
Kitab ini boleh diakses secara "online" melalui laman web universiti islam madinah, namun hari ini ... ada masalah " Address Not Found". Jadi inshaAllah, nanti saya letakkan linknya.



Rabu, 18 Februari 2009

Improving Our Solah


The first time I listened to Dr Mamdouh Muhammad was on the Tips on How to Learn Quranic Arabic Quickly and Easily. The workshop was so fantastic with meaningful jokes. Last  two days I found another voice recording of him talking about "Improving Your Solah".  
The talk was so wonderful in which he went through the solah right from before the takbir until  salam. He stopped on each movements of solah and explained the right and wrong way of doing it. Listening to this recording, really help us to improve our solah. Beside telling us why do this and why do that, he also give us some useful information on different practices in solah according to different culture.


I swear that you will smile while listening to it. Enjoy listening!
 
Download the recording here.







Selasa, 17 Februari 2009

Dimdim recording





The above flv file is a voice recording produced by dimdim webmeeting. The host can record meeting session as well as the chat script [view the sample here - note that the chat was in arabic please use the appropriate character encoding] and the recording file will be emailed a few minutes after the session. You can embed the recording as what I did here. I'm not sure how long the recording will be available online, let's wait and see how long it can be viewable here.





Isnin, 16 Februari 2009

Fiqh al-waqi' [فقه الواقع]


Hari ini, saya menjumpai ulasan tentang fiqhul waqi' oleh Syeikh Ibn al-Uthaymeen dalam rakaman kelas Syarah Kitab Hilyah [nombor 7, pada minit ke 20]. Ia adalah satu maklumat penting bagi sesetengah penuntut ilmu yang lalu pada mereka isu fiqhul waqi'. Sesetengah mereka yang berkecimpung dalam aktiviti politik, memperkecilkan sesetengah ulama dengan mengatakan mereka tidak faham fiqhul waqi', bilamana ulama' tersebut tidak selari dengan pendapat mereka.

Dalam rakaman tersebut, syeikh menyatakan bahawa sesetangah orang mengatakan, "Bukanlah ulama', mereka yang tidak memahami fiqhul waqi'" sedangkan terdapat hadis nabi sallallahu 'alaihi wa sallam mengatakan: "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, dia akan di-faqeh-kan dalam hal agama."
Mereka yang menyibukkan diri untuk memahami fiqhul waqi' akan terlalai dari memahami fiqh agama. Sesetengahnya lalai dari mempelajari cara ibadah yang sebenar. Bahkan sebenarkan menyibukkan diri dengan fiqhul waqi' menghalang seseorang dari mempelajari agamanya kerana sifatnya hati, jika dipenuhkan dengan sesuatu, sesuatu yang lain akan terhalang dari masuk. Jadi, adalah lebih baik menyibukkan diri dengan mendalami ilmu agama dari memahami fiqhul waqi'.

Demikian, secara ringkas ulasan syeikh. Sesiapa yang ingin maklumat lanjut, silalah dengar rakaman tersebut di sini:
شرح حلية طالب العلم

Apakah Fiqhul Waqi'? Sila rujuk link berikut:

Ahad, 15 Februari 2009

Pelajarilah Bahasa Arab



" Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Berkata: “Sesungguhnya ketika Allah menurunkan kitab-Nya dan menjadikan Rasul-Nya sebagai penyampai risalah (Al-Kitab) dan Al-Hikmah (As-sunnah), serta menjadikan generasi awal agama ini berkomunikasi dengan bahasa Arab, maka tidak ada jalan lain dalam memahami dan mengetahui ajaran Islam kecuali dengan bahasa Arab. Oleh karena itu memahami bahasa Arab merupakan bagian dari agama. Keterbiasaan berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudah kaum muslimin memahami agama Allah dan menegakkan syi’ar-syi’ar agama ini, serta memudahkan dalam mencontoh generasi awal dari kaum Muhajirin dan Anshar dalam keseluruhan perkara mereka.” (Iqtidho Shirotil Mustaqim)." Muslimah.or.id

Demikian kata seorang ulama Islam tentang Bahasa Arab. Jadi, pelajarilah bahasa arab sekurang-kurangnya agar kita boleh fahami bacaan-bacaan dalam solat, doa dan tilawah kita sehari-harian.

Bahasa Arab adalah satu bahasa yang mudah dipelajari bagi kita kerana setiap hari kita memang menyebut perkataan dan ayat-ayat dari bahasa tersebut. Tambahan pula, memang sifatnya bahasa, untuk pelajarinya ia perlu ditiru.

Tidak sepatutnya, seseorang yang berjaya menamatkan pengajiannya diperingkat universiti mengabaikan pengajian bahasa arab yang jauh lebih mudah. Apa yang diperlukan ialah kemahuan yang kuat. Binalah kemahuan itu, mulai hari ini. Rakaman mp3 di bawah ni memberikan tip-tip mudah untuk belajar bahasa arab. Enjoy listening!


Tips on How to Learn Quranic Arabic Quickly and Easily:
1

2

3

4

Khamis, 12 Februari 2009

Rulings of wiping over socks

The first time I tried to practice wiping over my socks was when I was studying at IIUM. I remembered that a friend of mine Abdul Rahman corrected me. I thought that "the wipe" is also three time as it is for "the wash". [Heh...] Do you know, how many times we have to wipe our socks? Only once.


Click on picture to read more

Jumaat, 6 Februari 2009

Kajian tentang TV dan kesannya pada masyarakat kita [Islam]



Harini, masa tengah periksa koleksi buku elektronik perpustakaan kami, saya terjumpa buku ini:

الفضائيات و تأثيرها على مجتمعنا

1-2-3-4-5-6-7

Saya sebenarnya tak berpuas hati dengan kualiti e-book ni. Ia seolah-olah di PDF kan dari dokumen biasa. Setelah mencari-cari naskah PDF lain berbentuk buku yang di scan, saya hanya menjumpainya dalam bentuk html/web di laman - صيد الفوائد -

Setelah membelek-belek tulisan ini, kesimpulan saya, kajian ini biar apa pun bentuknya, ia adalah satu kajian yang bagus dan patut ada di perpustakaan kami.

Sayangnya, ia berbahasa arab ..

Beberapa point menarik dari kajian tersebut ialah
  1. Komen penulis tentang tangisan seorang gadis yang terlalu sedih dengan kekalahan idola nya dalam satu pertandingan  yang lekeh. 
  2. TV akan jadi ikutan anak-anak jika ibubapa alpa.
  3. TV "meredupkan" hubungan kekeluargaan.


اللهم أعنا على ذكرك و شكرك و حسن عباداتك