Pages

Rabu, 8 Oktober 2014

Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #5: Solatkan dia beramai-ramai

[Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #5]


Solatkan dia beramai-ramai. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan bahawa meramaikan solat ke atas jenazah memberi manfaat ke atasnya. Hadis-hadis tersebut juga menunjukkan bahawa rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan para muslimin untuk menyertai solat ke atas jenazah muslim supaya bilangan jemaah solat menjadi ramai. Selain itu, dianjurkan kepada kita agar menunggu cukupnya bilangan jemaah solat sekurang-kurangnya seramai 40 orang sebelum dimulakan solat. Dan sekiranya tidak mencapai jumlah minimum 40 orang, maka dianjurkan juga agar dibuatkan 3 saf untuk dolat jenazah, supaya doa untuknya dikabulkan. Berikut adalah hadis-hadis yang dimaksudkan:




عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ بِقُدَيْدٍ أَوْ بِعُسْفَانَ فَقَالَ يَا كُرَيْبُ انْظُرْ مَا اجْتَمَعَ لَهُ مِنَ النَّاسِ ‏.‏ قَالَ فَخَرَجْتُ فَإِذَا نَاسٌ قَدِ اجْتَمَعُوا لَهُ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ تَقُولُ هُمْ أَرْبَعُونَ قَالَ نَعَمْ ‏.‏ قَالَ أَخْرِجُوهُ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ ‏"

Dari Abdullah bin 'Abbas, bahawasanya anak beliau telah meninggal dunia di Qudaid atau di ‘Usfan. Maka beliau telah berkata, “Wahai Kuraib (bekas hamba kepada Ibnu ‘Abbas), lihatlah berapa ramaikah manusia yang berhimpun untuk solat ke atas jenazahnya.” Kuraib berkata, “Lalu aku keluar, ternyata orang-orang sudah berhimpun lantas aku memberitahunya." Lalu beliau berkata, "Pada anggaranmu, adakah mereka seramai 40 orang?" Ibn 'Abbas berkata, “Keluarkanlah mayit tersebut kerana aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu dia disolatkan (solat jenazah) oleh 40 orang yang tidak berlaku syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan syafa’at (do’a) mereka untuknya.” (HR. Muslim no. 948)

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "مَا مِنْ مَيِّتٍ يُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ‏"

Dari 'Aisyah Radhiallahu anha, dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang mayit disolati (solat jenazah) oleh umat dari kalangan kaum Muslimin yang jumlah mereka mencapai seratus orang, mereka memohon syafa'at (do'a) kepadanya, kecuali akan diberi syafa'at padanya." (HR. Muslim, 947)


عَنْ مَالِكِ بْنِ هُبَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَكَانَ مَالِكٌ إِذَا اسْتَقَلَّ أَهْلَ الْجَنَازَةِ جَزَّأَهُمْ ثَلاَثَةَ صُفُوفٍ لِلْحَدِيثِ ‏.‏

Dari Malik bin Hubayrah, beliau telah berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu dia disolatkan oleh tiga saf kaum muslimin melainkan do’a mereka akan dikabulkan.” (HR. Tirmidzi no. 1028 dan Abu Daud no. 3166. Imam Nawawi menyatakan dalam Al Majmu’ 5/212 bahawa hadis ini hasan. Syaikh Al Albani menyatakan hadis ini hasan jika sahabat yang mengatakan).


---------
Membantu Mayit Secara Sunnah

Tiada ulasan: