Pages

Rabu, 31 Disember 2008

Virtual Reference Service - KoolIM & Dimdim

Today, I received an instant message from a student asking about a problem regarding Digital Library log in. We have a simple chat, and then I log in into my dimdim account and gave him the invitation link to the dimdim webmeeting. We continue our chat there [dimdim].

I tried to open web pages share but unfortunately it was not working. Alhamdulillah, I still have an alternative. I opened computer screen share. Alhamdulillah it's working.

The chat session ran smoothly, I showed him how I did my search and he understand me, alhamdulillah. For me, this is a great start. Alhamdulillah. Thanks also for Kool IM and Dimdim.


Mengucapkan Tahniah Sempena Tahun Baru Hijrah


Baru sebentar tadi, di akhir perbualan dengan seorang pelajar, dia mengucapkan HAPPY NEW YEAR kepada saya. Tak tau nak jawab macam mana. Saya sudah sedia maklum dengan pendirian kebanyakan ulama dan para penuntut ilmu [yang saya kenal] yang membenci perkara-perkara yang tidak berasal dari sumber Islam yang tulen. Setelah beberapa saat berfikir, lalu saya membalasnya dengan senyuman.

Sekejap tadi, kebetulan ketika membelek-belek RSS Islam QA melalui google reader, saya terjumpa fatwa tentang perkara di atas. Betullah, seperti yang telah saya maklum, adalah dibenci meniru-niru amalan-amalan kaum orang-orang kafir. Namun, Syeikh Ibn Uthaymeen berpendapat, perlu menjawab ucapan tahniah tersebut dengan baik walaupun pada asalnya, tak boleh kita memulakan ucapan tersebut. Beliau mencadangkan ucapan jawab berbentuk doa: "Mudah-mudahan Allah jadikan ia, tahun yang baik dan diberkati buat anda".

Selasa, 23 Disember 2008

Tadabbur Al-Quran

Inginkah anda memahami maksud-maksud Al-Quran?
Berikut adalah tips tadabbur quran yang saya dapat dari rakaman daurah oleh Syeikh 'Isom bin Abdul Aziz Al-'Uwaid:

Ada dua perkara yang perlu diambil perhatian dalam perkara ini:
- rukun tadabbur
- wasilah/jalan yang boleh membantu

rukun tadabbur terdiri daripada:
- keyakinan bahawa kita amat berhajat kepada tadabbur quran
- hati yang terbuka

manakala wasilah yang boleh membantu kita menghayati al-quran ialah:
- membaca dengan intonasi yang sesuai
- memahami maksud turunnya surah-surah

Tiga Jenis Kawan



[petua ini diambil dari syarah hilyah tolibul ilmi oleh syeikh soleh al-uthaymin]:
www.salafyat.com/vb/sh...#post45749 ,
Download atau dengar syarahan dari sini: pilih syarah no 7.

Download Kitab



Ada 3 jenis kawan:

1- Kawan yang hanya mendapatkan manfaat dari kita.

Kawan jenis ni, akan meninggalkan kita bila dia merasa kita ni dah tak
berguna padanya. Kawan jenis ni ramai. Kawan jenis ni selalu memaksa kita menghulurkan bantuan, jika kita setuju menolongnya, dia akan redha dgn kita dan jika kita menolak untuk menolong, dia akan membenci kita.

2- Kawan berseronok.


Kawan jenis ni berkawan dengan kita hanya kerana dia seronok bersembang, berteman dan lain-lain dengan kita sedangkan dia tidak pun memberi manfaat kepada kita. Kita dan dia tidak saling memberi manfaat untuk satu sama lain. Berkawan dengannya hanyalah membuang masa. Hati-hati dgn kawan jenis ini, kerana ia hanya membazir waktu kita.

3- Kawan yang memberi manfaat kepada kita dan menjauhkan darurat
daripada kita.

kawan jenis ini, adalah kawan yang membawa kepada kebaikan dan menjauhkan kita dari perkara buruk. Dia membuka untuk kita, pintu-pintu kebaikan dan membimbing kita kepada kebaikan. Peliharalah sungguh-sungguh hubungan dengan kawan jenis ini.

Isnin, 22 Disember 2008

MEDIU Library: Virtual Reference Service [beta]


"Library now provides Virtual Reference Service (trial) via Instant
Messaging Service using Yahoo Messenger and Google Talk. Students now
can seek immediate inquiry using this service. The library's ID for the
service is "askdlibmediu"."


إعلان من المكتبة الرقمية:
تقوم المكتبة الرقمية حالياً بتقديم خدمة المرجع الإفتراضي عبر
خدمة المراسلة الفورية وبإستخدام ياهو مسنجر وجوجل تولك، ويستطيع الطلاب
الآن إستخدام هذه الخدمة في البحث الفوري، ومفتاح الدخول لهذه الخدمة هو "
askdlibmediu".



Perpustakaan MEDIU sekarang sedang mencuba "perkhidmatan rujukan secara maya" melalui aplikasi gtalk dan ym. Melalui perkhidmatan ini, diharapkan pihak perpustakaan dapat berkomunikasi dengan pengguna perpustakaan dengan lebih baik. Pengguna boleh mengemukakan soalan-soalan rujukan berkaitan perpustakaan secara terus dengan kaedah yang dikenali sebagai chatting.

Bagaimana pengguna memanfaatkan servis ini?

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk tujuan seperti berikut:
  1. Perlu bimbingan untuk menggunakan maktabah raqmiyyah
  2. Perlu bimbingan untuk mencari bahan-bahan rujukan yang ada dalam internet selain dari maktabah raqmiyyah.

Di mana nak cari kitab?

Bismillah ...

Berikut adalah antara tempat-tempat dalam internet yang selalu saya kunjungi untuk mencari kitab dalam bentuk elektronik:

Biasanya, ada saudara-saudara kita yang berbesar hati untuk berkongsi kitab yang mereka punyai. Lalu sesetengahnya, scan dan upload kitab-kitab tersebut dalam bentuk PDF ke laman di atas.

Khamis, 18 Disember 2008

Pelajari Aqidah dari alQuran

Kebetulan saya jumpa temuramah ni:

(link asal telah hilang, saya jumpa salinannya di youtube)Tajuknya: Bagaimana Mempelajari Aqidah Secara Praktikal?

Yang di temuramah: Syeikh Umar bin Sulaiman al-Asyqar hafizahullah...


Bahas
a: Arab

Tempoh: +/- 18 minit




Dalam temuramah ni, saya dapat beberapa point yang menarik antaranya:


-kebanyakan kitab tentang aqidah ditulis sebagai panduan untuk elak dari terpesong


-Syeikh Umar hafizahullah belajar Aqidah dan belajar Tauhid dengan kepercayaan bahwa tauhid mampu merubah seseorang


-tapi, beliau tidak merasai perubahan tersebut pada dirinya ...


-setelah lama mengkaji ... rupanya aqidah/tauhid yang mampu merubah seseorang itu ialah dengan menghayati [tadabbur] alquran ...


demikianlah sedikit yang masih saya ingat ... harap antum yang boleh
memahami bahasa arab , boleh menontonnya. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Kitab PDF: أين نحن من أخلاق السلف


Kitab ni, pertama kali saya jumpa masa kawan saya abu ubaidah abdulrazak balik dari Mekah. Beliau dan beberapa kawan lain ke sana untuk sesi rombongan sambil belajar. Banyak jugak kitab-kitab yang dibawa pulang. Antaranya kitab Majmu' Fatawa Ibn Taymiyyah. Kitab ini, menurutnya, diwakafkan [untuk muslimin ambil manfaat darinya]. Lalu ia diletakkan di rak Masjid UIA. Taktau lah apa dah jadi pada kitab tu ... dah takda pada tempatnya ...
Berkenaan kitab Ayna Nahnu min Akhlaki al-Salaf pula, saya berjaya buat satu salinan. Malangnya, kitab tu dah hilang. Alhamdulillah dengan kemudahan internet ni ... saya dapat balik satu salinan kitab tersebut. Jika anda juga berminat, sila download di sini: Download kitab . Link ni saya ambil dari Multaqa Ahl-Hadeeth .
Kitab ini sebenarnya adalah ringkasan tentang akhlak sahabat berdasarkan kitab Siyar A'lam AnNubala, karya Imam AzZahaby dan kitab Sifatu alSofwah oleh Imam Ibnul Jawzi.



Sabtu, 6 Disember 2008

Tentang E-learning

Table 3
When, Why, and How to Use Asynchronous vs. Synchronous E-Learning

 

Asynchronous E-Learning

Synchronous E-Learning

When?

n Reflecting on complex issues
n When synchronous meetings cannot be scheduled because of work, family, and other commitments

n Discussing less complex issues
n Getting acquainted
n Planning tasks

Why?

n Students have more time to reflect because the sender does not expect an immediate answer.

n Students become more committed and motivated because a quick response is expected.

How?

n Use asynchronous means such as e-mail, discussion boards, and blogs.

n Use synchronous means such as videoconferencing, instant messaging and chat, and complement with face-to-face meetings.

Examples

n Students expected to reflect individually on course topics may be asked to maintain a blog.
n Students expected to share reflections regarding course topics and critically assess their peers’ ideas may be asked to participate in online discussions on a discussion board.

n Students expected to work in groups may be advised to use instant messaging as support for getting to know each other, exchanging ideas, and planning tasks.
n A teacher who wants to present concepts from the literature in a simplified way might give an online lecture by videoconferencing.



Jadual di atas saya ambil dari artikel Asynchronous and Synchronous E-Learning .  Ia adalah ringkasan dari hasil kajian tentang dua cara belajar secara online iaitu asynchronous, guru dan pelajar berhubung secara online pada waktu yang sama; dan synchronous, guru dan pelajar berhubung secara online bukan pada waktu yang sama. Kajian di atas menunjukkan fungsi kedua-dua cara dan kesimpulan yang dibuat ialah ... cara terbaik untuk pengajian secara online ialah dengan gabungan kedua-dua cara tersebut.